WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 1, 2011

PENYEWA PERTAMA

Assalamualaikum WBT. Ingat tak dahulu Imanshah pernah tulis satu entri pasal satu lagi tugas yang diberikan oleh pengetua kepada Imanshah, iaitu pengurus Homestay. Kalau lupa, bolehlah jenguk DI SINI. Alhamdulillah, setelah dua bulan berusaha menyipakannya, akhirnya homestay tersebut yang kami tukar namanya kepada RUMAH TETAMU telahpun siap dibaikpulih dan telah dirasmikan pengarah oleh Sekolah Berasrama Penuh baru-baru ini.


Alhamdulillah, semalam Imanshah telah berjaya mendapat pelanggan pertama. Teruja juga sebab sebelum ni belum pernah menjadi pengurus homestay apatah lagi menguruskan hotel lima bintang. Rupanya, kalau hujung minggu, memang permintaan tinggi. Semalam sahaja, ada tiga permohonan untuk menginap. Tapi prinsipnya mudah, siapa cepat dia dapat. Tengah berdebar-debar juga ni, maklumlah nak dengar feed back dari penyewa. Yelah, kalau ada apa yang kurang kenalah tambah baik nanti. 

Nanti Imanshah buat satu entri tentang promosi Rumah Tetamu ini. Hari ini sekadar entri pengenalan sahaja. Apapun, rasanya makin bertambah kerja Imanshah dalam dunia pendidikan ni. Macam dah lari sedikit kan. Huhu, nampaknya hujung minggu terpaksa dikorbankan. Sedihnya...

Erk, siapa nak apply jadi cleaner?? weeee....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Woofer Storm said...

tak nak jdi cleaner cikgu,jadi pengurus je..leh??ahhaaaa

Acik Erna said...

assalam cik gu..mula mula uruskan sekolah punya..lama2 nanti dah ada pengalaman..dah pandai boleh uruskan sendiri punya homestay pulak..segala teguran dari penyewa dijadikan sebagai satu pandangan untuk penambaikan..

Afida Anuar said...

Shah, kalau gaji cleaner 3500, saya nak apply!!..err...

demand dak? demand dak? kehkehkeh

::FAIZ FARISH:: said...

nak tgk pic blh?

aqmalazmi said...

wahh hebat lah cikgu nieee...heeeee...
good luck dengan feed back nnti yaaa
=)

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

moga Allah membalas usaha2 cikgu

SELAMAT HARI PEKERJA

Wassalam

iKhRam said...

wow
dahsyat la..
nak menyewa gak la.. !!

nyanyisunyi said...

Assalam Imna..
insyallah pasti akan bertambah raamai penyewa nanti..lebih2 lagi bila pengurusnya mesra alam mcm iman..:))

gadisBunga said...

ada nak pakai tea lady tak?

adrenalina said...

ingat2x!!! good luck jadi manager!!! xperlah berkorban dihujung minggu...janji ada kepuasan hati ..dan setiap pekerjaan yg kita buat dgn ikhlas tu ada pahalanya dan ganjarannya nanti...

upload lah nanti gmbar2 rumah tetamu tuh

maiyah said...

assalam..

slmt hr pekerja.. rumah tetamu tu mesra oku x hehe :D

Miecyber said...

Tahniah Cikgu...


Kantoi . Part 2.

Azzam Yani said...

wah..kat hotel star ke?...=D

CIK TOM said...

cik tom nak appply jd cleaner tp gaji 2k boleh??hehehe

DaHLia said...

wahhh dasat aaa..
sampai ada homestay..
pomots laa sini..
mana tahu nanti termelawat sana, boleh stay homestay tuu..


cleaner?? borang plsz...
tapi gaji ijazah leh?? hiks

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget