WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, May 9, 2011

DUHAI SYURGAKU

Aku mencintaimu
Dengan segala kelebihan dan kekuranganmu
Duhai syurgaku 
Penat jerihmu membesarkanku
Dengan keringatmu membasahi bumi
Berladang, bersawah berbudi pada tanah
Kau biarkan jari jemari mu yang halus bertukar menjadi kasar
Memegang cangkul dan bajak
Kau biarkan wajahmu yang cantik itu
Dipanah, dibakar mentari yang terik

Duhai syurgaku
Kaulah wanita pertama kucintai
Dengan segala kekuatan cinta yang tidak berbelah bahagi
Denganmu, aku sentisa hidup 
Keranamu, aku selalu kuat
Tanpamu, aku lemah tak berdaya

Terima kasih duhai syurgaku
Atas segala titik peluh yang tumpah dibumi Allah
Atas tetes air susu yang menjadi darah dagingku
Atas sungai kasih sayang yang sentiasa kau alirkan

Selamat Hari Bonda
Duhai syurgaku...




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

adwafarahin said...

sedeynye :(

slmt hr ibu buat bonda kamu yep

cucu umie said...

selmat hari ibu bt bonda abg imanshah, sugguh membawa makne apa yg telah diuntaikan oleh abg imanshah...

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu iman..:)

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Eyrique Ettiqazz. said...

manis dan klasik wajah ibumu bak rupa perempuan melayu terakhir..terukir senyuman setelah penat berlawan dengan kesusahan yang mana ganjarannya kemenangan anak2 beradu utk menjadi manusia berguna.

Afida Anuar said...

Duhai syurga ku...

menitis ayaq mata baca nukilan ni..eh tipu..tak menitis pun, cuma bergenang...err..

selamat hari ibu...buat ibu shah... saya yakin, punya anak seperti shah cukup bawa kebahagian buat ibu shah dunia akhirat, insyaAllah..

Rozuan Ismail said...

sweet dan terharu.

Happy Mother's Day

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

Insyaallah
sama2 ke Syurga nanti

Wassalam

NzA said...

selamat hari ibu Makcik Ramlah....

~Nabilah~ said...

waaa...sweetnya...msti bonda imanshah trharu klau dia bce...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget