WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, May 14, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Hari ini, sempena kedatangan Hari Guru pada 16 Mei nanti, Imanshah nak sertai satu segmen oleh BEN ASHAARI BERTAJUK SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


1) Di mana anda belajar dahulu?

Imanshah bersekolah di SK Kelaboran, Tumpat dari tahun 1987-1992. Di sana Imanshah dilantik sebagai ketua pengawas pada tahun 1992. Manakala persekolahan peringkat menengah bersambung di SMK TUMPAT dari tahun 1993-1997. Huhu. Banyak kenangan di sini yeop. Manakala pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinanag dalam bidang pendidikan tahun 2000-2003. Seterusnya bertugas sebagai guru pada tahun 2003.

2) Cikgu yang masih anda ingat sampai sekarang dan kenapa?

Cikgu Ismail Ngah, bekas guru matematik Imanshah. Beliau merangkap sebagai ketua warden. Walaupun tegas, namun dialah yang banyak membantu kami di asrma. kadang-kadang penampar, kadang-kadang jalan itik, kadang-kadang menyamar jadi rapper. Argh kenangan begitu mengusik jiwa. Banyak ilmu warden yang Imanshah aplikasikan hari ini Imanshah ambil dari Cg Ismail Ngah. 

3) Ceritakan kenangan anda sebagai seorang guru

Hurm, saya memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 2003. Sekarang sudah menjejaki tahun ke-9. Alhamdulillah, saya masih bertahan di sebuah sekolah sahaja, iaitu STAR, Ipoh. Cabaran mengajar di sekolah lelaki banyak. Waktu muda-muda dulu macam sebaya je dengan mereka, darah pun cepat naik, tangan pun kadang-kadang naik juga seiring dengan naiknya darah. Kalau tak dikawal, boleh bergaduh. Namun sekarang ni usia pun makin bertambah, sudah meginjak ke angka 30, nampaknya pergerakan agak perlahan dan semakin melihat anak-anak murid seperti anak sendiri. Pertambahan usia agaknya.  Pengalaman menjadi warden paling manis untuk dikenang. Mengejar pelajar 'fly", merotan, mengejut subuh, menghantar pulang akibat kematian keluarga, menghantar ke hospital, menunggu sehingga pagi di hospital, disampuk makhluk halus, semuanya bersatu menjadi memori yang tak mungkin dilupakan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Kalamhati said...

tidak ternilai pengorbanan seorang guru..
semoga Allah berkati hidup cikgu Imanshah..=)

Selamat Hari Guru ikhlas dr kak wan

ibuintan said...

slamat hari guru untuk yg ke 9 kalinya

kontes masih belum dapat join lagi ni, masa makin hampir ...

Eichikatsu said...

Aku suka kau punya monolog...kalau tade bnde mcm tu,sekolah serba x kena..mmg tu lumrahnya sejak azali. :)

(p/s: terasa lak aku marahkn budak²)

Daddy Zuki said...

selamat hari guru juga..from tanah merah, kelate..abe kie

solomolo said...

singgah dari segmen Abg Ben...
selamat hari sabtu !~
dan selamat hari guru

DaHLia said...

pulau pinana tu kat mana cikgu...??
hehehh...

betullah?? awal2 ngajar darah sangat panas
memang xtahan sabar..
alhamdulillah makin lama mengajar, makin banyak makan garam, makin pandai main psikologi budak2 ni..sekarang, jeling pun dh faham..
patutlaa dulu pelik jugak dgn cikgu senior, xpayah tinggi suara, bwk rotan dsb tapi pelajar tetap hormat dan takut...

Haris Kaito said...

dari blog abg Ben...
jom singgah blog sy...
follow lebih baik...he3...

JOM TERJAH SINI!

Norsha said...

banyak pengalaman, mematangkan kehidupan...selamat hari guru imanshah !

blackroses said...

dari segmen ben ashaari....selamat hari guru cikgu....jom follow saya..http://roziana81.blogspot.com

iniialahaku said...

xpala..nk ucap ari guru gakla wlaupun awal lagi....slamat hari guru

Dim Benihana said...

Cikgu star ke? Sy ramai membe blaja c2 dl, .
Btw dtg terjah blk dr blog ben..

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu Iman..:)
waa,da lme cikgu bertugas ye..:)

Selamat menyambut hari Guru..:)

Jasa cikgu sentiasa dikenang sehingga akhir hayat..:)

Insan Marhaen said...

selamat hari guru. IM dulu pernah jadi trainer di kilang IM. boleh consider sebagai guru juga ke?

cucu umie said...

itulah tugas seorng guru..ow, abg imanshah masih bertahan satu sek jer.aduyai, lama tu..BTW< teruskan menjadi guru yg cemerlng di mata anak murid abg iman yeah..

ckLah said...

Tahun ni, cklah tak sempat sambut hari guru....(:D)




***Tapi masa bertugas mengacarakan satu majlis, sempat bergosip dengan penjaga masa di sebelah. Hehe...dia kata, dia dan suaminya satu U dgn Fedtri. Dia kenal Imanshah...Dayang Fitriza namanya.

ckLah said...

**tapi> tadi!

Afida Anuar said...

sekolah lelaki..dengan kerenah budak laki.. ni kalau shah ngajar sekolah perempuan ni, mesti shah jadi hot setaff ni kalangan pelajar2 pompuan ni...errr...he he. jgn marah aa..gurau je..

fuuyooh said...

salam kenal.. dtg dr blog abg ben.. hehe..
Hentam Saja lah

aida4eva said...

guru mencorak insan..:)

selamat hari guru! :)

http://aida4eva.blogspot.com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget