WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, May 19, 2011

IMANSHAH MENARI DABUS

Selamat malam semua, Agak lewat Imanshah menulis hari ini. Baru pulang dari sekolah menyiapkan fail panitia dan persatuan serta kelab. Dalam minggu ini jemaah nazir akan berkampung di sekolah bagi memantau pengetua dan sekolah untuk melayakkan Sekolah Bintang mendapat TAwaran Baru (New Deal) atau dalam bahasa lainnya Bai'ah sebagaimana diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebelum ini. Jika jemaah nazir berpuas hati, maka semua staff akademik dan bukan akademik  akan mendapat RM 900, manakala pengetua akan memperoleh RM 7,000. Rezeki namanya tu bak kata pengetua Imanshah, datang dalam berbagai bentuk.


Inilah sebahagian guru-guru yang sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan fail. Sampai ke malam bekerja. Bukan semata-mata mengejar ganjaran, namun yang paling penting ibarat satu anggota badan, kalau satu tak berfungsi, maka yang lain juga akan mendapat tempiasnya. Justeru, kenalah bekerja sebagai satu pasukan.

Usai 'mengerjakan' fail, Imanshah bergegas pula ke dewan besar bagi menyelia latihan teater muzikal. Teater muzikal ini akan dipersembahkan sewaktu Majlis Anugerah Cemerlang Hari Kecemerlangan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh 2011 di Seremban , Negeri Sembilan pada 24 Mei 2011. InsyaAllah pada tahun 2012, warga SBP akan berkampung pula di Ipoh, Perak. Maka sebagai tuan rumah tahun hadapan, kami dikehendaki mengadakan persembahan Selamat Datang. Dan antara elemen dalam teater muzikal tersebut ada unsur tarian tradisional Negeri Perak, iaitu Tarian Dabus. Hurm, ingat Imanshah tak tahu menari? See my leg lah. All Rounder ni beb!! Ingat boleh main hoki je ke? Haha, sila muntah dengan banyaknya. Kahkah. Tengok betul-betul gambar kat bawah ni. Haha, nak apa lagi? Takdalah saya hanya bergurau sahaja, sungguh, Imansah tak pandai menari, hanya melihat kawan saya dari Jabatan Kebudayaan mengajar anak-anak ini menari tarian Dabus. Itu yang sebetul-betulnya. 


Ok, Imanshah nak sambung memeriksa contest SELAMAT HARI GURU, CIKGU dulu ye..Nantikan keputusannya 20 Mei 2011.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

ingatkan cikgu iman..
dan...

saya doakan cikgu iman cepat naik pangkat..hehehhe

PS: belanjer ayu eik

~Insan Biasa~ said...

cikgu yang berdedikasi sungguh iman ni kan....tahniah! dn....selamat memeriksa....ihiksss..

white rose said...

dabus berasal dari kampung tmpt WR ngajar...

dak2 kampung ni tere dah bab2 dabus ni...

semua bapa2 mereka adalah pemain & penarian dabus kerajaan negeri perak...

smoga jemaah nazir berpuas hati dgn hasil kerjasama guru2 di SBP star...

Alang Ridhwan said...

wohooo.. tarian dabus.. tak pernah tengok.. knp tak buat tarian 'asmaradana' macam suatu ketika dahulu, menarik jugak...!

Rozuan Ismail said...

kat sekolah lama wan pon cikgu busy wat ISO ni.biaselah.by he way wan dulu sekolah MCKK.huhu.kira taw la SBP ni semua =)

Insan Marhaen said...

IM dulu biasalah terlibat dengan teater musikal SEROJA semasa di SRC...

~Nabilah~ said...

ooo...bakat terpendam nie...hehehe

h A n Y S said...

baru excited nak tgk cikgu menari.. ghupe nya org lain..

Afida Anuar said...

eh mcm tak caye je pandai menari. Yer ke idak ni..kekekeke

Eyrique Ettiqazz said...

pernah dipilih utk menari tarian dabus tp undur diri lps brapa sesi lthn sbb x reti menari..mmg kaku sgt ..pincang btol kaki ni...

kakcik said...

Siapalah yang bakal memenangi peraduan itu ya? :)

yatie Awang said...

kalau Iman cuba sekali apa salahnya...haha...tunjuk kemampuan katakan..

Kakzakie said...

Kalau keras kaki pun cikgu tapi bila berlatih lama-lama boleh juga tau. Tak percaya cikgu ikut rentak mereka masa berlatih. Lama-lama cikgu pun ok...

fadh leyanie said...

cikgu ,kalau tak pandai menari boleh belajar..senang je tarian dabus tu ..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget