WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 31, 2011

MARI KITA BERHENTI MEROKOK CIKGU!

Selamat pagi semua. Hari ini merupakan 31 Mei, hari terakhir di bulan Mei. Pagi tadi juga Imanshah ternampak dalam FB tentang Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Oh, hari menggalakkan orang ramai khususnya para perokok supaya berhenti merokok. Bercerita pasal rokok ni, sebenarnya mempunyai kolarasi terus dengan hidup Imnshah, apatah lagi sekarang Imanshah di kampung.

Apa yang dikatakan mempunyai hubungan terus ye? Sebenarnya keluarga Imanshah merupakan keluarga petani. Dan tanaman utama penduduk di Tumpat ialah tembakau. Dan keluarga Imanshah dulu memang tanam tembakau. Seingat Imanshah, tanaman inilah yang bertahun-tahun lamanya menyara kehidupan kami sekeluarga. Imanshah tak tahu sama ada menanam pokok tembakau tu dibenarkan dalam Islam ataupun tak. Waktu kecil kita mana tahu benda-benda macam ni. Ayah mintak turun ke bendang, maka turunlah kadang-kadang malam pun masih di bendang jika bulan terang. Tapi Imanshah dapat merasakan betapa kesungguhan dan kegigihan para petani di kampung Imanshah dalam menyara kehidupan keluarga mereka. Namun, sekarang semua tinggal kenangan. Tanaman tembakau sudah pun digantikan dengan tanaman lain, bahkan tanah-tanah pertanian juga sudah digantikan dengan rumah-rumah penduduk. Bila pulang ke kampung halaman, kenangan 15  tahun yang lepas pasti akan bertandang. Busuk bau tembakau masih tidak dapat  dilupakan.

Imanshah tidak merokok! Namun, kami di rumah ada tiga orang lelaki, arwah ayah dan abang serta Imanshah. Arwah ayah dahulunya merupakan perokok tegar. Masih ingat rokok BENSEN & HEDGES ? Ianyan merupakan satu-satunya pilihan arwah.Kalau disuakan DUNHILL, menggeleng-geleng kepala arwah tanda tak mahu. Kotak-kotak rokok disusun kemas di atas kayu dinding rumah. Nampak cantik dan kemas disusun rapi berbagai corak. Begitu juga abang, mula merokok selepas SPM dan ayah tidak melarangnya. Cuma Imanshah sahaja yang tidak merokok. Pernah sesekali mencuba namun rasanya rokok bukan jiwa Imanshah. Sehinggalah ayah disahkan mengidap kencing manis, arwah mula berhenti merokok. Alhamdulillah, doa Imanshah dikabulakan apabila ayah berhenti merokok sepenuhnya awal tahn 90-an. Cuma abang sahaja sekarang yang measih belum berhenti merokok. Yalah, perokok ni kita cakap apapun kan, bukan senang mereka nak berhenti. Walaupun harga rokok sekarang ni dinaikkan sehingga RM 50 sekalipun, payah rasanya.

Ni satu benda yang Imanshah nak cakap. Kalau ada dalam kalangan cikgu-cikgu yang terasa, Imanshah minta maaf lah ye. Kadang-kadang kita dok tangkap budak-budak yang merokok kat sekolah la, kat asrama lah dan kita sangat expert dalam bab-bab ni. Tengok bibir pun sebatu kita dah cam dia tu merokok. Tapi yang sadis nya kita pula merupakan perokok tegar. Bibir tu dah tak nampak merah dah. Sekali buka mulut, macam- macam bau keluar. Masa soal budak pun mulut kita bau rokok. Dalam hati bebudak tu cakap " nak tangkap orang, tapi diri sendiri 2 kali lima."

Maka kita pun sibuk menegakkan benang yang basah. Aku dah kerja, aku penguatkuasa, aku cikgu, korang tu budak-budak. Mak bapak hantar sekolah suruh belajar, bukan suruh hisap rokok. Ada kan dialog ni?? Imanshah bukan nak menuding kepada sesiapa, namun lebih kepada peringatan terhadap diri sendiri sahaja kerana di mana-mana kita berada selalulah ingat-mengingat. Selalunya kita ajak murid-murid kita supaya berhenti merokok, jangan cuba-cuba merokok. Apa salah kali ini, Imanshah nak ajak kawan-kawan semua, MARI KITA BERHENTI MEROKOK! Apapun, fikir-fikirkan dan semoga rokok dapat kita jauhi bersama! Selamat bercuti cikgu !


Pernah dengan pasal rokok eletronik?? Kalau nak tahu lebih lanjut, KLIK SINI.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

::blog anak jawer:: said...

nak berhenti merokok mmg susah..so , kalau tak nk ketagih sampai susah nk berenti..better jgn mulakan...kan...hehe

-Yok mampir diluk = orang asli...di medan pertempuran dua agama..

Afida Anuar said...

shah..ayah saya dulu pun tak silap seorang perokok... seingat saya masa umur 6 tahun tu, duk atas riba ayah tengah merokok..tp lepas tu..ayah berhenti..sampai la ke tua ni.

Adik laki saya sorang ikut jejak ayah... cuma alhamdulillah..sejak dia dapat anak ni, tngok tak merokok dah..

PS: penah tengok rokok elektronik ni dalam cite the tourist.. johnny deep hisap;)

Kakzakie said...

Bapak kakak dan abang kakak tidak merokok. Hubby kakak pun tak merokok. Tapi menghairankan kalangan yg atuk-bapa tidak merokok. Tapi ramai anak saudara kakak yg bujang dan masih menuntut di IPT merokok..... Susah nak dikawal.

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Tabiat merokok memang sukar untuk dibuang jika sudah ketagih. Perlu diingatkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memfatwakan merokok itu HARAM, maka sebaik-baiknya kita jauhkan perkara haram dalam kehidupan kita.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum ..:)

Tahniah man..
(ops! tgk dik fida panggil shah!!..)
sebab tak merokok!!!

Kdg2 susah nak nasihat pada perokok2 tegar nii...
aduhaii..

ckLah said...

'Thorn among the roses' kat sekolah ckLah tu pun merokok. Setiap kali mahu melepaskan hajat, dia buat2 menelefon di pondok telefon luar pagar sekolah. Kesian...tersiksa nampaknya.

Dan apabila dia lalu kelas, semua murid menoleh...kerana aroma rokoknya. Senario yang tak berlaku sebelum ini.

lalink7 said...

btol2 tue..jadi cikgu nie orang kata jadi contoh kan..klau cikgu yg mrokok xhenti2..bebudak ape la lagi kan? hehehe..

Azmer Lias said...

g00d entri...
stuju2..

Aimi dan Pakcik Hashim said...

aku pernah try rokok elektronik ni
sedap


masa sekolah dulu bilik guru disiplin bau rokok. penuh asap

cucu umie said...

alhamdulilah ayie tak isap rokok wlopon family ayie ad yg isap rokok..bg ayie, kalau nak ilngkan isap rokok ini boleh dgn makan gula-gula yg ag serupa puas ngn merokok..skrng memang dh ad dijual kt uar

Afzainizam said...

Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai
waktunya".

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

diy pasang sticker carbon fibre

Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku...
Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!

adrenalina said...

mungkin sbb tu kot skarang ni mmg susah nak fahamkan para pelajar kenapa kita mesti BERHENTI MEROKOK... sedangkan ckgu2 pun tak BERHENTI MEROKOK...

kalau nk berhenti merokok rasanya individu tu sendiri kene ada kesedaran dr dirinya sendiri utk berhenti merokok...rasa ingin berhenti perlu lah dari dlm diri sendiri...bukan sbb CIKGU YG SURUH

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget