WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 31, 2011

SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT DUAN!!

Pagi ini, Imanshah dikejutkan dengan berita kematian saudara Imanhshah di kampung. Alhamdulillah, sementara masih di kampung, Imanshah dan ibu bergegas ke Rumah Mayat Hospital Tumpat. Di sana sudah kelihatan ahli keluarga dan saudara mara yang sedang berbincang untuk urusan pengkebumian dan sebagainya. Imanshah difahamkan saudara Imanshah ini, Arwah Duan, telah terlibat dalam kemalangan ngreri sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Motosikal yang dinaiki olehnya telah tersangkut pada kereta sewaktu cuba memotong kereta. Dan arwah terjatuh di laluan sebelah kanan. Lalu datang teksi yang dipandu laju telah melanggar dan menggilis arwah sehingga cedera parah. Arwah meninggal di tempat kejadian.

Selalunya Imanshah hanya membaca kemalangan ngeri yang berlaku di dada akhbar dan menonton di dalam berita televisyen sahaja. Namun, hari ini tragedi ini benar-benar terjadi kepada keluarga Imanshah. Kalau dua tahun sudah arwah ibunya yang meniggal, jua kemalangan jalan raya, hari ini anak bongsunya Duan pula yang mengikut jejak, meninggal di atas jalan raya. Ngeri melihat keadaan mayat yang digilis oleh kereta. Semoga Allah mencucuri dan mengampunkan segala dosa Duan. Alhamdulillah, Duan pergi dalam usia muda.

Cuma bila kita berbicara soal penunggang motosikal di jalan raya, benar-benar menakutkan. Imanshah sudah berapa kali hampir terlanggar penunggang motosikal yang memandu laju di jalanraya. Tak dapat dibayangkan jika terlanggar penunggang motosikal. Nauzubillah. Teringat juga zaman naik motor sepuluh tahun yang lepas. Darah muda kadang-kadang sukar dimengertikan. Yang kami tahu masa tu, tekan minyak sahaja. Kini anak-anak buah Imanshah juga penunggang motosikal sama ada ke sekolah mahupun ke IPT. Imanshah selalui berpesan kepada mereka agar berhati-hati kerana bimbang suatu hari nanti, jenazah yang tiba. Kepada keluarga Duan, takziah dan semoga tenang dan tabah menghadapi dugaan ini!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Ya Allah cikgu gambaran yg cikgu berikan benar-benar mengerikan. Ngilu dan sayu kakak bayangkan bagaimana family melihat keaddan mayat itu.

Alfatihah Duan.....

Mohamad said...

Takziah buat keluarga Duan.. semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang2 yang beriman..

faiz said...

takut dgr psl accident...dahla ada adik bwk motor sorang..semoga roh duan dicucuri rahmat...al-fatihah

farasakura said...

al-fatihah..semoga ditempatkan di kalangan org beriman..aminn

nurkass said...

allahuakbar...
bab2 gilis nilah yg paling ngeri rasanya..

al-fatihah..
moga rohnya dicucuri rahmat..

nurkass said...
This comment has been removed by the author.
Bapak said...

takziah buat keluarga cikgu.semoga roh arwah Duan dicucuri rahmat..al-Fatihah

Eyrique Ettiqazz said...

x dpt bayangkan kalau kat kita..al-fatihah semoga roh dicucuri rahmat.

Citarasa Rinduan said...

inalillahi..
mmg menakutkan bila kematian melibatkan kemalangan...

dengan entry cikgu ini..dapat bayang dan rasakan keadaa allaharham duan...semoga rohnya dicucuri rahmat..
salam takziah utk cikgu dan family..

al fatihah

gadisBunga said...

takziah untuk keluarga Duan..

harap kita semua akan lebih berhati2 sebab malang memang tak berbau. namun Allah lebih berkuasa ke atas hidup mati kita...

cucu umie said...

takziah bt keluarga tersebut..semoga rohnya dicucri rahmat.. incya-Allah..amin44x

Afida Anuar said...

Takziah buat keluarga... moga roh beliau ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh.

arwah dah berkeluarga ke blum shah? muda lagi eh?

Kalamhati said...

Hmm takziah utk keluarga arwah..

semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..amin

Republic Aku said...

takziah juga untuk kelurganya...al fateha.

iKhRam said...

takziah ye dari saya..

NzA said...

salam takziah...
Al-Fatihah.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget