WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 12, 2011

BUYA HAMKA YANG BERJASA

Lewat kedatangan saya ke Bukit Tinggi dua tahun lepas, saya tak berpeluang untuk menjejak kaki ke rumah Buya HAMKA. Lantas keinginan itu saya pendamkan dan akhirnya tanggal 9 Jun 2011, Allah mengizinkan saya untuk bertamu di tempat kelahiran Buya HAMKA, seorang ulama', guru, penulis yang sangat tersohor itu. Mengingatkan satu karya tersohor beliau "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, hati saya makin teruja. Perjalanan dari Pekan Bukit Tinggi menuju ke Maninjau (tempat kelahiran BUYA HAMKA) mengambil masa hampir sejam setengah. Teringat kata sahabat "untuk sampai ke rumah BUYA HAMKA, kau akan melalui 44 kelok". Aduh, memang benar, perjalanan begitu mendebarkan, curam, selekoh dan jalan yang sempit memang menyesakkan dada. Namun, hati sedikit teruja apabila melihat keindahan TASIK MANINJAU yang luas dan airnya kebiruan. MasyaAllah, saujana mata memandang, dan sungguh hebat ciptaan Allah.


Tasik MANINJAU

Akhirnya, perjalanan kami terhenti di Rumah Kelahiran BUYA HAMKA. Kami disambut oleh Pak Hanif Rasyid, iaitu anak saudara dan penjaga rumah ini. Susuk tubuhnya begitu hampir dengan BUYA HAMKA. Di rumah Buya Hamka yang sederhana itu, puluhan foto-foto kenangan terpampang di dinding-dinding hampir setiap sudut ruangan, ratusan buku, majalah dan artikel  Buya Hamka tersimpan rapi dalam almari kaca. Di ruang tengah rumah itu juga masih menyimpan kerusi tua peninggalan orang tua Hamka Inyiak DR, tongkat Buya Hamka (8 buah), jubah ketika Buya Hamka menerima anugerah Doktor Falsafah (pHD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di dalam bilik tidur, sebuah katil dengan kain kelambu berwarna putih masih ada. 



Foto Buya HAMKA, redup wajahnya sedamai Tasik MANINJAU yang permai

Kami diberikan taklimat oleh Pak Hanif tentang Buya HAMKA. Hampir bergenang air mata apabila mendengarkan bagaimana kisah HAMKA, dari seorang kanak-kanak yang nakal akhirnya berjaya menjadi penulis, ulama' dan insan yang istiqamah memperjuangkan agama Islam. Pak Hamka digambarkan bukan sahaja mula mengembara semenjak kecilnya, dari satu tempat ke satu tempat bahkan sampai ke Mekah, namun cukup berani. Beliau berani untuk menegur Presiden Indonesia waktu itu, iaitu Suharto. Dan sebagai pejuang, beliau telah dipenjarakan, dan di dalam penjaralah beliau telah menyiapkan Tafsir Al-Azhar. Dan kerana prinsip Islamnya beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Ulama' Indonesia kerana tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Indonesia waktu itu.

"Buya Hamka meninggalkan empat pesan yang sangat menyentuh bagi orang-orang yang beriman,” kata Pak Hanif Rasyid. Keempat pesan itu, pertama, orang yang pintar adalah orang yang merasa bodoh. Kedua, orang yang bisa berhubungan dengan yang Maha Suci adalah orang yang mensucikan diri. Ketiga, orang yang berbahagia adalah orang yang tahu kampung halamannya. Dan keempat, ketika rumahku diketuk oleh kemiskinan, aku buka jendela dan aku melompat keluar. “Pesan-pesanya ini sangat berkesan dan merupakan bekal akhirat bagi umat yang faham jalan hidupnya di dunia,” ujar Hanif Rasyid.


Bergambar kenangan di hadapan Rumah Buya HAMKA bersama Pak Hanif.

Akhirnya kami melangkah pulang setelah menghabiskan masa selama sejam di Rumah BUYA HAMKA. Kami tinggalakan teratak itu dengan seribu kenangan yang cukup mengesankan. Kepada pelajar-pelajar saya, saya berpesan agar mengambil roh perjuangan Buya HAMKA yang sentiasa ingin maju dalam hidupnya walau waktu kecilnya merupakan anak yang nakal. Buya Hamka, di Sungai Batang kampung halamannya, adalah insan  yang biasa-biasa saja bagi masyarakat sekitar. Namun semua orang tahu, bahawa Buya Hamka cukup besar di NUSANTARA khususnya di Indonesia dan Malaysia kerana pemikirannya yang ingin maju dan keluar  dari kemiskinan, mengkritik adat yang kaku dan memperjuangkan agama dalam masyarakat yang waktu itu masih tercari-cari identiti dan jati diri usai kemerdekaan Indonesia. 
Sesuatu yang amat menarik tentang Buya Hamka, baik di kampung halamannya maupun di NUSANTARA, ialah keperibadian dan gaya hidupnya. Beliau ramah, rendah hati, murah senyum dan menyenangkan dalam percakapan.  Wajah Hamka yang teduh, seteduh dan sedamai kampung halamannya, Maninjau yang permai.Moga Allah mencucuri rahmat rohmu Allahyarham Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Alfatihah buatmu!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

white rose said...

oh bapak pegi ke sana ya...
kapan bapak pegi?
banyak yang bapak perolehi?

nanti bapak pulang baik2 aja yaa...

nur aisya humaira said...

jauhnye cikgu gi honeymoon...keke

cucu umie said...

ayie xfhamlah maksud pesanan buya hamka yang keempt itu..abg iman terngkan sikit..huhu sungguh besar perjuangan dia tpy baru ayie tahu lh nie..huhu

IMANSHAH said...

@cucu umie

dia keluar merantau, hingga ke medan, jawa dan kemudian ke mekah..keluar dari kepompong kemiskinan akhirnya menjadi ulama tersohor..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget