WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 5, 2011

FINAL EPIK FEDERER - NADAL JAM 9.00 MALAM INI

PARIS: Rafael Nadal dan Roger Federer akan bertembung buat kali keempat dalam final Terbuka Perancis dalam tempoh enam tahun hari ini, menjanjikan satu lagi pertarungan epik di Roland Garros. Nadal, juara lima kali kejohanan itu hanya memerlukan satu lagi kejuaraan untuk menyamai rekod yang dicatat Bjorn Borg di Paris. 


Ia juga bakal membolehkannya terus bertahan sebagai pemain nombor satu dunia yang sebelum ini digugat Novak Djokovic sehinggalah Federer menamatkan siri 43 kemenangan yang dicatat pemain Serbia itu di separuh akhir. 


Kemenangan buat Federer akan memastikan dia menambah koleksi ke-17 gelaran Grand Slam dan sekali gus menjawab kritikan yang menganggapnya bukan lagi pencabar utama dalam kejohanan itu. - METRO.

Malam ini jangan lupa menyaksikan perlawanan akhir tenis Terbuka Perancis 2011 antara pemain no 1 dunia, Rafael Nadal menentang pemain terbaik zaman ini, Roger Federer di Astro 816. Imanshah peminat Federer dan berharap kemenangan berpihak kepada pemain nombor tiga dunia ini. Melihat kemampuan beliau menewaskan Djokovic di separuh akhir, Federer memiliki peluang untuk menambahkan koleksi grand slamnya. Semoga kita dapat saksikan final terhebat tahun ini!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

khairunnisa ar alhan said...

federer terbaek!go federer go!

Suhami Ahmad said...

walaupun atok tak berapa nak paham, tapi cantik gambar tu...hihi

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget