WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 5, 2011

BUNGA TELUR

Mari kita lihat apa yang ada dalam beg hadiah buah tangan sempena majlis perkahwinan yang Imanshah hadiri semalam. Banyak btol makanan. Terkejut den.


Ni Imanshah nak senaraikan apa yang ada : bunga telur dua, telur ada 5, bahulu, surah yassin, wajik, dodol dan campur beg kertas.

Kau ni kenapa pula dengan isi dalam tu? Tak suka? Orang dah bagi banyak songeh pulak. Isy2 teruknya kau ni kan, Banyak songeh la pulak. Bukan tak suka, suka, tambah-tambah telur kenduri, memang feveret dari dulu. Kalau di kampung, bila mak balik kenduri kami bahagikan telur yang sebiiji tu kepada empat bahagian sebab ada empat adik beradik yang kecil. Yang ebsar-besar confirm tak dapat.

Bukan apa lah kot, Imanshah tak kisahlah bagi keluarga yang memang berada, tapi kalau yang kurang tu, macam banyak la pula kena keluarkan duit untuk semua ni. Bukan apa, buat majlis kahwin besar-besaran ni takut berhutang sana-sini. Anak dah sederet, tapi hutang kahwin masih belum habis dibayar. 

Eleh apa kau tahu? Kau bukannya ada pengalaman kahwin pun kan. Yelah memang takde, nanti adalah karang. Sabar-sabar lah. Mungkin di sebelah pihak ini pula pandangan. Barang-barang ni sebenarnya tanda ingatan tulus ikhlas dari keluarga pengantin. Apalah sangat dengan isinya tu. Apa salahnya buat kenang-kenangan, lagipun nilah satu-satunya anak perempuan kami yang ada. Tu sumbangan adik beradik kami, bukan kami beli. Masing-masing bekerja sama membuatnya.

Hurm, pulak. Apapun akhirnya yang afdhol jangan membazir. Bunga telur dicampak ke mana, wajik dan telur basi begitu sahaja. Ok, nak makan wajik kenduri jap! Babai.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Rozuan Ismail said...

orang dah bagi,redah je la =)

zati embong said...

wah telur smpai 5?banyak woo.

nur aisya humaira said...

tu laa kan org skang ni, klu boleh nk penuh beg kertas nk taruk...

kalau bgi bunga telur ngan surah yasin je tk leh ke??time aisya nanti tak nk kasi bunga telur laa...baik bgi mende lain, kadg org tk simpan pun...

membazir je kan...:)

chekgu BaniHassim said...

sib baik ade bunga telur tu.kurang2 kenyang perut dgn protein telur....
slalunya kahwin cume sekali seumur hidup. jadi,terpulang nak buat kecik2 atau bsr2an....

Izzah Al-Maliziyyah said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

patik suke gak dpt coklat as doorgift..maaanissss sgt!!!

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Betul. Salah satu musim yang jelas memperlihatkan budaya dan amalan orang kita. Persaingan sengit musim walimatul urus.

Mungkin pihak tuan rumah berbesar hati untuk memberi dan meraikan tetamu. Cumanya, kekadang di luar kerasionalan. Terlebih dan termembazir tanpa mereka sedari (sedar kemudian hari tidak berguna lagi).

Oleh yang demikian, bagi yang belum mengadakan walimah dan seumpamanya, eloklah ambil iktibar dan beringat dari segala sudut.

Moga-moga setiap darinya dapat kita ukur dan bataskan mengikut paksi syariat juga keimanan. Dan dijauhi juga segala unsur syubahah yang akan membawa kita terjebak dengan sifat riak, takabbur, dan kufur. Ameen~

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." [al-Isra': 27]

Tambahan:
1. Esok-esok cikgu kahwin, beringat hal ini ya. Hehe bagi cenderamata Sutera Kelantan seorang sepasang pun jadilah. Kalau tidak pun, jamu nasi kerabu asli kira alhamdulillah.

2. Ya. Saya masih di SB. Menyiapkan kerja-kerja kolaborasi disamping memenuhi undangan walimah sekitar Zon Tengah dan Selatan.

Dinas Aldi said...

dik Iman, teloq 5 bijik tu dah boleh balik buat sambai tomeh dah. dapat lauk semata, hehe

SoLy SoLicious said...

hahaha,...jrang dpat telur bnyak 2.... Selalunye dpt 1 je..telur mahal..

hani@debumelukut said...

akak tunggu bunga telur dari mak Imansyah...bila nak naik pelamin nih? ada calon ke tak?

Alang Ridhwan said...

kalau bagi saguhati yang meriah camnih selalunya untuk tetamu yang dari jauh/'khas'.. kre orait ah tuh.. kami pengunjung-pengunjung blog ini ternanti-nanti 'bunga telur' daripada kenduri cikgu... sapa setuju angkat tangan!!!!!

a kl citizen said...

Sebenarnya payah juga nak menentukan jenis 'bunga telur' yang hendak diberi pada tetamu jemputan... :)

iKhRam said...

alahai abg imanshah.. apo dibazirkan tolo tu.. buek la makan.. hancurkan tolo tu dongan sudu.. lopeh tu bubuh kicap.. gaul sampai sobati yo !.

bungo tolo tu buek la hiasan.. cucuk kek pasu yo!!

dan wajik tu.. meh anta kek den ni ha.. den gomar makan wajik.. hehehe

cucu umie said...

okay abg iman kena terima shje apa yg dia bg and then makan sampai habis taw.. semlaam ayie dpt berekat and buah tgh shje,,bnyk gak

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

special untuk orang bujang kut..
he he

Wassalam

Acik Erna said...

assalam cik gu..nasib baik le acik ni tak membazir kalau dapat telur..dibuat sambal jadikan lauk..
tapi semalam pergi 3 rumah..satu rumah je bagi telur..yang 2 lagi coklat..sekejap je licin anak2 makan coklat.

Cik SHiNJU said...

Nt kamu kawen letak iphone dlm goodie bag bleh? hehehe...cup! nak jadi tetamu... :P

gadisBunga said...

saya punya konsep kawen nanti: gift untuk tetamu haruslah yang mereka boleh gunakan sebab taknak membazir. mungkin air mineral sebotol. atau apa2 yg boleh depa manfaatkan. dan nak kurangkan deko2 yg lastly jadi sampai.

so saya takkan taruk sapu tangan gulung2 atau pot pouri atau bende2 merapu yang lain. dah ada dalam list sebab saya tak suka majlis yg extravagance dan membazir.

dulu masa adik saya kawin kitorang bagi bahulu besar sorang sekotak untuk tetamu. gift bag ada juga tapi untuk sedara mara terdekat.

gadisBunga said...

typo

*sampai - sampah.

duh~

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget