WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, May 18, 2011

MESYUARAT GENG BUJANG SEKOLAH

Hari ini merupakan hari cuti wesak. Namun aktivitinya tetap penuh juga di sekolah. Mulai pagi menghantar para pelajar ke stadium untuk latihan pusat 1 Mas, kemudian dikunjungi oleh Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng untuk perlawanan persahabatan bahas sebelum ke Seremban, minggu hadapan dan petang dan malam pula bertungkus lumus menyiapkan fail untuk lawatan dan pemantauan nazir bagi calon sekolah yang menadapat tawaran baru Kementerian Pelajaran Malaysia (new deal). Bertukar-tukar pula susunan fail nya, kalau tahun lepas pentadbir lama nak cara lain. Tahun ni lain pula. Yang pening cikgu-cikgu lah. Buat la, selagi tak tamat hari, operasi akan diteruskan sehingga 12 .00 malam.

Ni berbalik kepada tajuk entri, kami ni yang bujang-bujang di kuarters ada cara sendiri menghabiskan malam cuti kami. Aktiviti mesyuarat ahli bujang sambil mencicah. Haha. Cicah buah mangga malam-malam campur jus belimbing. Ingat lagi kat belakang rumah Imanshah ada pokok mangga. Maka malam tu berkendurilah kami memakan mangga muda. Sampai berulang kali jualah ke tandas.


Ada lagi lima bujang yang tak masuk gambar. Meriah acara malam kami. Dan hasil mesyuarat kuarters pada hujung minggu ini kami berpakat untuk mengadakan BBQ bagi meraikan dua orang ahli kuarters yang akan melangsungkan majlis perkahwinan cuti sekolah nanti. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Eyrique Ettiqazz said...

ai mengidam ke makan mangga..hikhik

Alang Ridhwan said...

ckg nak kahwin ke cuti nih?

cucu umie said...

kawan2 abg imanshah dh nak kawin.. abg imanshah bila plak nak kawin..kuikui btw, best kot kalo lepak malam2 dgn kawan sambil makan ap2 yg ptot..hehe

DaHLia said...

nak join bbq leh???

zarazueyin said...

sama la kiter
harini sy pn pegi sekolah wlpun cuti wesak,
ada latihan kawad kaki,
esok pertandingan peringkat daerah,
cikgu bujang sudah semestinya diberi tugas lebih..huhu
amacam pengarah JPN Perak baru?kihkihkih...

Afida Anuar said...

Ramai jugak cikgu bujang2 ni eh...

white rose said...

ade kelab bujang...
hebat...

sekali sekala apa salahnya ade mesyuarat bujang...

n@m@n said...

fuhh..kecur air liur weh..demo gak

nurkass said...

uihhhh..
sedap tu..lenyek cili api..bagi pedas sikit..makan ramai2 lagi bestkan..

gadisBunga said...

uiii...makan sampai bengkak lidah pun takpe cenggini..

Mutiara Bernilai said...

atoi. bestnya makan colek!

eheh, geng2 bujang wat gathering eh :)

NzA said...

makae colek ko mlm2......nk join jugok la...

adrenalina said...

wah colek !!! ni raso nok kelik kapong nih...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget