WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 25, 2011

CHONG WEI TERUSKAN KEMARAAN KE SEPARUH AKHIR TERBUKA INDONESIA

 Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia meneruskan cabaran ke separuh akhir kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia di Jakarta sebentar tadi, pada ketika dua pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui kandas di suku akhir.
Chong Wei, yang memburu kejuaraan keempat Terbuka Indonesia dan ketiga berturut-turut, mara selepas mudah menumpaskan pemain utama Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-10, 21-14. Menanti di separuh akhir esok adalah pemenang di antara dua pemain muda China, Chen Long atau Du Pengyu.

Sementara itu beregu No. 4 dunia, Kien Keat-Boon Heong mengalami kejutan terbesar apabila dikalahkan pasangan bukan pilihan tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 19-21, 14-21, manakala Pei Tty-Eei Hui terlebih dulu tersingkir, juga di tangan pasangan tuan rumah, Vita Marissa-Nadya Melati 17-21, 21-17, 17-21 dalam saingan beregu wanita.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

insan marhaen said...

Semalam masa memandu terfikir bahawa Malaysia kira ok sebab ramai playernya berada di ranking dunia macam Lee CW, Nicol D, Hoki ( merasa ditempat ke 3 tahun 70an ), Sepak Takraw dan Silat dunia. Tapi selepas mereka ini bersara, siapa mengganti?

iKhRam said...

isan marhaen : setuju dgn anda.. perkara ini sewajarnya dijadikan perhatian oleh kementerian kita..

ayam tambatan kekal sebagai ayam tambatan.. tp kalau mereka tiada.. ??

Miecyber said...

Cayalah Dato '....

Pemerdagangan Orang

saiazuan said...

go chong wei go~

iniialahaku said...

macam komen kat atas tu...pelapis kita macam kurang diberi pndedahan..asyik bagi yng dah mmg trbukti..bgila yg baru nk naik plak

IMANSHAH said...

@iniialahaku

dah bagi dah, depa kalau awal

yatie Awang said...

kita kan tak ada langsung pelapis hebat, nak harapkan Chong wei saja, sampai bilakan

Kakzakie said...

Sementara tenaga diperlukan dan dapat menunjukkan kehebatan bolehlah kita berbangga....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget