WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 29, 2011

RINDU NASI BELAUK IKAN TONGKOL

Salam, sewaktu entri ini diterbitkan Imanshah sudah pun dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Meninggalkan seketika kesesakan ibu negeri Perak,  Bandaraya Ipoh menuju ke pekan koboi TUMPAT. Dan buat kesekian kalinya Imanshah akan melalui lebuhraya timur barat yang menghubungkan negeri Utara dengan Pantai Timur. Alhamdulillah, inilah nikmat kehidupan sebenarnya yang dikurniakan Allah. Kita memiliki lebuh raya yang hebat bagi membolehkan perjalanan dipercepatkan. Dan kita juga dikurnakan kemampuan untuk mencipta kenderaan bagi emmbolehkan kita menaikinya dan membantu kita sampai ke destinasi.

Bercerita tentang lebuh raya ini, sememangnya ia mengundang nostalgia yang takkan dilupakan sampai bila-bila sewaktu berlaku kemalangan yang hampir meragut nyawa Imanshah suatu waktu dulu. Baca SINI. Alhamdulillah walaupun sedikit trauma, namun terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Doakan lah semoga Imanshah selamat sampai ke destinasi ya!! Hampir 4 bulan tak pulang ke kampung. Rindu rasanya menikmati nasi belauk ikan tongkol..Nyam-nyam sedap!! Ok babai jumpa lagi!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

ckLah said...

Selamat pulang wahai perantau....


Selalu macam ni tau....bila cklah nak ke ipoh, dia lari. Tak dapatlah belanja makan lepas majlis di Banquet selasa ni...

ckLah said...

Kirim salam kepada Puan Ramlah...

Sue's said...

cikgu x try ikut lojing - gm ko?

nyanyisunyi said...

Masa ni iman pasti dah sampai kat kampung laman dn lepaskan rindu dendam pada apa saja yg dirindukan...selamat bergembira..

cucu umie said...

serius sedap nasi tu..aduyai..btw, selamat ke destinasi yer abg imanshah..

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

yg paling gembira tetntu ibunya Ramlah

Wassalam

Insan Marhaen said...

IM juga suka makan lauk ikan tongkol. tapi lebih sedap ikan patin gulai tempoyak kat Restoran Tasik Raban belakang Stadium Perak..he..he..

Aimi dan Pakcik Hashim said...

ikan tongkol tu camana?

Rosnah Yunus said...

selamat cuti..kak pun nak balik kelate gak ni..nak maake nasi belauk, nasi kerabu..adus lama tak kena hak ori kelate gitu,

ibuintan said...

semoga selamat dalam perjalanan

hati2 bila memandu.. kirim salam juga dengan Pn Ramlah

IMANSHAH said...

@Aimi dan Pakcik Hashim

alahai ikan tongkol tu yg besar tu

IMANSHAH said...

@Aimi dan Pakcik Hashim

alahai ikan tongkol tu yg besar tu

IMANSHAH said...

@ckLah

semoga bergumbira di sana ye CkLah

IMANSHAH said...

@Sue's

dok jauh sikit nga umah ambo. tupak

Adinda Amy Sensei said...

nasi berlauk ikan tongkol memang superb!!!! i likeee..

Rtp Farra Arisha said...

nasi berlauk bestt kannn.....

happy holidayy then :)

maiyah said...

assalam..

sama le kita.. bila nk bwa kete bleh pikir yg bukan2.. yelah dlu xcdent sampai lmpuh kan.. tp sbbkan semngt kuat.. alhmdulillah bleh merempit kihkihkih :D

Dinas Aldi said...

selamat balik kampung! jangan lupa kelas tambahaaaannnn!

MerLe said...

sedapnye la~~~

Afida Anuar said...

InsyaAllah..moga selamat pulang..dan selamat kembali... nak pesan dodol!.. hehe

syrupmasin said...

perghh..telan air liur tgk..macam sedap jee nasik nih..

faiz said...

bab ikan tongkol ni kureng skit sebab tak suke..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget