WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, June 24, 2011

152, 000 PELAJAR DIHENTIKAN PINJAMAN PTPTN


TEMERLOH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.
“Mereka sebelum ini adalah pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNGK.
“Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK 2.0 ke atas dalam peperiksaan berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut,” katanya.
Setakat ini, Ismail berkata, PTPTN memberi pinjaman sebanyak RM38.69 juta kepada seramai 1.75 juta pelajar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada seramai 100 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang layak memasuki IPTA dan IPTS di Jengka dekat sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya, PTPTN melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lalu.
“Tindakan menyenaraihitamkan mereka yang liat membayar pinjaman diteruskan dan sehingga kini seramai 132,180 orang berada di bawah senarai berkenaan,” katanya.
Katanya, seramai 12,400 peminjam membayar balik pinjaman dengan kutipan berjumlah RM113.9 juta. – BERNAMA

Lama juga tak menulis tentang kehidupan mahasiswa. Maklumlah dah hampir 9 tahun meninggalkan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Agak terkejut juga membaca berita di atas. 152,000 tu satu jumlah yang ramai. Kegagalan mendapatkan keputusan yang baik (PNG atas 2.0) merupakan satu musibah. Tidak pula diperincikan kenapakah para pelajar ini gagal memperoleh keputusan yang baik. Namun, saya berpendapat keputusan yang dibuat oleh PTPTN ini satu keputusan yang baik dan tegas. Mungkinkah ada statistik yang boleh dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi jumlah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di Universiti. Imanshah nak tahu juga berapa jumlahnya.

Apakah agaknya faktor kegagalan mereka mendapat keputusan cemerlang ye? Sekadar berkongsi pengalaman sewaktu bergelar pelajar suatu masa dahulu. Kalau ada tambahan tolong jelaskan ye.

1) Kegagalan menghadiri kuliah dan tutorial sehingga dihalang menduduki peperiksaan.
2) Tidak membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan tutor.
3) Leka dan lalai dalam dunia mahasiswa kerana asyik bercinta dan berpacaran.
4) Bekerja sambilan sehingga menjejaskan pelajaran.
5) Gagal menguruskan masa dan jadual dengan baik.
6) Terlalu leka berpesatuan dan terlibat dengan aktiviti universiti/kelab/NGO.

Kepada semua mahasiswa dan mahasiswi, gunalah kesempatan dan peluang yang ada untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah untuk belajar dengan baik. Cikgu doakan agar kalian yang masih belum sedar agar cepat-cepat bangun dari lena yang panjang.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

aqmalazmi said...

><"

waN Mohd Salim said...

ape kes ?

Afida Anuar said...

main banyak sangat kut adik2 kat Uni ni..

akak dulu..eceh..dan dan jadi akak, he he.. akak dulu rajin tau, alhamdulillah daripada pinjaman dapat tukar jadi full scholarship...jadi adik2 smua yg masih belajar, kena rajin eh...janji?

ibuintan said...

elok juga bertegas begitu... biar mereka mendapat pengajaran dan memberi ingatan kpd yg lain juga supaya memberi tumpuan yg lebih dlm pelajaran

Blogberry Emry said...

Setuju dengan point nombor 6! Melampo-lampo dah deme ni terlalu berpolitik sgt...contoh plg mudah kes kat UPM tu

iKhRam said...

kadang-kadang langkah tegas sebegini wajar dilaksanakan bagi mengatasi masalah kepincangan pelajar2..

kadang2 kemudahan yang diberikan mungkin tidak dianggap peluang oleh pelajar-pelajar kita..

apapun sentiasa ingat mengingati tu penting.. dan ini adalah untuk ingatan keapda saya walaupun mendapat bayaran elaun setiap semester..

teringat pesanan kawan saya - sebelum nak buat apa2 fikirakn kedua2 mak ayah kita..

Ibnu Ali said...

Bila biasiswa ditukar kepada pinjaman. Inilah cara ekonomi kapitalis.

Bukan setakat dalam sektor perniagaan sahaja masalah ini berlaku. Tetapi telah meresap ke sektor pendidikan tinggi.

Bayangkan berapa juta pelajar2 yang "terpaksa" meminjam ini menanggung hutang dari 10-20 tahun mendatang.
Umur dah 40 baru habis hutang belajar.

Belum lagi masuk hutang lain yang bakal mereka wajib lalui. Antaranya hutang perumahan, kenderaan, perkahwinan dan sebagainya.

Bahkan Ujrah 1% yang ditawarkan hanya mengaburi mata rakyat, bila dipersoalkan riba 3% tersebut.

Sepatutnya hal ini tidak boleh diteruskan dan seharusnya difikirkan pelan penstrukturan semula cara pembinaan insan ini.

Bakal lahir dari universiti bukan hanya graduan tetapi salah seorang yang dikejar untuk bayar hutang. Dah macam kean kejar Ah Long.

Wallahua'lam

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget