WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 8, 2011

TRAGEDI TERENGGANU

Selamat pagi semua. hari ke-4 di Terengganu. Alhamdulillah semalam sempat berkunjung ke Pasar Payang, Kuala Terengganu. Melihat keindahan bandaraya persisir pantai. Berbalik kepada tajuk hari ini, semalam berlaku satu insiden yang agak mencemaskan. Sewaktu berjalan-jalan di luar pagar sekolah untuk ke ke kedai runcit, anak murid Imanshah hampir bergesel dengan sebuah kereta yang dipandu laju oleh seorang pemuda yang turut dinaiki oleh beberapa orang kawannya. Anak murid Imanshah cuba mengelak dan terkeluar sedikit perkataan marah apabila kepada kereta tersebut kerana hampir dilanggar.

Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan ke sebuah kedai runcit. Tiba-tiba kereta tersebut berpatah semula. Tanpa memberi isyarat, pemandu kereta tersebut menumbuk muka anak murid Imanshah. Mujur sedikit dan tak ada apa-apa yang berlaku. Pemuda tersebut ditenteramkan oleh kawan-kawannya. 

Imanshah tak dimaklumkan perkara ini. Tahu pun bila dah agak malam. Cuma bila nak buat report polis, kami pun tak kenal siapa. Perkara tersebut  berlaku sekelip mata. Dan anak murid Imanshah tak tercedera pun. Cuma agak terkilan lah, dengan kelakuan pemuda tersebut, melayan kunjungan tetamu sebegitu rupa. Di pihak Imanshah, Imanshah takut sesuatu buruk berlaku, siapa nak menjawab. Alih-alih jatuh atas bahu jemala patik juga kan. Syukur sangat.. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Acik Erna said...

Alhamdulillah..tiada yang serius.
sungguh tak sopan..suka2 je nak menumbuk orang.

Miss Sunshine said...

Student Iman ok tak? harap2 takde apa2 yang serius... 5 tahun setengah belajar kat terengganu buat kita faham macamana perilaku orang kat sana.. Sabar dan mohon perlindungan Allah ok... =)

Eyrique Ettiqazz. said...

oo cuti dlm keje kat ganu erkk...apsal driver tu,dah bersalah nak tumbuk plak..sedarlah diri sikit..

Mutiara Bernilai said...

aish. sangat bahaya dan kurang sopan la pemandu kereta tu. zaman sekarang bahaya lah cikgu, mutiara pon jadi takut nak keluar rumahh..

moga segalanya selamat di sana ya.

Abu Aiman said...

ganah sungguh, mentang2 tempat sendiri nak tunjuk hero la.
Syukur tak serius, kalau tak jenuh batu jemala tuan hamba nak menjawab...

nyanyisunyi said...

napelah jadi gitu...mujur tak berlaku sesuatu yg lebih buruk..kalau tk jenuh nk jawab.

Sham said...

tanggungjawab mu tu shah...adoi la tula naya jadi cikgu neh...

Alang Ridhwan said...

salam, cikgu, takkan tak amik no. plate kereta tu? boleh menimbulkan pergaduhan yang besar nih!!!!

nurkass said...

uihhhh...
dahsyatnye..samseng gamaknye..
sib baik takde ape2..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

uih.risiko kan bila bawa pelajar. tanggungjawab tu sgt2 la besar....

ish..org itu. nape pula nak menumbuk. tanye elok2 tak leh ke?

budi bahasa budaya kita..

Mohamad said...

Sekarang ini memang hebat.. yang bersalah bagi pihak kita adalah betul bagi pihak mereka. Bagi mereka boleh buat apa saja tanpa peduli undang-undang.. yang takut terpaksa akur dan hanya terpendam dalam hati...

Dinas Aldi said...

Hisy, itupun dah cukup teruk, kalau jadi yg lagi teruk, cikgu jugakla yg akan dicari dulu. Tak guna punya drebar, dah dia salah, sedap pulak nak menumbuk anak orang.

~Nabilah~ said...

laaa...apsal la dgn org 2....ape daaa..nsb baek la x ape2...

sissyira said...

salam

budak budak rempit kot tu...
nasib la sikit je..

NzA said...

gedebae sungguh!!!!

mujur xapa2...

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu iman..:)

uish2,buat malu org ganu je pea cam gitu...

Afida Anuar said...

Allah...

sbgai orang trg...rasa malunya..orang luar mai depa 'layan' lagu tu...

iKhRam said...

itu yg buat cikgu2 sekarang nk buat rombongan.. takut nk amik risiko..! hati2.. dan selamat beramal..

iKhRam said...

itu yg buat cikgu2 sekarang nk buat rombongan.. takut nk amik risiko..! hati2.. dan selamat beramal..

gadisBunga said...

ish. cemana nak travel sorang2 ni? risau la...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget