WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 23, 2011

HARGA DURIAN RM100 SEBIJI? BAPAK DURIAN KE HAPA?


KUALA LUMPUR – Buah durian sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum.
Namun, dengan harga ia dijual kini, kemungkinan cerah raja buah itu bakal menjadi hidangan golongan elit sahaja dan sebahagian besar rakyat tempatan tidak akan mampu merasainya.
Dengan kadar harga semasa apabila sebijik durian umumnya berharga lebih RM20 sebiji, jangan terperanjat jika suatu hari nanti, durian ditanam di Malaysia tetapi yang tahu rasa dan nikmatnya adalah penduduk di negara China dan Singapura, yakni destinasi di mana hampir semua buah durian kita dijual.
Rakyat tempatan hanya akan bercerita yang dahulu mereka biasa makan durian yang ditanam di belakang rumah orang tua mereka di kampung.
Mana Perginya Durian Kampung Kita Yang Murah?
Durian kampung yang bukan sahaja murah, sedap dan senang diperoleh suatu masa dahulu semakin diganti dengan klon-klon gred tinggi.
Sungguh sukar untuk mencari durian-durian kampung yang biasa dan murah harganya terutama di kawasan Kuala Lumpur.
Memang nyata kini semua pemilik dusun durian lebih berminat dengan durian jenis mewah yang lebih sesuai untuk dijual di luar negara kerana harganya lebih menguntungkan.
Durian kampung melalui satu bentuk proses kepupusan secara perlahan. Walaupun ia masih dijual, tetapi sangat terhad.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sendiri mengakui durian-durian kampung yang biasa kita makan dahulu semakin banyak ditebang pokoknya dan diganti dengan durian gred tinggi seperti Musang King dan D24.
Nampaknya kuasa komersial dan keinginan untuk mendapatkan keuntunggan menjadikan masyarakat tempatan sendiri semakin merasakan sukar untuk menikmati buah kegemaran mereka.
Bayangkan, FAMA memberitahu bahawa ada buah durian daripada jenis tertentu yang dijual pada harga RM100 sebiji kini.
Sebenarnya, apa yang nyata ialah FAMA juga memperlihatkan minat mendalaman untuk hanya mengeksport durian ketika ini.
Namun jangan lupa, kami rakyat biasa ini pun teringin jugak nak makan durian puas-puas macam dulu…bila sebiji durian dijual beberapa ringgit sahaja. 

Wah, berita hangat ni, bagi penggemar durian. Dah macam kat Jepun pula harganya, masa Imanshah belajar kat Jepun dulu (dalam mimpi) harga tiga ulas durian ni hampir RM 100 tau. Hehe. Tapi kalau kawan-kawan nak makan durian, moh le ke Perak. Semalam Imanshah beli durian di Pasar Malam, Alhamdulillah durian Manong idok le mahal bebenor, 4 biji lima belas hinggit je. Dah tu besor pule, boleh le mengenyangkan seisi keluarga. Apapun, tak payahlah membazir duit kalau udah harga seratus untuk sebiji doghian tu. Buat masuk ASB lagi baik yeop!! 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

33 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

aku suka sgt mkn durian... huhu

cik pulau said...

huhh.. RM100??

aritu pernah beli durian sebijik rm13..
pemsaamm...
bape ulas je pun dalam tu..
sangatlah tak puas,

NaeBlog said...

nak makan, tapi suara baru nak ok... :-(
RM100 tu...

makdara TERdiva said...

mahei gilerrr!

rindu nak makan durian sendiri..dah lame benor pokok tu x kuokan hasil
merajuk kot!

waN Mohd Salim said...

alamak mahal gile .. durian ape tuuuuuu

Rozuan Ismail said...

100 hengget sebijik?sanggup berlapor.amboi,pekat benor cakap peghak yeop.

sarah-najwan said...

akak tggu kebun mentau ajo..duyan kapong hok halus2 lagi..kucin tidur yg banyok tu..hahahhaa

eddy syrol said...

tak reti sangat makan durian ni..huhuhuhu

jom terjah ..MAKANAN SIMPLE MAKANAN BERKHASIAT



WORDLESS THURSDAY

Norsha said...

Saya hantu durian, tgk gambo durian tupun dah terbuka selera.....

aqmalazmi said...

baru pas mkn durian tengah mlm semlm sesorang..niahahah

IMANSHAH said...

@aqmalazmi

eh sama lak ko

IMANSHAH said...

@Norsha

ingat hantu kak limah..haha

shetaq said...

Wallaweih,murahnya durian kat perak sinun. kat sini durian rm7 sekilo. huhuhu~

ain fathihah said...

durian perak memang best. puas makan. hehe.

::blog anak jawer:: said...

uit...mahal betul..ade ke org nk beli tu...

-Yok mampir diluk = maya dan realiti tak kan pernah sama...

adwafarahin said...

teringat pulut durian -__-"

nurkass said...

eh..murahlah 4 biji 15 ringgit..
kat sini 6 ulas 15 ringgit..adehh

yatie Awang said...

nasib baik kakak tak suka makan durian ni...

kakcik said...

Kalo RM100 sebiji - tak makan deghoyan le teman, Yop! :)

zarazueyin said...

kalo rm100 sebiji, xmkn durian pun xpe...hehe

nur aisya humaira said...

Mak aihh,mahalnye..sanggup ke beli??hoho..

kt perak durian murah2 kan...kena cri org perak laa lgu ni, nk mkn durian free...haha

NzA said...

mahainya..nasib baik akak xmakan durian....

siti murni said...

Imanshah, hari tu masa siti pi balik pulau tokey durian tu cakap memang ada durian yang harga sebiji RM 180++. Gile mahal kan! Tapi nak makan durian tu kena pakai straw..isinya terlampau lembut. Dan harga durian ni lebih mahal bila sampai musim puncak, jab. pertanian ambil dari pekebun utk eksport. kalau setakat makan untuk hilangkan kempunan...beli je kat pasar malam..murah dan dapat jugak merasa..puas satu family kan. tak payah mahal2 pun tak pe..

Adinda Amy Sensei said...

wahhhhh header sudah lain maaaa....hehe....takkkk suka durianlah

Abd Razak said...

Salam cikgu...

Kiranya kulit durian tu rm60 dan isinya hanya rm40...bolehlah merajuk tak nak makan :)

Awan Biru said...

Sekarang ni memang banyak produk tempatan hanya dipasarkan di luar negara walhal negara sendiri kekurangan. Alasan: nak untung.

Eazy Izzuddin said...

oh durian sekarang sangat mahal..
teringin rasa kuah durian..

Qamaruls said...

dulu arwah atok aku kat parit perak ade kebun.
durian manggis segala buahan tempatan adelaa.


sbb tulaa sampai skrg aku mkn epal n grape shj. haha

Roza Ami Nanomiya said...

blh tak guna
bila semua durian mahal, kena eksport

kera di hutan dibagi durian
anak di rumah kempunan

sayangsayangibu said...

lepas ni kalau mengidam nak makan durian harga macam tu pulak
ramailah bayi yg lahir dan menceceh air liur sebab kempunan.

nelly said...

mahal giloo !!

Afida Anuar said...

kalau 4 biji 15 hinggit mmg murah. Hari tu mengidam yg amat, beli kat pasar malam kat cni sebiji 7 hinggit.. kecik pulak tu, nasib baik isi sedap..hoho ho

iKhRam said...

ghupa itu ke yeop !! hahaha

patut la lama saya tak makan durian.. tak pe la.. tak dpt makan durian, meraa makan tempoyak dgn nasik pun ok le.. sedap jugak..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget