WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, May 21, 2011

BOIKOT?

Pagi tadi berbual ngan anak- anak buah sewaktu menghantar mereka ke stadium.


A : Cikgu, nanti kenduri  Miss H cikgu pergi tak ?
B : Pergi , InsyaAllah
A : Boikot lah cikgu, kalau saya, saya dah tak pergi.
B : Owh kenapa?
A : Yang patut berkahwin dengan dia bukan C, tapi cikgu.
B : Owh, takpa. Jadi gentleman sikit, jodoh takda. 
A : Kalau saya saya pergi kenduri sepupu saya. Buat apa pergi kenduri dia. 
B : Ini bukan pengakhiran hidup lah. Jangan putus sahabat kerana ini. (ayat cover)..hehe


Itulah anak-anak. Telus dan tulus. Kebetulan pada masa yang sama , sepupu saya di kampung juga berkahwin. Saya baru dapat tahu semalaam tarikhnya bertembung.  Sana keluarga, sini "kawan" baik. Mana satu yang nak pergi. Kalau tak pergi belah keluarga, nanti dikatakan tak mendahulukan saudara. Tapi kalau tak pergi ke kenduri  Miss H, nanti dikatakan merajuk membawa diri, tak sanggup melihat dia bahagia. Kalau kawan-kawan, mana satu yang nak pergi. Satu di Tumpat, satu di Ipoh?  


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Kalamhati said...

gi duo2..huhu

Miss Sunshine said...

Family comes first... ^_~
Kalau sempat, pergi dua2...
Takpun... kat Miss H tu belikan je hadiah yang gempak sikit buat pengganti diri...

::FAIZ FARISH:: said...

hebat student tu... brani punya statement

yatie Awang said...

kalau suruh bagi pandangan boleh, tp yg empunya dirilah yg tentukan, yg mana baik, kalau kakak balik Ipohlah, lg best jumpa family

zarazueyin said...

pendapat saya,
dahulukan family...
utk kenduri "kawan" tu,
boleh dtg awal ke rumah dia utk bg hadiah...sbg tanda persahabatan msh tidak terputus walau takde jodoh ;)

NuR si CiKGu RiBeNa said...

cikgu.
datang kenduri saya je la..
hehe..

Miecyber said...

Pilih satu antara dua...

Video Perarakan Bantah Lynas 20 Mei 2011

Bapak said...

selalunya family comes first,cikgu...

NzA said...

keluarga lagi penting dik iman weh..hok lepah tu lepah la...cr hok lain..berlambok2 mek2 hok baik n cun2 kt muka bumi Allah nie.....

ummu said...

assalamualaikum Iman
wah kalau akak gamaknya dua-dua tak pergi. hu hu
hmmm,saudara elok didulukan,
'kawan tapi mesra' elok pergi awal..dgn buah tangan.
p/s; anak2 ini memang tulus berbibacara.kadang kala rasa macam diorang ni jadi telangkai,tapi jodoh itu ketentuan Allah,kan bro

white rose said...

pegi je dua2...ipoh, pi seawalnya...lps ke ipoh, terus pegi sepupu kawin...

kedua2nya akan faham situasi cikgu...

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kalau ikut cara Islam utamakan yang mengundang terdahulu, kemudiannya barulah ikut turutannya..

adrenalina said...

dalam dilema... buatlah keputusan ikut gerak hati...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget