WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 10, 2011

KEPUTUSAN LIGA SUPER 10 MEI 2011 : MAMPUKAH KELANTAN MERAMPAS PENDAHULU LIGA DARI SELANGOR?

KELANTAN harus mengutip mata penuh apabila menentang Negeri Sembilan di Paroi, malam ini andai berpandu kepada hakikat betapa perit cabaran tuan rumah yang bakal turun tanpa lapan pemain tonggak dalam saingan Liga Super. Ketika Red Warriors mengejar mata untuk mengekalkan status pendahulu segala-galanya tampak memihak pasukan dari pantai Timur itu yang berada pada tahap terbaik dan Negeri Sembilan pimpinan Azraai Khor Abdullah perlu menggandakan usaha menyekat gempuran pelawat yang harus mengganas malam nanti. Apapun, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu menganggap pertembungan dengan skuad Rusa di Stadium Tuanku Abdul Rahman bukan satu halangan mudah bagi mereka. 

Sambil mengharapkan kerja keras anak buahnya, pengendali yang membantu Kelantan menjuarai Piala Sumbangsih, awal musim ini tidak memandang mudah keupayaan tuan rumah. “Walaupun aksi Negeri Sembilan tidak begitu konsisten tetapi mereka ada ramai pemain berpengalaman dan kebolehan mereka tidak boleh dipandang mudah. “Saya tetap menjangkakan saingan sengit dari lawan nanti, apa lagi beraksi di halaman sendiri,” katanya, semalam. Azraai jelas gelisah apabila menyuarakan pemain dalam senarai kecederaan itu termasuk penyerang, Hairuddin Omar, Ahmad Fakhri Saarani, Mohd Firdaus Azizul dan pemain tengah, G Mahathevan.Tanpa banyak pilihan dia terpaksa bergantung kepada beberapa pemain senior, antaranya Mohd Shukor Adan, Shahurain Abu Samah, S Kunalan, Qairul Anwar Roslani dan Irwan Fadli Idrus. 

“Saya juga akan menurunkan beberapa pemain muda dari skuad Piala Presiden dalam usaha menguatkan lagi kekuatan jentera pasukan kerana kita menyedari tanggungjawab berat bakal dihadapi berikutan reputasi Kelantan yang membariskan ramai berwibawa,” katanya. SUMBER : BHARIAN.

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK LIGA SUPER BERTARIKH 10 MEI 2011


NEGERI SEMBILAN  (0) VS KELANTAN  (0) 
(keputusan tamat 90 minit)

TEMPAT : STADIUM PAROI, NEGERI SEMBILAN

PERLAWANAN JUGA BOLEH DISAKSIKAN DI 
ASTRO ARENA 801 JAM 8.45 malam

Untuk keputusan terkini sila REFRESH!! 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

shahjiehan said...

jom baca dan komen Tangkap ikan guna tangan.



perak menang! hahahahh

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

menang ke kalah ke, aku tetap sokong Red Worrior

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

menang ke kalah ke, aku tetap sokong Red Worrior

CIK TOM said...

mana yang menang?cik tom xminat bola..hee

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget