WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 3, 2011

MOGA CINTA KASIH KITA TERUS MEKAR, RAMLAH

Kini masuk bulan ke tiga kami tidak bertemu. Rindu betul rasanya, walaupun jarak antara kami tidak lah terlalu jauh. Satu di Ipoh dan satu di Kuala Lumpur. Namun, kesibukanku yang melampau membuatkan hasrat bertemunya kupendam. Sesekali telefon menjadi medium penghubung antara kami. Sebagai pegawai yang menurut perintah, Imanshah terpaksa akur dengan tuntutan pekerjaan. Hujung minggu dipenuhi dengan kursus, majlis rasmi sekolah, sekolah ganti, serta latihan hoki yang tidak memberi ruang untuk Imanshah bergerak meninggalkan bumi Ipoh.

Sesekali terfikir, kenapalah susah benar untuk memberikan sedikit masa untukknya? Cukupkah sekadar bertanya khabar dan berbicara melalui telefon sahaja? Namun, Imanshah yakin betapa kita sebenarnya sedang mempermudahkan urusan orang lain sekarang, maka Insyaallah Allah akan mempermudahkan urusan kita. Sekalipun dia tidak pernah merungut tentang kesibukan melampau Imanshah, namun Imanshah yakin betapa jauh di sudut harinya, dia merindui Imanshah.

Sabarlah wahai kekasihku RAMLAH. Imanshah sudah miliki perancangan untuk melepaskan rindu kita nanti. InsyaAllah, akan kujejaki mu di sana. Izinkan Imanshah habiskan dahulu sedikit sahaja urusan di sini, semoga sabarmu dan sabarku ini akan menguatkan kasih cinta antara kita. Doakanlah anakmu di sini terus berjaya, bersama doa restu dan kasih sayangmu wahai bondaku RAMLAH. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

ckLah said...

Makcik Ramlah...moga terus dikasihi anak-anak hingga ke alam sana...

(***Semua makcik Ramlah...)

IMANSHAH said...

@ckLah

Saya juga doakan kamu Kak Lah

nyanyisunyi said...

Sejuk perut bonda yang mengandung dn melahirkan kamu..mudah2an bondamu sentiasa diberkati.

gadisBunga said...

assalamualaikum makcik ramlah. :D

maafkanlah imanshah ye makcik. oh by the way, makcik nampak sangat ceria! :)

Adinda Amy Sensei said...

semoga ibumu selalu ceria dan bahagia...


...kirim salam padanya!

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

rindu merindui
bila bertemu mengerat kasih

moga ibu ramlah sihat selalu

Wassalam

Mohamad said...

Semoga semua ibu2 yang banyak berkorban kepada anak-anak diberi Allah kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Bagi ibu-ibu yang telah pergi, semoga roh mereka di tempatkan bersama-sama dengan orang2 yang beriman... semoga mereka mempunyai anak2 yang soleh dan solehah yang akan mendoakan mereka..

Bagi yang masih ada ibu dan bapa maka senangilah hati2 mereka..

Selamat Hari Ibu..

Kalamhati said...

Kaulah Ratu Hati Imanshah!hehe anak soleh ni..=)

Ummi Humaira said...

assalamualaikum dik Iman...

bahagialah ibumu mendapat anak yg sebaik mu. walau tak sempat bertemu , namun ibu tetap no satu di hati mu.

Ayuni said...

Selamat hari ibu.....

Afida Anuar said...

kalau la ibumu membaca bait2 rindu yang dalam ni....

adrenalina said...

sejuk perut ibu mengandung...jika dpt anak yg sentiasa mengingati mereka... ibu selalu berpesan...bukan harta bende yang dipintanya... cukup jika anak2 nya sentiasa ingat mereka dan mendoakan kesejahteraan ibunya dunia & akhirat

tp sbg anak...kita mmg wajib tunjukkan kasih syg kita!!!

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Selagi boleh berusaha, mari bertemu ibu. Selagi ada ingatan, mari berbudi kepada ibu. Dan selagi hayat di kandung badan, mari berkorban untuk ibu~

Tambahan:
1. Semoga ibu Ramlah sihat sejahtera.

2. Saya sedang bercuti di kampung. Tambahan 'CRK' demi membawa ibu saya bercuti-cutian di SB.

adwafarahin said...

wuargghhh! nk nangis dah

rindu mak abah jugak :(

~Nabilah~ said...

waaa...knfem ibu trharu kalau baca nie.... :)

Far8 budak baik said...

memandang kan ibu dah dekat..
selamat hari ibu..
hihi..aku bace awl2 ingt tuk awek..
rupanya tuk emak..aha =)

nurkass said...

alahai..
bertuah makcik ramlah punya anak spt imanshah..alhamdulillah..

hargailah org tua kita selagi masih ada..mereka tiada galang gantinya..tahniah dik..

iKhRam said...

Jangan bimbang.. hati seorang akan sentiasa membenarkan.. merelakan..

saya rasa ibu abg shah akan memahami dan merestui segala-galanya

Daddy Ziyyad said...

Cuba lah lari kejap ke KL..sejam setengah dah boleh sampai...tak tidur bermalam pun tak apa, ibu kamu pasti faham...

sahromnasrudin said...

KL IPOH..jauh tue, beb...
lagi jauh dari Kedah ke N9 hehehehehe...

jgn mare..sj usik huhuhhh

makdara TERdiva said...

kekasih awal dan akhir :)

ibuintan said...

Iman,

rindumu pada ibu yg masih ada

rinduku pula pada ibu yg telah tiada


iman, relaikanlah rindu mu itu segera

kirim salam nanti pada ibu Ramlah

CIK TOM said...

sweetnya special utk ibu...
berbunga kalau mak cik ramlah baca ni ;)

Kakzakie said...

Siapa tak sayang ibu? Beruntung masih boleh mendengar suaranya walau sekadar melalui telefon.

Moga cikgu jadi anak soleh, ingat ibu selalu cikgu....

NzA said...

haya...ingatkan ramlah ram tu....wakaka...

moga mokcik sihat sokmo!!!!

Solihin Zubir said...

masa beljar jauh dlu, selalu juga abaikan mak.. x contact smpai mak kecik hati.. teruk gila aku..
now, setiap hari dok dgn mak.. heheh..

azrinrahim said...

abg iman hgn lupa 8.5 hari ibu..bhgiakan lah dia wlopn sekejapp..hehe lama juga abg iman tak jumpa umi abg iman..huhu ayie dh xjumpa 4bulan mase tu, ya Allah terasa nikmat apabila dpt berjumpa...

KUREKURE COMEL said...

comel sgt tau...mina agak suka la kalau lelaki buat entri mcm ni...
sbb susah nak jumpa...siyeess...


semoga jd anak yg baik..amin..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget