WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 25, 2011

CATATAN PERJALANAN DI BUKITTINGGI : RUMAH ADAT

Rumah Gadang yang dikenali sebagai rumah adat. Rumah yang beratapkan Minangkabau menarik perhatian kami. Kami sempat mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Selangkah kami memasuki rumah tradisional itu, kami dapat menghidu satu aroma yang menggamit pemikiran kami akan kampung halaman buat seketika. Kami disambut mesra oleh seorang wanita yang bekhidmat menjaga Rumah Gadang lebih daripada 20 tahun. Kami dijemput untuk duduk berkumpul di suatu sudut di dalam Rumah Gadang.
Kami diberi penerangan yang amat jelas mengenai tradisi dan adat Minangkabau. Antara info yang dapat kami perolehi ialah mengenai adat yang diamalkan oleh orang Minagkabau yang memihak kepada kaum hawa namun masih bersandarkan syariat keluarga dalam Islam. Selain itu, kami juga diberitahu bahawa kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun perlu keluar dari Rumah Gadang untuk tujuan menuntut ilmu di surau atau dikenali sebagai pesantren. Ini bagi menanam sifat berdikari dalam jiwa mereka. Walaupun amalan dan adat yang diamalkan oleh mereka amat ganjil dan pelik namun semuanya memberi manfaat kepada semua orang pada suatu masa.


Kami dijemput ke tingkat bawah rumah, untuk mempelajari tentang adat persandingan dan perkahwinan yang diamalkan oleh mereka. Busana setiap negeri seperti Kalimantan, Jawa, dan Acheh mempamerkan ciri yang berbeza namun tetap cantik dan menarik. Kami sempat mengenakan busana tradisional tersebut.  Di hadapan Rumah Gadang terdapat rangkiang dengan setiapnya mempunyai nama dan fungsi lain. Rangkiang sitinjau lauik, mengandungi beras untuk keluarga, terutamanya untuk majlis adat. Rangkiang sitangka lapa mengandungi beras untuk dermaan ke orang kampung yang miskin dan untuk musim kebuluran di kampung. Rangkiang sibayau-bayau mengandungi beras untuk keperluan seharian untuk keluarga.  Sebelum kami pulang kami mengambil satu pepatah Minangkabau yang menarik  iaitu ”Duduk samo randah tagak samo tinggi”yang memberi kami pengajaran iaitu  semua orang adalah sama .



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

IMANSHAH said...

Rangkiang tu RUMAH PADI di MALAYSIA

NzA said...

cantik reka bentuk rumah tu....rumah minangkabau.

yatie Awang said...

cantikkan...bilalah kakak boleh pergi melancong, lihat2 tempat orang

iKhRam said...

Hidup berpandu adat.. biar mati anak jangan mati adat..

semuo tu boguno yo pado kito.. tanpo adat apo la yg nak dipogang bangso kito..

iPai said...

eh kat bukit tinggi ? ingatkan kat n9 je ade ..

Seri said...

jauhnya berjalan. ni bukit tinggi kat Indonesia kan?

IMANSHAH said...

@Seri

ahah kt sumatera barat

adrenalina said...

mengkagumi seni atap

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget