WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, May 11, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU FEDTRI

Pengacara rancangan MHI, Ahmad Fedtri Yahya dikatakan bakal berkahwin dengan wanita pilihannya pada 29 Mei ini. Majlis bakal diadakan di rumah bakal pengantin perempuan di Pasir Mas, Kelantan. Manakala majlis selebah lelaki pula diadakan pada 11 Jun ini. Mengikut sumber, bakal pengantin perempuan merupakan guru mata pelajaran Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong. Perkenalan mereka di Facebook menyatukan pasangan ini. Pengantin perempuan dikatakan seorang yang kuat agama dan keluarga Hafiz Hafizah. Tahniah kami ucapkan kepada Fedtri Yahya dan pasangan isteri. Semoga kekal hingga ke anak cucu. SUMBER : http://www.artis.my/2011/04/922.html
EH, sedang mengengsot dari blog ke blog dan ke laman web, tetiba Imanshah terbaca tentang berita Ahmad Fedtri Yahya telahpun bertunang dan bakal melangsung perkahwinan penghujung bulan ini. Alhamdulillah, sampai juga jodoh sahabat saya seorang ni. Ahmad Fedtri ni merupakan sahabat saya di USM tahun 2000-2003 dahulu. Dia dalam bidang komunikasi manakala Imanshah dalam bidang pendidikan. Kami sama-sama terlibat sebagai pengacara majlis  di USM, pemantun varsiti, bahas, aktif dalam  kelab sastera serta terlibat dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Memang Imanshah mengenali Fedtri secara peribadi.
Cuma apabila habis belajar kami membawa haluan sendiri. Fedtri ke TV3 manakala Imanshah ke sekolah. Huhu, agak lama juga tidak berhubungan, maklumlah, bila dah jadi popular kan, segan lah kami orang-orang bawahan nak tegur. Takut nak menegur kalau tiba-tiba tak dikenali kan. Haha. Apapun buat FEDTRI, selamat menempuh alam bahagia, moga menjadi suami terbaik untuk isterimu!! RINDU ZAMAN KAMPUS LA FEDT!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

DaHLia said...

seb bek imanshah ambil edu..
kalo tak,mesti dah dok sebaris dengan fedtri ni ...org glemer :D

Afida Anuar said...

lar..dah nak kwin ke Fedtri ni? adehh melepas!.. he he

adwafarahin said...

da nak kawen da yer hehe :)

hazlin nazri said...

alhamdulillah...
moga syaitan meraung kuat-kuat bila anak adam menikah..

faris.a said...

aritu smpt bergmbr ngn dye kt ukm. rase nak tnya je,

"eh knl c. shahnun? "
haha

adol ihsan said...

Salam..

Uih.. dapat jemputan VIP tak? hehe..

Citarasa Rinduan said...

selamat pengantin baru utk sahabatmu

agak2 kamu dapat kad undangan tak?

aReTikZ said...

Weehuu ~ kawan dah.. abangshah nya bila? ahakz..

cucu umie said...

wow, abg iman nie aktif juga kan..kalau ambik multimedia macm fedtry yahya, pasti lg glamour..huu btw, abg iman bila plak nk dirikan masjid.lalal

Rozuan Ismail said...

saya respect kat fedtri.dia pernah dtg ukm.setiap kali solat,dia akan berjemaah di masjid ukm.

gadisBunga said...

jom pegi kenduri dia kt pantai remis!

nyanyisunyi said...

tahniah buat fedtri..

Kakzakie said...

Kakak suka kepetahan bicara dia. Oooo.... dia kawan cikgu ye. Ha... dia akan mengakhiri zaman bujangnnya. Cikgu bila eh?....:)

NzA said...

tunang dio ore pasir mah ko???sekampung tu dgn akak......

Azmi said...

man tak sangka kau kawan dengan org femes haha....
tak pergi ke majlis dia nanti??

::FAIZ FARISH:: said...

skang memang musim kawen

CIK TOM said...

tahniah pada fedtri..alhamdulillah dah nak kahwin..abg shah ada nak ikut jejak fedtri plk lepas ni??hee ;)

wahida said...

wah...berkawan ngan artis la...

tapi saya ada baca blog sapa ntah hari tu kata fedtri ni sombong...wallahualam..

saya minat jugak kat dia...dia pandai bermadah..

Qamarul said...

biase laa retis kan.
dorang mmg busy.
tapi bagi aku selagi dorang ingat aku kan. aku no hal laa.
aku hormat die sbb dah berjaya kan.

tapi kenkadang aku attack balik jer.
sombong laa, busy kalah menteri. hahaha..

kate kawan kan.. biase la kene bambu. hahahaha kou retis ke PM ke aku tetap layan cam dulu2. haha

blog-tips-kurus said...

ooo... ade rakan selebriti yek? seperguruan rupenye! :-)

~Nabilah~ said...

ooo...kawan rupanya...hehehe

nabilah_2908 said...

mcm mana eh orangnya....? serius...gila-gila..? :)

suka tegok cara dia bercakap...

tahniah la tuk Fedtri... ;)

lalink7 said...

wow xg ke kenduri diee?

Tqa said...

Wah! Tak sangka fedtri dah nak kawen. Suka tgk dia pot pet pot pet sebab bhs dia puitis.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget