WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, May 5, 2011

MUSIM DOGHOYAN KAT PEGHAK DAH HABIS, MUSIM LAIN PULA NI

Musim nya sudah tiba. Berakhirnya musim durian di Perak, maka musim peperiksaan mengambil tempat pula. Baru sahaja hendak melepaskan lelah dan letih, dugaan berkasih datang pula. Haha kenapa dugaan berkasih? Perkasihan dan percintaan kami guru-guru pada dunia yang kami cintai ini. Dunia pendidikan hari ini begitu mencabar, hanya kerana sifat kasih dan cinta yang menebal, langkah terus diderap, seia sekata mencurah ilmu kepada anak bangsa. Dugaan? Hurm, inilah antara dugaan bidang pendidikan. Memeriksa kertas peperiksaan adalah saat yang mencabar, perlukan kosentrasi yang tinggi. Segalanya perlu dilakukan pantas mengikut jadual. Bayangkan sejumlah 150 skrip yang perlu ditanda. Didarab dengan 7 soalan yang perlu diberi perhatian bagi setiap satu skrip. Bagi yang lemah semangat melihat tulisan cakar ayam, jawabnya menangislah seorang. Kadang-kadang sedih juga apabila melihat pelajar gagal mencapai markah yang diharapkan. 

Owh, bedah siasat pun dilakukan. Kertas kerja sana sini mesti disiapkan. Pokoknya jika pelajar gagal mencapai TOV yang ditetapkan, perlu ada tindakan susulan daripada guru. Sesekali, jangan melaporkan tentang murid malas, apatah lagi tidak membuat kerja sekolah antara punca kemerosotan pelajarannya. Kesimpulannya, KEGAGALAN guru dalam menyediakan P&P yang berkesan sebagai mengisi maksud tersurat BEDAH SIASAT.

Esok juga akan ke Terengganu, membawa bersama sejumlah kertas peperiksaan untuk ditanda. Sambil menyelam, bisa meminum air. Serampang dua mata, berehat sambil bekerja. Kalaulah kertas peperiksaan bisa diberikan markah kerana berat nya kertas dan ditimbang kati, alangkah bahagianya. Adios, selamat, kita ketemu lagi ya!!





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

^^nu[dd]yra^^ said...

tengah tunggu budak nk exam gak tgh bulan nih.....aissshhhh...bkati2 gak paper yg nak ditanda...apertah lg ader paper 1 n 2 ...

selamat mnnda kertas xm ya !

nurkass said...

itulah cabaran buat guru..
keje lain, lain pulak cabarannya..
sabo dik..focus..
cikgu iman mesti boleh punye..:)

Kakzakie said...

Selagi manusia itu bergelar guru rasa tanggung-jawab tetap ada di hati biar melangkah ke mana sekalipun...

gadisBunga said...

balik kampung ye? kem salam bunda~

gadisBunga said...

alamak. kampung kat kelantan kan? kompius.

ok, good luck kat bebudak hoki tu!

::FAIZ FARISH:: said...

Selamat menanda Kertas peperiksaan

lalink7 said...

wahh kalau dikira oleh beratnyee kertas, mst anak murid lagi ngelat..letak ketas a4 kosong bebanyak..heheheh =0

zaty luvlianncezzz said...

musin pelam harumanis kt perlis bwu bermula.sila²

Mari menghayati di cni
mentua vs menantu

cucu umie said...

wah, lama xsinggh sini..so abg iman shah.. hehe xpeah, tnde jelh kertas tu untuk kemajuan anak bngsa..kerana dripada exam kita akan dpt menilai sjauh mane kita tlh memahami sesuatu sbjek itu..

Daddy Ziyyad said...

terbayang..kalau mood si penanda kertas tgh tak baik..dapat pulak kertas jawapan yg tulisannya buruk susah nak dibaca...walaupun ada isi..mesti fail !

Abu Aiman said...

seb baik subjek yg saya ajor ada 27 org student jer, dah beres.

~selamat menanda kertas~

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt...

Betul. Musim durian Perak mula reda. Dua tiga hari lepas singgah Taiping dan Manjung pun khabarnya 'durian kampung' dah cuci bersih.

Maka, terpaksa juga memilih 'durian kahwin' yang dah tak berapa banyak. Buah dokong pula tengah bergugus-gugus mengambil alih musim buah~

Tambahan:
Selamat maju jaya kepada team hoki STAR. Selamat menanda skrip juga buat cikgunya.

Yua said...

oh cikgu rupanya... selamat menanda kertas. hehe. teringat time form6 dlu kertas karangan bm saya dpt 0/50 gara2 x tulis no soalan..

btw, kirim slm kat org ganu hehe.. sy org tganu. dah lama x balik -.-''

shahjiehan said...

hehhehe...

ritu blk perak...

jenuh cari org durian...x jmpe....

adrenalina said...

xsempat dah nak makan doghoyan... =(

Mutiara Bernilai said...

selamat menanda kertas cikgu.
haha,teringat, saya dulu suka sangat tulis nota kpd cikgu saya.

Afida Anuar said...

kalau tanda kertas objektif,saya boleh tolong shah;)... tp kalau kertas subjektif...kirim salam je la. errrr...

PS: teringat waktu dulu2..selalu gak tolong mak tanda kertas pelajar2 dia...adoiiii poning2 baca tulisan memasing... heh!

Citarasa Rinduan said...

rasanya kalau dah menyelam minum air tu..
cikgu kena belikan sehelai tudung atau ole2 untuk ayu..
hehehhe

~Insan Biasa~ said...

"Alah bisa....tegal biasa"
Saya baru nak bina soalan. Time cuti adalah waktunya menanda kertas jawapan....owhhhh.....

Cik SHiNJU said...

syok ah gi ganu..
boleh makang kepok lekor..


saya dh join contest tu..nt tgk yer..

Oasis said...

adeh...sabar je lah cikgu. Tapi bila teringat durian ni, confirm tak leh buat kerja.

NuSaNa NoSa 91 said...

tanda, jgn xtanda.. nnti, time ari guru, dpt pen merah byk2.. hik3~ ^_^

hazlin nazri said...

guru n kertas exam tak boleh dipisahkan..

nba-Nur said...

Biasalah tu cabaran dan dugaan seorang guru.. Semoga jasa yg kita sumbangkan dengan hati yg ikhlas akan mendapat ganjaran dariNya..

p/s: Peperiksaan Pertengahan tahun dah pun bermula, bermulalah episod menanda la nampaknya.. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget