WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, May 20, 2011

DAN INILAH PEMENANGNYA

Di tanah suci tumbuh kurma
Dipetik daun buat ubat
Debaran kini melanda semua
Sampailah masa keputusan dibuat

Kalau pergi ke Batang Kali
Letaknya jauh hujung benua
Memilih pemenang payah sekali
Penyertaan kalian hebat semua

Kalau memakan buah berangan
Kulit dibuang di dalam paya
Terima kasih atas sokongan
Inilah tanda persahabatan maya

Kalau tuan pergi ke pekan
Jangan lupa mnyapa singa
Tempat ke tiga saya umumkan
Milik si cantik manis GADIS BUNGA 

Terbang tinggi burung tempua
Membuat sarang di Pualau Pinang
Beralih kita ke tempat ke dua
WAN MOHD SALIM itulah pemenang

Tanam tebu di damansara
Tumbuh pula pohon kelapa
Tibalah kita umumkan juara
Milik KAK ZAKIE  kreataif orangnya

1) Tahniah kepada pemenang, bagi yang kurang berjaya, saya hanya bisa memilih tiga sahaja bagi mengisi slot juara, ke dua dan ke tiga. 

2) Penyertaan semua hebat sekali sehingga terpaksa saya meminta pertolongan sahabat-sahabat saya untuk membuat  keputusan.

3) Kebanyakan penyertaan yang diterima adalah dalam bentuk puisi, tidak hairanlah pemenang-pemenangnya juga terdiri dari puisi-puisi yang sangat indah dan dekat di hati.

4) Kepada para pemenang, sila hubungi saya di alamat email cikgu.shah@yahoo.com dengan menyertakan nombor akaun MAYBANK atau CIMB. (jika boleh)

5) Saya mohon maaf jika sepanjang contest ini dilaksanakan, saya ada melakukan kesilapan dan kekhilafan. 

6) Jangan serik untuk menyertai contest saya lagi, mana tahu rezeki kalian pula nanti. InsyaAllah semua penyertaan akan saya review blog tuan-tuan dan puan-puan semua.


Terima kasih semua.........I M A N S H A H

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

32 GENTA RASA:

ibuintan said...

tahniah Kak Zakie... memang pilihan yg tepat

tahniah juga buat Wan Salim dan GB

tahniah untuk penganjur juga

NuSaNa NoSa 91 said...

yeayyyy~





tak menang.. demmm.. xsempat join smpt ari last contest tu blek kg.. ari sblm tu plak blogspot wat hal.. xde rezeki.. sorry ye cg.. T_T

waN Mohd Salim said...

tima kaseh pakcik .. btw pakcik x de fb ke ????

Qamarul said...

ahh serik la aku camnie man. kou janji nak bagi aku menang!. ha3

tahniah kepada pemenang2.

~Insan Biasa~ said...

tahniah buat semua yang berjaya.....!!!

yatie Awang said...

tahniah buat ke tiga2 pemenang

waN Mohd Salim said...

http://www.penulissenja.com/2011/05/pemenang-contest-selamat-hari-guru.html

uncle jemput dengar deklamasi puisi yang ps menang ni .. jom

Alang Ridhwan said...

tahniah

h A n Y S said...

TAHNIAH kepada pemenang..
they deserved to win!
=D

btw, SAMA2..
=)

Rozuan Ismail said...

tahniah ps!

adol ihsan said...

Salam..

Tahniah buat pemenang,, cikgu jgn lupa buat contest lain lagi..

:)

Afida Anuar said...

Wahhh..tahniah kak zakie, ni kak zakie kena open table ni, belanja kitaorang... he he..

tahniah juga buat semua pemenang...

shah, lain kali buat lagi eh..okebai;)

cucu umie said...

tahniah buat pemmeang semua..kamu semua yg memang layak untuk menang..hehe

Kakzakie said...

Ya Allah terperanjat kakak dibuatnya
Terima kasih tidak terhingga
tunggu e-mail dari kakak ya
ada pesanan yg tidak cikgu duga.

eddy syrol said...

ohh...ok kalah..hehehehe..

gadisBunga said...

eh, i menang no 3? yey!!! tengs Iman and juri...eceh! tahniah kat kak zakie n wan mohd salim. kamu semua mmg hebat!

*patut la gatal2 tgn den semalam. hahah!!

Cik SHiNJU said...

Tahniah Kak Zakie,Wan Salim dan GadisBunga..Tahniah kat penganjur gak..


Nanti jemput join contest pertama saya plak yer..pelisss...heheh..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tahniah Kak Zaki dan pemenang lain..

nurkass said...

wahhhhh.
tahniah pada pemenang..cayalah..

to kak zakie..
kata2 dlm puisi tu mmg best..
yg bukan cikgu pun terharu bila baca..tahniah..

::FAIZ FARISH:: said...

tahniah buat semua

Solihin Zubir said...

yeah! tahniah utk pemenang....
cara pengumuman yg sempoi.. heheh..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Tahniah tuk semua pemenang!!

siti murni said...

tahniah kepada pemenang dan pemilik blog juga....:)

Acik Erna said...

berpantun pantun cik gu nak mengumumkan pemenang
tahniah buat pemenang..

adrenalina said...

wah siap pantun lagi...ni mcm ala2 kat majlis penyampaian hadiah hehehe
tahniah kepada pemenang! nanti tuan rumah buat lah lagi contest!! semua karya2 sgt bagus...tahniah skali lagi! =)

NzA said...

tahniah pd yg menang....

Mutiara Bernilai said...

wah. tahniah kpd pemenang2 ,,,

yg penting, bukan hadiah, tp persahabatan antara blogger ..kan?

Kalamhati said...

tahniah kepada semua pemenang..=)

aReTikZ said...

Weehuu ~ tahniah2.. syabas bete.. nampaknya solihin kena kerat kuku wei.. haha..

ummu said...

tahniah untuk semua pemenang.
untuk akak zakie juga tahniah ye

Idah said...

Tahniah Kak Zakie

shahjiehan said...

tahniah....kepada pmenang~

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget