WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, May 27, 2011

PIALA PERDANA MENTERI : PENANTIAN 15 TAHUN BERAKHIR

Lima belas tahun bukan satu tempoh yang singkat. Lima belas tahun juga bukan jangka masa yang cepat. Jika diterjemahkan sebagai seorang insan, jiwa ini sudah berada dalam tingkatan tiga, mekar menjadi seorang remaja yang elok rupa parasnya dan baik budi pekertinya. Lima belas tahun yang dahulu, pasukan bahas Bahasa Melayu STAR telah melangkah ke finale Pesta Piala Perdana Menteri dan sehinggalah ke hari ini, mereka berterusan mencuba untuk membawa pulang Piala Perdana Menteri ke bumi Ipoh, namun sayang tersekat di tengah jalan.

Mulai tahun 2004, pasukan ini telah diambil alih oleh Imanshah dan Puan Noridah. Dan mulai tahun tersebut juga, kami telah cuba untuk melakukan yang terbaik untuk ke pentas final dan seterusnya menjulang Piala Perdana Menteri, namun nasib tidak seindah cita-cita. Yang paling hampir ialah pada tahun 2008 dan 2010 apabila kami melangkah ke separuh akhir. Namun, langkah kami terhenti disitu sahaja kerana tewas di separuh akhir.

Kehadiran ke bumi Seremban bukan hanya untuk melayakkan diri ke pentas finale pada Julai nanti, namun lebih kepada mempertahankan maruah kami yang sering dianggap pasukan kelas ke dua. Bermula di peringkat kumpulan, pasukan bahas STAR berjaya mengenepikan tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sains Muzafhar Shah (MOZAC), Integrasi Sabak Bernam dan Sekolah Menengah Sains Dungun (SEMERDU). Dan Alhamdulillah, kami muncul juara kumpulan N. 

Sebagai juara, kami melangkah ke pusingan ke dua, dan sewaktu pengundian, kami ditakdirkan bertemu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP K), lawan yang dianggap kuat dan nama besar dalam arena perbahasan PPM. Namun, dengan tenang, pasukan ini berjaya menumpaskan aura SMAP K dan kami menang dalam satu pertarungan yang dramatik. Mara ke suku akhir, pertemuan menentang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) juga menjanjikan persaingan yang sengit. Dengan usul " Seni dan Budaya Memupuk Jati Diri Bangsa", kami memenangi perlawanan di peringkat ini.

Seterusnya kami hadir ke fasa yang sangat mencabar, fasa yang akan menentukan kelangsungan hayat kami di PPM dan fasa yang akan membezakan pasukan mana yang akan ke pentas finale di PICC, Putrajaya pada bulan Julai kelak. Dan pasukan yang menanti di separuh akhir ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, pasukan yang telah mengecewakan kami pada tahun lepas di separuh akhir. Ibarat pertemuan isi dengan kuku, peluang untuk menebus kehampaan tahun lepas terbuka. Dengan usul " Hukuman Khidmat Masyarakat Berjaya Mendidik Pesalah Juvana" bertindak selaku pihak Kerajaan, kami hadir untuk bersemuka menggagaskan usul. Dan akhirnya, Stadium Paroi, Negeri Sembilan telah menjadi saksi betapa akhirnya, tangisan kesedihan  pada tahun 2008 dan 2010 telah kami gantikan dengan tangisan kegembiraan. Alhamdulillah, kami layak ke final, dan lebih manis lagi Nur Qushairi telah berjaya menjadi pembahas terbaik keseluruhan.

Ibarat kapal yang berlayar, pelayaran untuk Piala Perdana Menteri sudah hampir sampai ke destinasi. Hanya PICC yang belum ditawan. InsyaAllah pasukan muda ini akan terus berjuang bagi mengembalikan kehebatan arena perbahasan Bahasa Melayu STAR. Sekalung apresiasi buat teman seperjuangan PUAN NORIDAH yang banyak mengepalai dan membimbing saya, seorang sahabat dan kakak yang memiliki ketabahan dan kegigihan yang ampuh, dan buat semua pembahas QUSHAIRI, UTHMAN, AMSYAR dan AMIRUL. Juga buat semua keluarga Debat Bahasa Melayu STAR yang banyak bekorban untuk kejayaan ini. Buat bekas pembahas AZRI, PAMAN, SIRAJ, BEBET, HARINN, FAiZS, FARID (di UK) yang sentiasa memberi sokongan samada pengalaman dan juga kepakaran mereka. Terima kasih, 15 tahun yang mendebarkan dan kini kita buktikan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

norfaridahanum said...

mengambil alih sejak 2004??? masyaAllah..padanlah saya rasa macam pernah ketemu cikgu imanshah.mungkin,ya mungkin..

ibuintan said...

tahniah kepada barisan pembahas STAR dan tentunya juga buat gurunya Imanshah dan Puan Noridah


teruskan usaha dan moga gelaran juara menjadi milik kalian

cucu umie said...

tahniah bt pasukan debat STAR..incya-Allah penantian 15tahun itu akan berakhir dengan detik yang manis di PICC nty.. incya-Allah ad rezeki nak pergi tengok..

Afida Anuar said...

Alhamdulillah.... insyaAllah...moga berjaya nanti!

berkunjung ke tempat saya la nanti naa? ..maksud saya putrajaya.. ;)

Kakzakie said...

Wah...mesti rasa bangga sebagai teman terselit juga pada diri kakak. Tahniah cikgu.... tenaga guru muda baisanya menyengat....

::FAIZ FARISH:: said...

tahniah....

Abd Razak said...

Salam cikgu...

Tahniah, moga terus berjaya!

Inche gabbana said...

tahniah pasukan sekolah bintang! walaupon cemburu (hohoho..) tapi saya tetap tumpang gembira dan bangga...!

pastikan anda tawan PICC nnt..! ;D

gadisBunga said...

berkat usaha gigih dan tanpa jemu gurunya lah tuu. tahniah!

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu..:)
alhamdulillah,congrate utk team cikgu iman..:)

semoga berjaya..:)

sarah-najwan said...

tahniah la cikgu iman deh...

akak pom xsangka akan mengadili team awk pada suku akhir itu..masa abis tu tgk badge budak baru tau dr star..

tahniah lagi sekali..moga berjaya menggungguli pada peringkat akhir nanti..

mana gmbr hak amik atah petah stadium tu?..bakpo tok tepeknyer...lalalalalalala

zarazueyin said...

tahniah!
sy doakan agar pasukan STAR berjaya membawa piala tersebut ke Perak....amin

Tukang cerita said...

Tahniah, korang memang hebat!!!!
:)

NzA said...

TAHNIAH!!!!! kelik Kelate puah hati la....

chekgu Azam Aziz said...

jom join contest chekgu!!
http://jiwahakir.blogspot.com/2011/05/contest-kenangan-cuti-sekolah.html

Sham said...

fuh biso demo...congrat untuk semua anak2 bintang n bapak bintang...

arsal74 said...

Tahniah kpd team STAR, kpd En Iman & Kak Nuridah...Semoga berjaya di pentas final :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget