WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, June 24, 2011

HAI ANAK

Usai Program Bersama Waris, majlis yang menemukan antara pelajar, ibu bapa dan guru-guru pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR nanti. Seperti biasa, 9 tahun mengadap benda yang sama. Terasa penat dah mengulang dan terus mengulang skrip yang sama.

Pelajar datang dan pergi saban tahun. Hanya guru tua inilah sahaja yang tinggal saban tahun menerangkan apa kelemahan anak didik, apa kekuatannya, apa program dan perancangan yang akan dibuat. Dah menghafal skrip yang sama untuk diperkatakan pada setiap kali Majlis Bersama Waris ini. Nak tak nak, sabar penting, senyuman juga sangat penting dan yang paling penting kejujuran.

Kalau tak mahu banyak disoal dan ditanya, makanya ini skrip nya " Anak Encik ni bagus, tak da masalah. Cuma kena tingkatkan lagi usaha". Namun jika ingin lama bersama ibu bapa, ini pula skripnya, " anak tuan ni banyak main dalam kelas, kerja rumah tak siap, latihan tak buat..bla-bla".

Si anak pun hanya tunduk membisu, diam seribu bahasa. Nampak sangat patuh terhadap setiap butir kata yang dikeluarkan dari mulut guru. Ditambah lagi dengan bebelan dari ibu bapa, maka bertambahlah sedih si anak. Ada yang mengalirkan air mata. 

Apabila ibu bapa beransur pulang sahaja, segala kesedihan itu campak ke tepi, lupa balik ikrar yang dijanjikan. Ada lah sedikit perubahan berlaku tapi masih belum lagi berubah dengan erti kata yang sebenranya. Hai anak, kasihanilah ibumu, kasihilah ayahmu. Besar harapan yang disandarkan atas bahumu. Berilah sedikit kegembiraan kepada mereka dengan menghadiahkan kejayaan buat mereka.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

waN Mohd Salim said...

tnpa guru siapalah aku .. huhuhu

tabik cikgu

nurkass said...

hai lah anak..tataplah wajah ibu dan bapa mu..

kakcik said...

Suatu hari nanti anak itu akan merasakan apa yang ibubapanya rasa kini (macam kita jugalah, dulu tak faham, kan?) :)

yatie Awang said...

harapan semua ibu bapa hendak melihat anak2 berjaya...

NzA said...

gitulh kisah rutin yg saban tahun cikgu2 kena hadapi.....

Alexandriana Alia said...

semua ibu bapa dan guru mengimpikan kejayaan anak2 mereka..

a kl citizen said...

nama pun budak... iman.
kejap je lekat di kepala

a d i n said...

biase la tu cikgu. kadang bukan x nk dgr, one day bila dah terhantuk, mesti diorang akan igt blek kata2 cikgu tu, =)

cucu umie said...

teringt mase sekolah dahulu... setiap baik yg diketakan oleh guru itu seperti btol dan kdng2 menjadi realiti..

zarazueyin said...

sekolah saya baru buat pagi tadi....hehe

IMANSHAH said...

@kakcik

eh2, dulu faham juga..hehe

IMANSHAH said...

@waN Mohd Salim

tabikmu diterima

IMANSHAH said...

@a d i n

termasuk anda jugak kan?? huhu

IMANSHAH said...

@zarazueyin

eh sama plak ye

::FAIZ FARISH:: said...

rindu ngan cikgu sekolah.... huhu

NuSaNa NoSa 91 said...

ibu dan ayah bleh berkorban utk kita..
tp kenapa kita xbleh berkorban utk mrk?? asyik nk fikir fun je.. study mls.. huhuu~ T_T

My Little Diary said...

baru je tadi melawat skola anak... hari utk ibubapa berjumpa cikgu... dan amik kad laporan...
patutlah cikgu tu kurang ckp, agaknya dah bosan setiap lalui perkara yang sama...
apa2pun tanpa guru dan dorongan ibubapa, kita takkan berjaya spt hari ini... terima kasih semua!

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::

aku cikgu sekolah, kau rindu aku Farish??

adrenalina said...

mcm sama jer skrip...hahaha..ni pun tgh pikir nk bagitau ape kat mak bapak yg nk dtg skolah esok...tapi sedih apb bila mak atau ayh dgn susah pyh dtg dari kampung..tapi bila tgk laporan akademik anaknya kurang memberangsangkan..ank pulak buat muka tak bersalah...=(

iKhRam said...

kalau abah saya abg IMANSHAH.. dekat kelas bukan main lagi bergelak ketawa dgn cikgu keals..

bila balik rumah.. bukan main lagi dia mereport kat emak.. sama2 pulak membantai kita habis-habisan.. huhuhu..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget