WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, May 14, 2011

KASUT I MANA?

Entri ini sepatutnya ditulis semalam. Namun, disebabkan masalah maintenence dari Blooger.Com, Imanshah tunda penulisannya hari ini. Semalam, Imanshah bangun lambat sikit sebab demam. Banunnnya jam sudah menunjukkan 6.45 pagi, lalu dengan kelamkabut Imanshah bersiap untuk ke sekolah. Perkara pertama dibuat ialah mandi dan solat. Dan diikuti upacara menggosok baju melayu. Jangan tak tahu, hari semalam hari jumaat. Di sekolah Imanshah, wajib pakai baju melayu.

Baik, siap sudah berpakaian baju Melayu, lengkap bagai ngan samping. Lalu, Imanshah bergerak ke sekolah menaiki kereta. Imanshah tinggal di kuarters sahaja, namun disebabkan usaha MENTERNAK LEMAK dan MALAS, Imanshah naik kereta je ke sekolah yang hanya berjarak 200 meter sahaja. Nilah, gunanya kemudahan dan teknologi, memalaskan manusia. Nak tahu apa berlaku. Turun je kereta tiba-tiba.

Mak! Mana kasut aku? Adei, Imanshah lupa pakai kasut la. Rasanya nilah pertama kali terlupa pakai kasut ke tempat kerja. Ni gara-gara terlewat punya pasal. Moral of the story, simpanlah sepasang kasut dalam kereta, kot terdesak kan. Kalau rumah dekat ok balik tukar, kalau berpulu kilometer? Kau jawab le sendiri. Sempat snap sekeping gambar. Apa lagi, berpatah balik ke rumah la jawabnya. Sekian cerita untuk hari Jumaat. ok babai!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Hahaha.... Tak dapat bayangkan cikgu mengajar pakai selipar tu. Lain kali kena simpan sepasang dlm kereta cikgu.

NzA said...

wakaka.....tringat farouk trtinggal beg sk kt rumah...

Nasib baik trtinggal kasut..kalu trtinggal gewe masa g dating haru jugok tu adik weh......

cucu umie said...

hehe..semgt sgt abg iman shah nak g sekolah sampai kasut pon lupe nak saung ker?? huhu

gadisBunga said...

hahahaa!!!!!

saya pernah masuk kereta, kasut tinggal luar. masa drive tu tak rasa apa sebab mmg drive kaki bogel pun, tup2 bila nak keluar baru sedar takde kasut. nasib baik ada crocs sepasang, tapi crocs dgn baju kurung lah...duh~

adwafarahin said...

hahaha baju pakai lawa2 skali pkai seliper x cool la

nur aisya humaira said...

hahahhaa...aduhai,cikgu2..:)

Dinas Aldi said...

Eh, dot com pun masalah jugak ka?

Akak ada 2 pasang kasut spare dalam keta. Jangan kata kasut, baju seluar pun ada spare. Maklumlah sekolah 15km dari rumah.

Citarasa Rinduan said...

hhehehe..
cikgu... lawaknya..
ayu tak pernah buat macam tu.. hehehe


but, kita sama.. sama2 demam..

Afida Anuar said...

Nasib rumah dekat... kalau rumah jauh, shah sanggup pakai baju melayu ber selipar tu masuk kelas? he he..

shahjiehan said...

sempat lagi snap..hahaha..



cikgu oh cikgu...


mngkin demam pon..saya pon demam jugak ni

Kalamhati said...

mujur la umah dlm skolah jugop deh..huhu

ibuintan said...

hahaha... ibu selalu buat camtu, keluar pintu rumah terus masuk kete

sampai je skolah jangankan kasut slipa pun takde.... apalagi baliklah ambik ..rumah 1km je

W said...

skrg ni musim demam kan? @_@

nasib la rumah dekat, ce kalau rumah jauh. =='

adrenalina said...

hahaha...sib baik slipar tu comel! hari jumaat lah paling best pergi skolah sbb balik awal!!! lepas tu semua pakai cantik2 pada hari jumaat mcm nak raya...semangat skit gi skolah kan...

adol ihsan said...

Salam..

Ok la tu.. cantik apa kalau pakai camtu gi mengajar..

:)

Eyrique Ettiqazz said...

ok what,baju melayu dgn pakai selipar dan berstokin.hahahahahaha..fashion terbaru. u r the trendsetter...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget