WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, May 16, 2011

BERITA BAIK UNTUK GURU : KAEDAH BARU KENAIKAN PANGKAT

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," 
katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

white rose said...

wow...bertuah mereka yg gred disebutkan...

ape lagi cikgu iman, sahutlah cabaran ini...

mane tau, dlm 2 tahun akan dtg dah jadi guru besar yg berwibawa...

IMANSHAH said...

wah besar sungguh guru..nak jadi guru besar,, saya tunggu 44 ni..

white rose said...

haha...jangan lee jadi guru yg besar pulakkk...kang tak hensem, xde sape nak...

hahaha...

IMANSHAH said...

@white rose

alahai besar ka kecik ka

serupa jugak, manusia jugak

cucu umie said...

alhamdulilah, kerajaan dah beri kenaikan pangkat dgn cara yg mudah tu. oleh itu, gunakanlah dengan sebaik mungkin ye dan teruskan untuk menabur baik bt anak bangsa..aminn44x

adrenalina said...

leh lah tanam azam baru nak jadi PENDETA GURU hehehe =)

eelobor said...

selamat hari guru di ucapkan untuk saudara

Insan Marhaen said...

Nampaknya kena kerja sungguh-sungguh la. Tak boleh tidur kat kelas lagi macam Cikgu Shaari..

hazlin nazri said...

selamat hari guru

Afida Anuar said...

Bertuah jadi guru kan? macam2 kerajaan kasi...

shah, 48 terus la, tak yah la 44 tu..;).. he he

ibuintan said...

Selamat Hari Guru Iman...

insyaallah , Iman ada peluang ke gred yg lebih tinggi

shafinar said...

hopefully all the teachers happy with the good news. sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung,dari awal hingga akhir projek ini,cukuplah mendengar cikgu-cikgu gembira berkenaan hal ini. harap, dapat menunjukkan kecemerlangan yang terbukti mutunya. yang utama mendidik anak bangsa. itu yang penting.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget