WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 4, 2011

GAMBAR MAYAT BAYI PECAH KEPALA DICAMPAK DARI PANGSAPURI

Jangan baca entri ini jika tidak sanggup,,

Semalam, kita dikejutkan dengan berita tentang penemuan mayat seorang bayi yang dicampak atau tercampak dari Pangsapuri Sentul, Kuala Lumpur. Berita ini menjadi hiasan di dada-dada akhbar. MasyaAllah, dunia akhir zaman, begitu mudah dan murah harga nyawa manusia. Tatkala Al-quran dan hadith tidak lagi jadi pegangan, maka selagi itulah dosa dan noda akan sentiasa menjadi teman. Siksanya bayi tersebut di saat akhir kehidupannya. Moga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada pelakunya. Dan semoga pelakunya dapat dihadapkan kepada muka pengadilan.



Firman Allah Ta’ala:

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ (8) بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ (9)



Maksud ayat:

“Apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup disoal. Kerana dosa apakah mereka dibunuh?” (Surah Al-Takwir : 8-9)

Bayi-bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup oleh bapa-bapa mereka pada zaman jahiliyah dahulu, adalah adat jahiliyah yang paling kejam. Apalah dosa bayi-bayi perempuan itu maka mereka diperlakukan begitu zalim, bayi-bayi itu tidak pernah minta mereka dilahirkan sebagai bayi perempuan. Kemunculan mereka ke dunia ini hanyalah natijah daripada hubungan kelamin ibu bapa mereka. Sepatutnya bayi perempuan itu disambut dengan kasih sayang sebagai anugerah Allah Ta’ala.


Kini kita kembali mengulangi zaman Jahiliah di mana bayi dibunuh dengan kejam tanpa rasa sedikitpun pertimbangan. MasyaAllah, inilah harga kemajuan duniawi yang kita terpaksa bayar hari ini. Imanshah berpesan kepada rakan-rakan yang memiliki adik, kakak, abang, mahupun anak-anak. Awasilah mereka, perhatikanlah mereka. Biar kita dikatakan kolot di mata mereka, namun di hadapan Allah kita dapat 
menjawabnya nanti!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Eyrique Ettiqazz said...

masy jahiliyah hanya bunuh hidup2 anak perempuan tp masyarakat sekarang anak lelaki ataupun perempuan semuanya dibunuh?x kah itu lebih teruk drpd masyarakat jahiliyah....

saiazuan said...

kte makin dekat dgn hari pengadilan dimana manusia semakin jahil..

Kalamhati said...

Innalillah..hmm manusia dh hilang rasa kasih dan sayang..dunia hampir ke penghujung usianya..

Pn Kartini said...

:(:(:(
......mungkin di atas dunia boleh terlepas...
tapi di SANA...pasti ada pembalasannya.....!
:(

Amalina said...

Ya Allah, kesiannya baby tu;( Nangis ni

yatie Awang said...

subhanaallah...sanggup buat cam tu

tomatokering :) said...

waaaaaa xde perasaan lgsg T_T

gadisBunga said...

sepatutnya baby tu tempatnya dalam buaian, minum susu dan dibelai-belai kan....?

Ameera.Alias said...

kesiannya beby tu (T_T)

Aimi dan Pakcik Hashim said...

aku x sanggup tgk
k bai

Solihin Zubir said...

Ya Allah... sentapnya tgok gambar tuu.. ish..

Rozuan Ismail said...

serius wan tak baca entri ni sebab wan nak muntah tengok gambar kanak-kanak tuh. tak tahan,sedih ada seram sejuk pon ada.

iKhRam said...

saya tak boleh memaafkan orang-orang yang sanggup buat semua ni.. apa salah budak tu sampai dibuatnye macam tue...

Norsha said...

Ya Allah...tak sanggup nak tgk nak gambar tu...

cucu umie said...

ya Allah apalah salah bayi tu sampai snggup diperlkukan seperti itu..ayie xley accept ah..aishhh..manusia ker bintng nie..

Insan Marhaen said...

hu, nak dikatakan apa lagi tentang masyarakat kita hari ini?

tenat!

tapi tak heran juga sebab para pemimpin lagi tenat. sebar video lucah kat hotel dan di perpanjangkan ke internet dan merata blog.

bapa kencing berdiri, anak kencing berlari...

Pijahh' de-Arr said...

=( sedih~

CIK TOM said...

erk ngeri tengok...kejam giler yang buat camni...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget