WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, July 1, 2011

CUCI KENCING CARA YANG BETUL

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jangan kencing berdiri!
Jangan kencing berdiri!
Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.


Wassalam
Dr. Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

white rose said...

logo tandas tu kelakar sungguh...

yup, betul...
BERISTINJAK DENGAN CARA YANG BETUL...

Lelaki Ini said...

owh!
thanx peringatan!

azweennour said...

Wah..info yang berguna..terima kasih

yatie Awang said...

peringatan buat semua...

aRoL said...

terima kasih kerana saling mengingati..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Terima kasih mengingatkan..

Kita juga perlu berlajar beristinjak dengan menggunakan batu kerana suatu hari nanti kita akan berdepan dengan ketiadaan air..

luahfikiran said...

SALAM,
BETUL, ISLAM MENYURUH KITA MENJAGA PERKARA INI ! TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

wahhh info bersuci hari ni..TQ yeee imanshah..

sayangsayangibu said...

semalam baru akak dan suami cakap pasal ni
terima kasih atas info

sissyira said...

salam

ni mak kita selalu pesan ni....



p/s: bukan menyepi, tp mmg bizi..huhu..balik malam dah letih nak mngadap blog..curik2 juga masa singgah mana y sempat..huhu

insan marhaen said...

Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari. Betul ke tu?

iKhRam said...

terima kasih dgn info
nampak mcm perkara kecil.. tp besar impak kepada amalan kita yer..

cucu umie said...

perkongsian yg berguna..incya-allah menjadi ingtan bt semua

nurkass said...

thanks for sharing..:)

Acik Erna said...

Terima kasih cik gu..sebelum ni pun..anak yang sekolah dah bercerita.ustazah ajar katanya..samalah seperti apa yang cik gu tuliskan..

::FAIZ FARISH:: said...

very good info

abu muaz said...

t.kasih kerana memberi peringatan ini.

alif haris said...

sape kencing berdiri, azab matinya seksa .. nauzubillah

Mira R. said...

untuk renungan bersama.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget