WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, May 2, 2011

LELAKI BERANAK TUJUH BELAS

Apa khabar semua? Apa khabar dengan sambutan hari pekerja hari ini. Ramai yang berehat, ramai juga yang masih bekerja. Sewaktu melalui Lost World Of Tambun tadi, kelihatan kenderaan berpusu-pusu memasuki tempat percutian terkenal di Ipoh itu. Nak tanya Imanshah di mana? Oh lelaki beranak 17 ini sibuk juga, berfoya-foya sehari suntuk bersama 17 remaja lelaki ini. Eh ye ke?? Ce citer, citer. Baiklah, Imanshah hari ini berkampung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh bagi menjalani latihan dan persiapan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan di Kuala Terengganu nanti minggu hadapan. Nak tak nak, waktu orang bercuti, Imanshah dah keluar pada jam 7.30 pagi dan sampai di rumah pada jam 7.30 malam.

Eh, nak menunjuk? Tak, bukan, dan tak bermaksud. Sekadar berkongsi kisah seorang lelaki beranak 17 ni dengan kawan-kawan. Yalah nak cerita pasal peribadi, takda sangat, kita ceritalah pasal kerjaya. Hehe. Macam statement artis la pulak. Jom tengok gambar-gambar ni yang mana Imanshah susun mengikut kronologi hari ini.


Ewah, menari tanggo ye. Ni apa cikgu, nak berlatih HOKI ke menari tanggo. Inilah sebahagian dari rutin warm up untuk mereka dik non oi. Sebelum memulakan latihan badan mahu panas. Almaklumlah untuk bertahan 12 jam di sana.  Maaf ye anak-anak, kamu terseksa , tapi cikgu terpaksa. Huhu.


Sedang sibuk berlatih, tiba-tiba kami dikejutkan dengan LAWATAN SAMBIL BELAJAR pasukan Hoki Kebangsaan India. Wah, India tu. Depa dok tengok kami buat latihan lah. Kebetulan pula adalah dua tiga orang ahli pasukan kami ni yang muka iras-iras Shah Rukh Khan  dan sekaum dengannya, maka menjadi bahan lah mereka bertiga. Dan yang paling mengharukan , kami mengambil gambar bersama. Cikgunya? Biasalah tukang ambil gambar.


Ni masa yang ditunggu-tunggu rehat dan makan. Nasi bungkus dewan makan jadi santapan. Lupakan sekejap  menu yang tidak berapa menepati KPI anak tekak, namun dek kerana lelah dan letih, lapar dan dahaga berada di bawah terik mentari 1.00 petang, makanan habis sekelip mata. 


Mengadap Ilahi Ya Rabbi. Walau penat sekalipun, Maha Pencipta usah dilupa. Nak tunjuk kamu yang jadi Imam ke Imanshah. Dok aih, dah teman yang paling tua, kenalah naik ke depan. Bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi kepada semua guru di luar sana, jika ada program melibatkan pelajar di luar sekolah, seharusnya, guru-guru menjaga solat mereka. Ingat tu!


Sedang asyik menjalani latihan, kira-kira jam 5 petang, hujan turun dengan lebatnya. Maka latihan kami terpaksa ditamatkan dengan segera. Bukan apa, sudah tiba masanya perlu menjaga kesihatan anak-anak ini, agar kontigen yang membawa cabaran nanti, benar-benar bebas dari masalah kesihatan dan kecederaan. Eh berpayung tu Imanshah lah, berulang-alik memayungi nak-anaknya seramai 17 orang untuk berteduh ke tempat yang lebih besar.


Dan aktiviti terakhir pada hari ini ialah menonton perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan Malaysia menentang New Zealand di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah. Bukan senang untuk melihat aksi antarabangsa di Ipoh. Sekurang-kurangnya sesuatu dapat diambil untuk jadikan pedoman.

Inilah selingkar kisah Lelaki dan 17 Anaknya. Terima kasih kerana sudi singgah di HOK SENGOTI, meneruskan pembacaan pada entri Imanshah malam ini. Sekadar perkongsian tentang citra hidup seorang pendidik sahaja. Tak lebih dari itu. Mata pun dah mulai layu, kudrat tua ini seakan tak mampu untuk digagahkan lagi. Selamat malam dan Selamat Hari Pekerja buat semua!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

dindingkosong said...

comel tajuk: lelaki beranak 17...hehe

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Corat-coret said...

ohoho...tempat last men futsalm tahun lepas...rindu kt sne...

Afida Anuar said...

Alhamdulillah....

ramai anak...murah rezeki... part yg jadi imam tu, somehow boleh buat hati anak dara terjatuh tu..errr..

okebai!..

Tqa said...

Bagus2. Gud luck. ape dah istilah yang kita gne utk competition peringkat SBP ni? lupa aa. huk3

IMANSHAH said...

@Tqa

HKSBP?

NuR si CiKGu RiBeNa said...

waa.. tajuk hebat! menarik!

alang-alang kat greentown, tak masuk shopping ke cikgu?

adrenalina said...

teruskan melatih 17 budak tu dgn seikhlas-ikhlasnya... Insya-Allah kejayaan akan mengiringi org yg ikhlas dan berusaha dgn gigih serta bertawakal kepada-NYA...

betul tuh ... ckgu lah yg kene jaga bab2 solat pelajar...terutama sekali bila beraktiviti dgn diaorg...kerana ckgu ni...pelajar sentiasa suka melihat dan meniru ckgunya..

Sham said...

ceh aku ingat lelaki hebat mana ada anak 17 tadi...tapi apa2 pong mu memang hebat argh...

Rozuan Ismail said...

haha,,tajuk nak advance je.huhu.. budak STAR ke?

zaty luvlianncezzz said...

dulu minat gk nk men hoki.tapi takut ngn stick hoki ++!

Mari menghayati di cni
korang buat belog utk apa?

azrinrahim said...

hehe..besar sungguh tanggungjawab abg iman shah..semoga berjaya ya di pertdgn hoki tu..hehe

Heidi Shafiq said...

uh.. dh lame x main hoki..

nub said...

awat x wat frenly match ngan team india tu ckgu..

hahahaha

Miecyber said...

Kus semangat..ramainyer anakk...

Kapalterbang bateri

nyanyisunyi said...

Org anak 17 mcmtu lah sibuknya....tp syabas sbb boleh 'jaga' anak2 tu semua dgn baik..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sorang pak dan 17 anak nye...mak nye????

Maryam Fatanah said...

wah, ingatkan btol2 17 anak td..rupanya anak murid jer

Nur Liyana said...

hahahah..tertipu sebentar!!!hehehe

wah nak main jugak!!!

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Berat tanggungjawab cikgu ya! Tak semua orang sanggup begitu.

Tqa said...

Ha'a! Betul! Ingat dah! HKSBP. hahaha
Thanks cikgu!

CIK TOM said...

wah tajuk n3..hehee...teringin nak jd cikgu...tp xtaulah berpeluang ke x?huk3..

Solihin Zubir said...

minat betul imanshah dgn hoki ye..
sy main hoki tak pernah..
guna kayu hoki utk pertahankan diri pnah la.. heheh..

KUREKURE COMEL said...

dulu mina minat tgk hoki tau.. pemain malaysia dulu baguskan...hehehe...


hope ada pelapis lah...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget