WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, May 5, 2011

TITIPKANLAH DOA KALIAN BUAT KAMI

Salam buat semua teman bloggers dan pembaca yang tersayang. Entri ringkas dari Imanshah malam ini. Esok, 5 Mei 2011 lelaki beranak tujuh belas ini akan bergerak ke Negeri Terengganu Darul Iman untuk membawa cabaran SBP Zon Utara dan Perak ke Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan. Doakanlah semoga pasukan Imanshah akan menjulang piala kemenangan nanti. Moga usaha keras kami serta sokongan dari teman-teman akan membuahkan hasil yang diharapkan. Semoga kita dapat bersua kembali nanti. Kepada yang menyertai contest, teruskanlah, InsyaAllah Imanshah akan update nanti.



Saat lelah, saat susah, dan saat senang
Hanya kepada Allah kami bermohon
Agar dipermudahkan segala urusan kami
Semoga dikau wahai Penolong Yang Agung
Kau perkenankandoa hamba-hambamu ini
Kau berilah kekuatan kepada pasukan ini
Diatas penyatuan dan perpaduan ini
Kesungguhan dan keiltizaman kami ini
Agar segala perancangan kami akan dimakbulkan
Aminn Ya Rabbal Alamin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

aqmalazmi said...

harap mendapat kejayaan yew ('.')

gadisBunga said...

selamat berjaya dik! kalau kalah meh akak GB buat sup bola hoki bagi korang makan ye. hihi~

siti murni said...

good luck iman & anak2 buah ya..:) semoga kejayaan mengiringi kalian...kalau menang kena belanja tau!

aleeyaqaisara said...

gudluck!~

Miss Sunshine said...

semoga anak-anak yang 17 tu mendapat kejayaan. InsyaAllah. Semoga bapa kepada 17 anak ni pun tak jemi-jemu memberi semangat kepada mereka... =)

Afida Anuar said...

datang ke tanah lahir saya ya shah.... moga sukses!...

eh gambar coachnya takdak.. he he

Acik Erna said...

amin..semoga doa dimakbulkan..
selamat berjaya cik gu..

adrenalina said...

selamat berjuang!!! Insya Allah kejayaan akan datang dengan usaha yg gigih dan tawakal kpd Allah

leh ler makan kropok losong gi ganu tuh hehe

ibuintan said...

selamat berjuang kepada anak2 yang gagah dan perkasa...

semoga berjaya memberi kebahagiaan kpd si bapa 17 anak ni

Alang Ridhwan said...

gud luck players. n also cikgu n supporters. sokongan padu daripada orang Kedah :)

NzA said...

Insyallah...moga brjaya n membawa pulang piala kemenangan....amin.

SiNoMoSa said...

As salam Chekgu Iman,

All the best!!

n@m@n said...

kawe meme seriau main hoki nih..hehe..game lain semua ok kecuali ragbi dgn hoki jah

Citarasa Rinduan said...

amin...
semoga semuanya selamat

ayu doakan berjaya...
terengganu tu....

adan said...

gud luck er... semoga apa yang di usahakan selama ini berbaloi.. caiyok2.. ehehehe.. ramainya anak buah cikgu..

Qamarul said...

thx yer letak blog aku kat bloglist :)

nurkass said...

semoga beroleh kemenangan..
tingkatkan semangat perjuangan berkumpulan..

erkk..kok ibunya nan hado..?? ngeeee

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget