WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 26, 2011

BADMINTON TERBUKA INDONESIA : CHONG WEI MUNCUL JUARA

KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan keempat Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Hoeg Gade 21-11, 21-7 di Istora Senayan Jakarta.

Pemain nombor satu dunia itu merupakan satu-satunya pemain negara yang beraksi di peringkat akhir kejohanan tersebut mudah menewaskan lawan yang berada di ranking kelima dunia.

Terdahulu pasangan China, Cai Yun dan Fu Haifeng menewaskan pasangan senegara Chai Biao dan Guo Zhendong 21-13 dan 21-12 untuk menjuarai acara beregu lelaki.

Kecemerlangan China itu diteruskan oleh pemain perseorangan wanita mereka Wang Yihan yang menewaskan pemain India, Saina Nehwal dengan tiga set iaitu 12-21, 23-21 dan 21-14. - Utusan


Tahniah sekali lagi buat Dato' LCW atas kejayaan yang cukup bermakna ini. Rasanya beliau merupakan pemain terbaik Malaysia yang pernah dilahirkan sebaris dengan pemain badminton negara yang lain seperti Misbun Sidek, Rasyid Sidek, Foo Kok Keong. Maaf saya tidak dapat menyenaraikan pemain yang lebih senior kerana tidak berada pada zaman tersebut. Apapun, kita mengharapkan lebih ramai pemain pelapis negara yang dapat dilahirkan memandangkan Dato Lee Chong Wei sudah berusia 29 tahun. Sudah tentu  Lee Chong Wei juga mengharapkan apabila dia mengundur diri kelak dari arena badminton negara sebagai pemain, sekurang-kurangnya sudah ada bakat baru yang akan mengambil alih tempatnya.

Imanshah perasan sukan-sukan yang dikuasai oleh Malaysia seperti badminton dan squash semakin ketandusan bakat-bakat baru. Badminton dan squash contoh terbaik. Namun, harapan kita agar MSN dan persatuan sukan yang terlibat akan sentiasa berusaha untuk melahirkan Dato' Lee Chong Wei dan Dato' Nicol yang baru. Malaysia boleh!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

Tahniah ! ramai lagi bakat2 muda tu...harap tampilkan diri untuk negara ! Cikgu Iman - tak kan tak ade skill bidang sukan2 ni....boleh jadi pengganti!

IMANSHAH said...

@sonata anak kancil

badminton tak de..hoki ada..huhu

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

tahniah untuk Dato' LCW

Wassalam

alia kamal said...

yeay!! :D

iKhRam said...

kadang2 kita terlalu bergantung kepada jurulatih2 sahaja..

sebeanrnya melentur buluh biarlah dari rebungnya..

oleh itu cikgu2 sekolah bolehlah mendidik dan memberi tunjuk ajar sebagai sokongan dan dorongan unutk menggalakkan murid2 agar cenderung kepada sukan ini..

ini cadangan utk jangka masa panjang.. selebihnya adalah dari usaha pihak yang lebih bertanggungjawab.

guru oh guru

Afida Anuar said...

29 tahun? Muda lagi rupanya LCW ni..errr;)

nelly said...

go , go , go !
:)

cucu umie said...

tahniah bt chong wei juga..btw memang btol ckap abg iman,,skrng nie malaysia ketandusan pemain hebat2 lah...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget