WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 19, 2011

ALFATIHAH, PELAKON ZAMI ISMAIL (PAK UDA) KEMBALI KE RAHMATULLAH


KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Zami Ismail ataupun dikenali dengan gelaran Pak Uda menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara sekitar jam 10.15 pagi ini.
Sebab kematian Allahyarham yang berusia 67 tahun ialah serangan jantung. Allahyarham juga menghidapi penyakit asma dan bronkitis.

Sebelum ini, Pak Uda yang mula mencipta nama menerusi drama komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dilaporkan  koma di wad kecemasan Hospital Selayang. Allahyarham mula bergiat aktif di dalam bidang seni pada tahun 1980-an.
Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham berlakon dalam banyak drama, filem dan teater antaranya ialah Hantu Kak Limah Balik Tumah, Salam Pantai Timur, Teater Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, filem Dunia Baru The Movie dan terbaru, Shh…Dia Datang arahan Saiful Apek yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Membintangi hampir 17 filem dan puluhan drama tempatan, Allahyarham pernah dinobatkan Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Mat Som.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

ibnubaba_04 said...

inalillah..

hai cikgu pencen~ haha

NuR si CiKGu RiBeNa said...

al fatihah buat allahyarham...

suka tgk lakonan arwah dlm mak limah tu..

IMANSHAH said...

@ibnubaba_04

cukgu pencen ni main ngan cucu je

ckLah said...

Innalillah....


orang Teluk Intan ni...

zarazueyin said...

alfatihah
semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh...amin

::FAIZ FARISH:: said...

kesian dia... bru je tgk drma Tanah Kubur hr tu... mcm dia bg bayangan dah dia nak pegi

Kalamhati said...

Al-fatihah..

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

Al Fatihah

Wassalam

cucu umie said...

semoga rohnyer dicucri rahmat..incya-Allah

Afida Anuar said...

al-fatihah...semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman, insyaAllah...

NzA said...

al-fatihah.

ratusiput said...

alfatihah utk arwah..

nabila saat said...

alfatihah untuk arwah
moga rohnya dicucuri rahmat
kita sbgai yg masih hidup
perlu meneruskan perjuangan
untuk mendapat syurga hakiki

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget