WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 16, 2011

41 LAMAN WEB KERAJAAN DIGODAM


CYBERJAYA –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pada Khamis bahawa terdapat percubaan untuk menggodam beberapa laman web kerajaan termasuk laman webnya, www.skmm.gov.my . 
“Mengenai ancaman daripada penggodam tidak dikenali untuk menggodam laman web dengan domain .gov.my , sememangnya terdapat percubaan untuk menggodam laman web kerajaan.“Serangan itu bermula kira-kira 11.30 malam pada Rabu, 15 Jun. Kami dapat mengesahkan sebanyak 51 laman web berdomain .gov.my digodam dan terdapat gangguan di pelbagai peringkat pada sekurang-kurangnya 41 laman web tersebut.“Bagaimanapun, kami menjangkakan kerja-kerja pemulihan laman web tersebut secara menyeluruh tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan laman web sudah pulih daripada serangan penggodam.“Pemantauan kami mendapati serangan telah mula berkurangan pada pukul 4 pagi Khamis. Menerusi penilaian lanjutan terhadap serangan itu, kami mendapati serangan tersebut mendatangkan impak yang kecil terhadap pengguna Malaysia. “Pusat Rangkaian Keselamatan SKMM berusaha sepanjang masa untuk menangani serangan itu. Ia akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan pakar keselamatan malah penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk memantau situasi. “Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam tersebut kerana tindakan mereka mengganggu perkhidmatan rangkaian ialah kesalahan yang berat dan boleh dihukum di bawah undang-undangm” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, Khamis. Kenyataan itu menambah, serangan penggodam keatas laman web SKMM tidak berjaya

Masih belum selesai isu godam-menggodam ini. Sangat memalukan kerana  yang menjadi mangsa adalah laman web kerajaan yang rata-rata memberikan input dan pengetahuan kepada rakyat. Kalau ini pun nak diserang maknanya memang tak berhati perut betul para penggodam ni. Kalau nak sangat tunjuk kehebatan dan kebolehan tu, pergilah godam laman web yang tak berfaedah dan menjengkelkan. Mujurlah sebagaimana yang dilaporkan,  pihak berkuasa kerajaan seperri SKMM dan kementerian yang bertanggungjawab  telah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan dari pihak yang tidak punyai kesedaran sivik ni. Sama-sama kita doakan segala permasaalahan ini dapat  diatasi. Jangan pula ada yang tidak sealiran dengan kerajaan dengan sinis berkata " PADAN MUKA KERAJAAN". Ini bukan masanya untuk memadankan muka sesiapa pun. Ini soal keselamatan negara. Ini soal kemaslahatan rakyat keseluruhannya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

a kl citizen said...

kita ambil yang positifnya, iaitu org2 yang bertanggungjawab menjaga keselamatan web kerajaan mendapat ilmu baru dan pengalaman baru...

practice makes perfect

kan iman....skil kena selalu diasah

IMANSHAH said...

@a kl citizen

setuju dengan kak normah..tapi kira dasyat jugalah depa, berjaya juga mempertahankan laman web dari digodam..yang terlepas sdejikit tu nak buat macam mana..

hari ni internet kerajaan (WIFI) sangat slow

Azzam Yani said...

betul tu cikgu...sekarang huru hara dh negara...bila la nak bawak bertenang daripada bertendang...=)

iKhRam said...

inilah jadinya bila manusia tak sayangkan negara.. masalah betul kan/

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget