WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, May 12, 2011

PELUPA

Musim kehilangan memori. Semalam bekas anak murid bertanya kepada Imanshah apakah yang seronok sewaktu minggu orientasi dahulu. Hujung bulan ini dia akan ke UM untuk mengikuti Asasi Sains Fizikal di sana. Wah lama sungguh sekitar tahun 2000. Puas Imanshah cuba mengingati. Rasanya baru sebelas tahun  berlalu, tapi Imanshah dah lupa. Apa butiran program, di mana, siapa ahli kumpulan, semuanya seakan kabur.  Selepas itu, Imanshah cuba pula untuk mengingat semula beberapa peristiwa yang berlaku di universiti. Sungguh, banyak coretan memori sepanjang berada di kampus tiba-tiba hilang. 

Imanshah cuba google masalah ini dan apa yang Imanshah dapati adalah sebuah catatan yang dibuat oleh BRO RICK


Penyakit Pelupa dan Rahsia Menguatkan Daya Ingatan 

Antara penyebabnya adalah: - 

- Makan kepala ikan 

- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan. 

- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. 

- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang). 

- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan. 

-Melihat gambar Lucah.. 


Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.  Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil `dopamin' akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya. 

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan 

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.  Di antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: - 

- Buah anggur hitam 
- Madu lebah 
- Halia 
- Buah badam 
- Susu 
- Air zam zam 
- Kismis 
- Jus karot & madu 
- Epal 
- Kurma 
- Ikan tuna 
- Tempe 
- Air soya 

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.  Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan,  kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan. 

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat un kita lupa kepada-NYA.  Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. 

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: - 

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu. 
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari. 

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Saya pun sama shah.

rasanya pasai mkn kepala ikan banyak sangat kot!errr

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget