WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 10, 2011

LIRIK LAGU YANG BERCELARU : BAHASA IBUNDA DIPERKOSA

Buka lah mata dan lihat di hadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Hodohkah aku? Sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku damping

Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku damping owh

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu

Tiba-tiba pagi tadi, Imanshah terdengar lagu Pulanglah oleh Awi Rafail. Huhu sapa plak penyanyi ni. Tak kisah lah sesiapa pun. Imanshah tak selau ambil pusingpun dengan penyanyi-penyanyi baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kejap timbul sekejap tenggelam. Cuma bila melihat ada percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam lirik lagu ni, Imanshah rasa ada sesuatu yang tak kena. 

Sebagai seorang guru yang saban hari menggalak dan merangsang anak-anak didiknya supaya memartabatkan bahasa kebangsaan dan memeperkasakan bahasa Inggeris , Imanshah agak terkilan dengan kurangnya sensitiviti oleh segelintir penulis lirik kita yang gagal menghayati Perlembagaan Negara. Mengapakan mudah sekali merojakkan bahasa ibunda yang cukup indah? Di sekolah, guru-guru disuruh itu inilah. Marilah guna bahas abaku, bersama memartabatkan bahasa Ibunda, namun di luar sana, lain pula jadinya. Bukankah berlaku pertembungan di situ? 

Oh, inilah dinamakan kreativiti dalam berkarya. Kreativiti tok hang. Maaf bahasa yang digunakan agak kasar dan keterlaluan. Pada Imanshah jika benar-benar hendak menggunakan bahasa Inggeris, gunalah dengan cara sebetulnya dan sepenuhnya. Di sini, nampak sekali kurangnya cakna dan sensitiviti penulis lirik dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. kita tidak ada masalah jika liriknya seratus peratus bahasa Inggeris, sebab Imanshah pun hafal juga lahu-lagu bahasa Inggeris ni. Tapi lebih kepada untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan.

Apalah Encik Imanshah, kuno betul. Inilah yang dinamakan global. Kita boleh campurkan bahasa Inggeris dan Melayu dalam karya kita supaya lebih bersifat universal. Takpalah, Imanshah memang kolot, tapi melihat bahasa ibunda diperkosa begitu sahaja, Imanshah memang tak suka. Maaf jika pendapat Imanshah tak sehaluan dengan kalian. Kepada DBP, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, penggiat muzik, penulis lirik dan semua pencinta bahasa Ibunda (kami tidak membenci bahasa Inggeris),  pekalah dengan sensitiviti rakyat, buatlah sesuatu bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tidak kita lupa. Namun, biarlah segalanya molek-molek belaka, dan kena pada tempatnya. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

tak boleh terima la lirik bercampur cam gini, budaya kita wajah kita tau hik hik hik

NzA said...

baik kita pakat2 hafal lagu "GURU MALAYSIA" cz minggu depan nk nyanyi lagu tu dik weh....best apa lagu tu kaum guru tu....
dh hafal???????

IMANSHAH said...

@NzA

DAH HAFAL SEBELUM JADIK GURU LAGI

khaifaiz said...

stuju dengan entri ni

Mutiara Bernilai said...

betul2, merosakkan bahasa.

mereka tak bertanggungjawab sebagai org seni. hu. tp, kadang2 layan jugak lagu ni. aish!

~Nabilah~ said...

2 la..tp lagu nie best la pulak...hehehe

kakcik said...

Keindahan bahasa ibunda dinodai sesuka hati - siapakah yang pedului??? :(

Daddy Ziyyad said...

" kita tak boleh deny bahawa perkara itu important..the bottom line is, rakyat perlu bla bla "..kata kata ahli politaik malaysia...

Jadi, nak cakap apa?
Kalau pemimpin pun macam ni, apalah nak diharap pada artis....

eszol raar said...

ni x kira licienta poetica ke cikgu?

siti murni said...

kalau tak silap lagu ni dah diperbetulkan..tang bahasa inggeris tu ditukar semula ke bahasa melayu. dah dengar version yang diperbetulkan....

nurkass said...

emmm.
tak tau nak kata ape..
ada juga dgr lagu ni ari tu..nak tunjuk kreativiti lah kononnye..haihhh

::FAIZ FARISH:: said...

bestkan lagu tu

gadisBunga said...

lagu ni dah ada versi complete dalam bahasa melayu.

sebenarnya memang buruk pun versi bahasa rojak tu~

shahjiehan said...

byk jugak lgu cam ni rasanya


jom baca dan komen Tangkap ikan guna tangan.

Afida Anuar said...

tak pernah dengaq pulak lagu ni shah..err.. ke pasai saya memang tak dengar lagu melayu..apatah lagi melayu + omputih lagu ni.. hu hu.

aduhh, bahasa pun nak dibuat rojak.. sakit 'perut bahasa' ler nanti...

anyss said...

Assalamualaikum,
Kalau bukan bangsa kita yang rosakkan bahasa sendiri, siapa lagi?
Pelik betul kan? sadis pun ada...

Norsha said...

saya setuju sangat2 dengan pendapat cikgu...bahasa jiwa bangsa !

Tqa said...

Saya setuju ngan abang shah. Tak perlu kot nak tambah bhs inggris dalam lirik lagu melayu. konon nak nampak america la? Ces! Buat saket telinga je dengar.

Orang melayu kita ni lebih suka fokus kepada muzik dari fokus kepada lirik lagu itu sendiri. Sebab tu dia campur je bhs inggris dengan bahasa melayu. Konon2 nak bagi sedap didengar.

Saya nak bagi contoh lagu y paling tepat. Kemenangan ana rafali hari tu. Semua rakyat tak puas hati kan?Termasuk saya pada mulanye. **Saya bukan peminat ana rafali.

Saya tekankan di sini, juri2 malam tu merupakan juri2 yang hebat dan berpengalaman luas dalam industri muzik. Itu kita tak boleh sangkal. Dan bagi saya, juri2 malam tu merupakan juri2 yang sangat hebat kerana dia tak menilai lagu berdasarkan populariti artis. Siapa ana rafali ketika itu? Saya pun tidak kenal dengan dia!

Lagi, kenape rakyat kita tak puas hati? Suara tak sedap? Itu bukan persoalan, anugerah juara lagu bermakna kita fokus kepada lagu, bukan pada suara, sebab tu ada anugerah vokal.

Tak percaya, cuba cari lirik lagu Tolong Ingatkan Aku. Baca dan fahami betul2. Bagi saya, ana rafali memang layak menang. Betapa puitisnya bahasa dia guna. Susunan baris2 perkataan tu betul2 wow!


Paling saya suka perkataan 'penyeluk saku masa'.

Kamu pernah terfikir? Mampu ke nak jadi sehebat ini? Tak, kan!

Maka, melayu semua, tak payah lah duk agungkan sangat rojak tu. Saya budak TESL, tapi saya tetap menjulang bahasa melayu saya.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget