WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 25, 2011

BAULU CICAH KOPI

Semalam, Imanshah dihadiahkan dua bekas baulu dari Melaka oleh seorang ibu pelajar Imanshah. Selalu lah tipa kali ke Ipoh, dia akan membawa bersamanya kuih tradisional tersebut. Seperti biasa, kecil tapak tangan, bonet kereta Imanshah tadahkan. Tiap kali dia menyerahkan baulu tersebut, tiap kali jugalah pesanannya.."baulu melaka ni terbaik cikgu!! Lagi sedap kalau cicah dengan kopi..,"

Pagi tadi sewaktu Imanshah nak masak air untuk membuat kopi, tiba-tiba bowler Imanshah rosak. Alahai, cerek takde la pulak. Tapi perut memang lapar. Nak pinjam rumah minah bujang sebelah segan la pula. Mana lah tahu, lagipun susah juga orang nak berkongsi barang ni.Manalah tahu kot dikatakan kita nak masukkan ubat guna-guna. Lalu tiada akar pun rotan berguna. Periuk kan ada. Ok lah, kita masak air guna periuk.


Ayo, kenapa periuk jadi hitam. Api pun merah semacam je. Habis periuk Imanshah hitam. Sayangnya, penat la pula nak menonyoh nanti. Takpe janji nak merasa baulu cicah kopi punya pasal, hitam pun hitamlah. Bila mula nak membuat kopi, Imanshah terlupa, kopi tak de. Hehehe, macam Pak Pandir pula. Banyak sangat lupanya. Kira-kira sekali lagi tiada rotan, akar pun berguna. Ada juga Nescafe 3 in 1. Kira ok lah tu. Boleh je layan pagi-pagi buta. Tara, akhirnya siap. Dan boleh dimakan.



Korang makan apa pagi ni??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

nak sikit

Sue said...

he he he...maaf ye... tergelak cheq sue baca n3 nih... ohhh lelaki!

gadisBunga said...

lapo....

Rtp Farra Arisha said...

ermmmarisha tak pernah makan baulu cicah dgn kopi. huhu. tp baulu itu sodappp!

zarazueyin said...

mcm nk raya plk mkn baulu...hehe
pg td sy breakfast nescafe dgn roti butterscotch gardenia ;)

Andrik McVean said...

wow..this is really delicious

cucu umie said...

hahaha..xpernah lg rase lah abg iman..baulu cecah nescafe..hoho

iPai said...

pergh cicah kopi tuh .. tak penah aku dengar ni ..

periuk tuh hitam pasal api merah . api merah ada banyak jelaga .. cuba bro hati2 kot, ada bau bau gas bocor ke ..

tak pun, dapur tuh ade prob sikit .. hati2 k bro ..

NaeBlog said...

salam,
cg.iman, api merah yg menjadikan periuk tu itam. Utk baiki supaya biru, cg.Iman nyalakan api, tunduk tengok kat bawah dapur masak tu bahagian dalam bertentangan dengan pemetik tu ada satu besi yg boleh kita gerakkan. Cg.Iman gerakkan ke kanan atau ke kiri(ikut jenis dapur la)supaya api bertukar jadi biru. betul ni...

Afida Anuar said...

oh...mcm2... tp mungkin petua cikgu nae tu berguna..cuba terai..tak pasai2 hitam periuk noo;)

makan sorang2 je eh?err..

NzA said...

kesiannya nasib adik bujang akak sorg nie..meh sini, akak buatkan air..kita cicah buoh ulu tu samo2....

Acik Erna said...

acik makan bahulu cicah rendang,

iKhRam said...

bang manshah, teringat kisah nujum pak belalang.. mcm mana belalng buat kopi dari belakang kuali.. huhuhu..

adrenalina said...

bkn pak pandir..maksudnya kene kalau plan A xjadi..kene carilah plan B spy objektif tercapai hehehe...

saya makan meehon grg bersama keropok!!! siap ada pulut mangga santan lagi ... =)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget