WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, May 18, 2011

BILA ORANG TUA PAKAI UNIFORM SEKOLAH

OLEH KERANA MOOD HARI GURU MASIH ADA, ENTRI INI AKAN MELEKAT DI SINI SEHINGGA 18 MEI 2011. UNTUK ENTRI BARU ADA DI BAWAH ENTRI INI, SEKIAN!!


Salam buat semua. Ramai sungguh permintaan nak tengok bagaimana sambutan hari guru di sekolah Bintang ye. Macam biasa-biasa ajalah saban tahun. Ghope itu juga, cuma tahun ni ada sedikit kelainan apabila guru-guru diminta berpakaian sekolah, ala-ala temanya berbunyi begini BACK TO SCHOOL. Nak tengok orang tua yang tak sador diri (akulah tu) pakai uniform sekolah, jom terjah gambar-gambar di bawah ni. Eksklusif tau!!


Cuba kome tengok, cikgu-cikgu pempuan tu. Haha sporting kan, masing-masing pakat pi beli baju sekolah, yalah nak pinjam anak punya, udah tak muat, nak pinjam sepupu punya, pun tak muat. Habis tu, pakat pi serang KAMDAR le jawabnya. Ni Sekolah Bintang ni sekolah lelaki, bila nengok ada "budak" pempuan, apa lagi jangan lepaskan peluang bergambor . Maklumlah jarang bergaul ngan budak pempuan. Cikgu pun kira ok le!!


Haha, nampak tembam nya Imanshah dalam gamba ni. Memang makin sihat pun, sebenarnya muka sembab sebab demam, ntah kenapa sakit mata tetiba sembab (alasan padahal dan gomuk). Huhu. Rambut kasi sikat rapat-rapat, nak nunjuk zaman sekolah dulu budak baik yeop!! Kahkah.  Idok  biasa lah teman  fesyen ghambut ghope ini.. Selalunya serabai je.


Antara acara dalam dewan, tradisi yang tak pernah berubah dari dulu lagi, IKRAR GURU. Maka kami, guru Malaysia, berikrar..bla..bla..bla...


Masa ni ada kejutan. Depa buat persembahan lagu Baik-baik Sayang Kumpulan Wali Band. Tetiba si Basri ni pi tarik tangan Imanshah ajak naik pentas. Dengan muka gelabah, Imanshah naik le, nyanyi sesama. Cikgu depa ni sporting, suruh le apa je. Nyanyi, MC, marah budak, tok imam, main bola, semua sapu. Kahkah. Suara idok le sesedap Anak Pak Zain si Anuar  yang femes tu. Tapi depa seronok le dengor, tepuk tangan bila dengor sore Imanshah. Tapi Cikgu Syida Parit lagi le gelemer.


Macam biasa le, nak potong kek juga. Bagi oghang kawen sudah le potong kek. Tapi Imanshah balun banyak juga tadi. Sedap!! 


Haha, ni lah teman nak kabo,. Imanshah menang lagi le tahun ni, anugerah pakaian terbaik. Tengok le, bekas air tu, siap gantung bawak gi majlis lagi. Bukan apa, Imanshah suka depa happy, jadi kita ikut le kehendak depa. Hamper yang menang dah selamat dah budak-budak kerjakan. Idak le nak sangat hamper tu. Dah dua tahun dah menang. Tahun sudah menang juga tema nya Cetusan Warna Retro.  Kalau nak baca tahun sudah punya cerita, KLIK DI SINI.


Ada pasangan lah. Kak Faizah ni menang kategori perempuan. Wah tegas ni, pengawas sekolah. Tapi stokin pun tak pakai. Huhu. 


Ni pula adengan spontan. Kami cikgu-cikgu berpakat buat lakonan dalam kelas. Alang-alang dah pakai uniform sekolah kan. Imanshah jadi budak jahat. Tengok le, koler baju pun tak betul, baju pun keluar. Koja nya mangaco budak pempuan je. Huhu. Gamat satu dewan nengok kami buang tebiat kat pentas tu.


Ate napa buruk benor muka kamu Imanshah?? haha..Inilah gaya futsal biawak. Lidah terjelir tak sador deme amik gambo.  Kahkah. Penat ni, tengah panas main futsal, lawan lah budak-budak muda belasan tahun. Tapi pasukan Rumah Merah kalah la. Tak cukup kuat untuk menang tahun ni. Terjelir lidah tu tanda bersungguh-sungguh, mengajar bersungguh. Bila main pun kenalah bersungguh gak jang. 


Tengok tu, gaya Shalin Zulkifli. Ni kira penutup la. Perlawnan bowling guru. Dengan penuh ketenangan dan kemahiran, akhirnya dapat juga tempat ke tiga. Kalah la yeop. Tapi kira ok la, ada gak tempat. Ada lima belas peserta semuanya. Tapi bolanya ke mana ye?? Hairan..ke longkang kot.

Apapun setelah sembilan tahun menyambut hari guru, Imanshah tetap enjoy. Menyertai setiap acara yang diadakan, meski mungkin sekadar untuk berseronok dan merapatkan ukhuwwah sesama guru dan anak-anak pelajar. Semoga tahun depan, Imanshah masih diberi peluang nyawa untuk sekali lagi menyambut hari guru. SELAMAT HARI GURU secara peribadi buat semua guru di MALAYSIA. Kitalah pewaris risalah kenabian!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

47 GENTA RASA:

DaHLia said...

yeahhh firstt!!!

comeyyyy ahh pakai baju sekolah :D

IMANSHAH said...

@DaHLia

hurm ,ssekolah cikgu dah ke

IMANSHAH said...

@DaHLia

hurm ,ssekolah cikgu dah ke

Afida Anuar said...

ya Allah memang confuse.. sejibik sebijik macam budak2 sekolah cikgu2 bintang hari ni yer...kekekekek

perghhh..tu gambar last tu..strike ke idak tu? kekekekeke

Citarasa Rinduan said...

cikgu iman..
kamu mmg semakin tembam..
minum air tin lagi ker??

but..
tahniah sbb 2 kali menang.. hensem kawanku ini

Citarasa Rinduan said...

cikgu iman..
kamu mmg semakin tembam..
minum air tin lagi ker??

but..
tahniah sbb 2 kali menang.. hensem kawanku ini

Rozuan Ismail said...

meletop tema cikgu back to school.suka tengok cikgu pompuan.huhu

wah!pakaian lelaki terbaik!tahniah!!

wah!ala shalin men bowling ye!hebat!

yang paling penting,comel berbaju sekolah.pipi tembam huhu

cucu umie said...

wow, mesti teringt balik kan zaman abg iman shah sekolah dulu. haha btw, siap dpt pakaian lelaki terbaik tu... memang sporting lh cikgu2 dekat STAR. ni yg nak try menginjakkan kaki dekat STAR nie..haha incya-Allah amin44x

iqbalsyarie said...

wah cikgu~~ seronoknya :)

Dan saya teruja, ada pelajar perempuan di star. haha

Abd Razak said...

Lain dari yang lain konsepnya...

Selamat hari guru, cikgu!

Sue's said...

wahhhh...boleh jugak buat macam ni utk sambutan sekolah...mesti gempak

yatie Awang said...

selamat hari guru

teringin jugak rasanya nak pakai seragam sekolah....haha

Cik Kyla said...

hehe, comel je cikgu pakai bj skolah... :D

Aman Ibrahim said...

nice theme.. memang cikgu yg sporting!!

fadh leyanie said...

selamat hari guru,,teringat zaman skolah dulu2

a kl citizen said...

Comel pulak pakai baju sekolah, ya, iman

Selamat hari guru

ibuintan said...

comel dan tembam...

hari ni memang semua cikgu sporting... hari cikgu ..kan!

h A n Y S said...

siyes sgt comel ble cikgu2 pkai baju sekolah! haha~ yg cikgu perempuan plak, bile lipat tudung mcm tu, sebijik macam bdk skolah! haha~ fun sgt tengok event ni~ :D

ckLah said...

Kalau ckLah....nak pilih pakai baju sekolah Korea. Boleh dak? Hehe

conangirlz said...

salam perkenalan..
wahhh, sius..ni first time tgk even hari guru cmnie..cayalah..hehehehe..dh nmpk mcm dak sekolah dh..hehehhehehe...sgt kreatif temanya..mmg sporting.. :)

NuR si CiKGu RiBeNa said...

selamat hari guru cikgu..
beshnya ada sambutan mcm tu
meriah...
apapun yg penting happy!

zarazueyin said...

sekolah sy pun harini juga
seronok...hehehe

Norsha said...

selamat hari guru cikgu Imanshah!

Part paling seronok masa sambutan hari guru ialah nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, lagu tu eksklusif sangat...hanya dinyanyikan setahun sekali

NzA said...

comel2...anok mok mmg mancho!!!!

Hari guru hari kita enjoy...hehehe...

HASNAH said...

tahniah buat imanshah, juga buat semua guru..cayalahhhh!! mmg seronok abisss..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy repair dan spray helmet lama

EEEMMM meriahnya... tahniah ko menang lagi... isshhh tak ada orang lain nampaknya...

terkenang masa jadi pelajar sekolah pulak... masa sambut hari guru mmg gamat acara majlis tersebut..

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata

adrenalina said...

wow...memang meriah sekali. seronok dapat cikgu yg sporting2 belako! eh pengetua tak pakai baju skolah ke???hehehe

mula2 tengok gambar ckgu2 yg pakai baju skolah tu mmg konpius2 sikit yg mana satu student yg mana satu ckgu..

tahniah menang hamper besar!!! =)

Rush Murad said...

Salam.

Selamat menyambut Hari Guru... nice writings, it reminds me of being a teacher once upon a time ago... seronok jadi cikgu ni.. :)

gadisBunga said...

meriah yeop! bila pakai baju sekolah tuh hilang abis ghope cikgu. hahaha!

Azmi said...

kreatif giler..tak pernah lagi kot sekolah yg buat macam ni..haha...
cikgu laki tak nampak sangat bila pakai baju uniform tapi cikgu pompuan tu..nampak jelas

syaza nazura. said...

cikgu mengajar sekolah mana ya?

amie... said...

terbaekkkk la....cikgu2 yg sporting....hehe....

selamat hari guru.... =)

fadzilah said...

selamat hari guru...

bestnya sambutan hari guru kat sek bintang..

FasiHaH SupiaN said...

selamat hari guru IMANSHAH!!
wahhh cikgu yg sangat sporting!!!

Tukang cerita said...

selamat hari guru imanshah...
akak gelak guling2 baca entry ni...hihihihiii...paling lucu, 'budak' pengawas tak pakai stokin tu...hahhahahhah

Areef Ibn Naim said...

salam,

selamat hari guru cikgu... moga akan terus sukses!

white rose said...

waaaahhh...bestnye...

republik n9 said...

salam, wah3 nampak muda remaja laa

mie said...

stylo tema ni..
best bila tgk cikgu2 pakai baju sekolah..
eheheheeee

~Nabilah~ said...

waa...meriah betol...tp best la tengok ckg2 pakai bju sek...hahaha

wahida said...

sporting semua cikgu2..sonok la tgk pic2 ni...comel la semua cikgu2 bila dah pakai uniform sekolah...

Solihin Zubir said...

hahahhaa... rasa mcm lawak plak bila tgok cikgu-cikgu pkai baju skolah.. terutama cikgu pompuan.. heheh..

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said...

wah meriahnyer...siap uniform sekolah lg.." selamat hari Guru 2011"..

[p@kcikLie]

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Tahniah. Satu kelainan dalam sambutan hari kita.

Nostalgia zaman persekolahan akan menyedarkan kita bahawa kita juga pernah nakal barangkali.

TQ

iKhRam said...

baru la dpt nak komen.. tenet buat hal.. tp memang teruja bila melihat cikgu2 pakai baju sekolah.. rasa nak pakai jugak baju sekolah.. rindu kot?

khairunnisa ar alhan said...

sekolah saya guna tema ni thn lps...mmg gamat la smbutan wk2 tu,,,ckgu2 pun sporting je...thn ni kami buat tema snow world pulak...nasibla dalam dewan ada air-cond...ade jugak feel sjuk2 tu...hihi...

khairunnisa ar alhan said...

baru saya perasan,,,ada cikgu mior hamdan...rindunya kat dia...and ada jugak fadzli rosli kalau tak silap...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget