WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 15, 2011

SEPAGI BERSAMA PEMBANTU RUMAH

Salam hujung minggu. Apa khabar semua, dan apa aktiviti kalian dihujung minggu. Baiklah seperti biasa diari SURA RUMAH diteruskan kali ini. Kali ini Imanshah nak kongsikan dengan aktiviti mengemas rumah pula. Selalunya memasak, membasuh baju dan mencantikkan halaman. Tapi yang paling istimewa Imanshah kali ini dibantu oleh pembantu rumah yang diimport khas dari pasukan hoki junior Imanshah. Ok , kita layan.


Sawang banyak tu wei. Sapu cepat, guna penyapu pun jadi lah kan. Berapa lama lah dah tak bersapu kan, sampai sawang tu dah boleh jadi hiasan dinding yang menarik.


Ni lah hasil seni yang Imanshah maksudkan. Bukan apa, selalunya hujung minggu memang aktiviti penuh. Jadi, bila ada kelapangan sekali sekala macam inilah, barulah sampah sarap ini dapat dibuang. Huhu, sedihnya.


Bilik yang dijadikan stor juga turut dikemaskan. Untunglah ada pembantu rumah yeop!!


Lap bang jangan tak lap! Ada yang ditugaskan untuk mengelap cermin dan kabinet. Berkilau dan bersilau akhirnya, boleh buat cermin muka pula.

Akhirnya, Mereka semua Imanshah jamu dengan sarapan keropok lekor Terengganu. Yalah kenalah juga bagi upah. Zaman sekarang ni mana ada orang buat kerja tanpa bayaran kan. Sebelum pulang, mereka cakap, Inilah hadiah hari guru ya cikgu!! 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Insan Marhaen said...

ImanShah,
Penat-penat lap almari jamu keropok lekor je ker? Cantik rumah IS. Masa IM bujang dulu, IM kemas sorang-sorang jer setiap hujung minggu.

Eyrique Ettiqazz. said...

selamat hari guru..lama sgt dah x ucap ayat ni..

cucu umie said...

wow, best yer abg iman..ad pembantu gitu..haha btw, rajin2 betol budak tu siap cakap hadiah untuk hari guru,,,rase tak sbar plk nk jadi cikgu nie..haha

Afida Anuar said...

macam ada sesuatu yang 'hilang' di situ.. he he..

bertuah shah, siap ada pembantu tu...

zarazueyin said...

wahhh...bestnyer cikgu
siap ada pembantu umah...hehe
sy tak bole panggil murid2 sy
sbb dorang kecik2 jer...
bukan buat keje, kang main2 jer nnti...hehe

ummu said...

salam Iman
he he rajinnya anak2 murid Iman,

Abd Razak said...

Sempena nak sambut hari guru esok kemas rumah erk..!

Dinas Aldi said...

Nasib baik ada pembantu rumah import, selamat! Dapat pahala tu tolong cikgu, yob!

Selamat Hari Guru untukmu, dik Iman.

fadzilah said...

lawanya umah cikgu iman...ada jambangan bunga atas almari.

Kalamhati said...

lawa umah org bujang..hehehe

adrenalina said...

sedapnya kropok lekor t'ganu.. dan rajin sunggoh budak2 imanshah tlg ckgu dia ek...hehehe. betul lah orang kata...guru ni bukannya mendidik dlm kelas jer...tapi mendidik secara tidak langsung...leh didik ank2 spy rajin2 kan tgn tlong ibu2

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget