WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 22, 2011

BERGOTONG-ROYONG ITU ERTINYA BERKASIH SAYANG


Gambar ini diambil dari laman FB seorang teman. Cuma bila Imanshah melihat gambar ini kenangan zaman kanak-kanak menjelma. Pernah memiliki pengalaman ini suatu ketika itu, bergotong royong memindahkan rumah penduduk kampung sekitar tahun 90-an dulu. Itu tidak termasuk lagi gotong royong menyemai padi, menanam tembakau, menyediakan bubur asyura dan membersih kubur. Rasanya pengalaman sebegini semakin sukar untuk diperolehi anak-anak zaman ini. 

Pada Imanshah bergotong royong ini layaknya dimanifestasikan sebagai berkasih-sayang. Dengan melaksanakan gotong royong, kasih-sayang sesama rakan taulan, jiran tetangga dapat disemai. Kerja yang mudah menjadi senang, tugasan yang berat, pasti menjadi ringan.

Anda ada pengalaman indah? Boleh kongsikan?

"Dan hendaklah kamu bertolong -tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa , dan janganlah kamu bertolong - tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan .Dan bertaqwalah kepada Allah , kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya ).
                           Surah Al Maidah ayat 2 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

Eyrique Ettiqazz said...

bergotong royong untuk kenduri pon satu nikmat hidup...susah sangat nak jumpa sekarang..

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

bergotong royong melancarkan majli walimah sepupu...meriah

Wassalam

yatie Awang said...

kalau tg pelik2 tak delah...kalau gontong royong kenduri banyak....

gontong royong kan adat kita hidup bermasyarakat....sesuatu sikap yg murni

zarazueyin said...

first time tgk orang angkat rumah mcm ni :)

gadisBunga said...

rumah tok saya dulu kene angkat macam ni lah. sangat nostalgik!

nurkass said...

mmg seronok bergotong royong nih..
mengeratkan ukhuwah..

Adzriel @ Liza AB said...

ehhh.. sama pulak gambarnya ye..

http://adzriel.blogspot.com/2011/04/bagaimana-masyarakat-lama-mengalih.html

Sham said...

sekarang ni semangat gotong royong dah semakin hilang...bayangkanlah kenduri kahwin sekarang ni pun asyik katering jer...

makdara TERdiva said...

di kampung MDT masih lagi amalkan gotong royong bila ada kenduri kendara..sonok woo!

A'IM said...

masa gotong royong tu lah banyak orang mengumpat dan memfitnah...haha.. tapi itulah yang menhiburkan kita... kadang2 orang mengumpat ni depan2..macam berkias untuk menyedarkan orang lain...orang kampung takderlah nak fitnah2 sangat...

cucu umie said...

kalo gotong royong dekat area kg ayie nie ad mgu2 lah abg iman..huhu tpy kebnykannye orng tua2..muda2 semua xjoin pon..haha termsuk lh ayie..

ikan emas said...

gtong royong sama budak-budak plkn

waN Mohd Salim said...

hahahaa dorang angkat rumah pulak ..

adrenalina said...

betullah...skarang dah makin kurang kasih syg antara msyrakat...sbb kalau kenduri jer mesti upah katering...susah nk bergotong-royong sama2 skarang...

tp dulu waktu skolah pernah skali buat bubur asyura beramai2 scr gotong-royong.dari bersihkan daging ke kupas bwg sampailah mengacau bubur....erm sbnarnya siap bertanding lagi bubur asyura saper yg paling sodap...cube teka saper menang????hehehe

NzA said...

masjid Kg Laut pn diangkat sampai ke Nilam Puri oleh pnduduk kg...ni menurut cerita abah akak la...smpai le ni masih kukuh berdiri n masih digunakan lg....

ibuintan said...

skarang ni gotong royong kat rumah kenduri saja...

tapi hujung minggu ni gotong royong membersihkan tanah perkuburan pula, masing2 bawa bekal makanan dan munuman juga untuk dimakan bersama2 selepas bergotong royong nanti

Afida Anuar said...

Bergotong royong bersih sekolah....

Bergotong royong pindah rumah baru...

Bergotong royong time kenduri adik...

:D

Roza Ami Nanomiya said...

memang takder pengalaman angkat rumah. hehe

NuSaNa NoSa 91 said...

pindahkan rumah?? xpernah tengok lg.. tp cam hebat je.. huhuu~ nk tengok gak sekali rasanya.. =.=

iKhRam said...

saya ni bukanlah budak bandar sgt
tp dok kat taman perumahan.. jdi budaya gotong royong ni jarang-jrang sgt.. kadang2 semuanya lebih pentignkan diri sendiri..

selagi tak de masalah.. selagi tu la tak de budaya gotong-royong..

kalau nak bergotong royong ni pun kat maktab je la.. itupun kalau pekerja2 maktab tak de.. ataupun perkhidmatan mereka dihentikan.. barulkah budaya gotong-royong nak diamalkan..

apapun, gotong - royong wajar diamalkan.. kadang2 matlamat gotong royong tu no2.. yg paling penting adalah hubungan silaturrahim kan? setuju tak abg imanshah??

conangirlz said...

yeahh, sokong2..bile dpt membntu sesama kite rse stu kepuasan..same2 rase sush..same2 rase snng..bru hidup harmoni..but life skunk nie mcm kureng jee..huhu..susah nk jumpe y saling membntu..itu pndpt sy laa..huhuhu..

insan marhaen said...

Negara kita sepatutnya menghidupkan semula amalan bergotong royong. Terlalu banyak kebaikannya.

link baru IM: http://abuhanifah2.blogspot.com

ecah mashuri said...

cikgu,.mase kecik2 dulu pernah ade gtong royong angkat uamh macam ni.satu kampun bekrjasma.yg laki2 angkat rumah.yang pompuan masak untuk makan ramai2.lebih meriah dari majlis khawin.rindunyaaa kenangan itu.:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget