WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 15, 2011

HATI-HATI DENGAN TIBI

Sekembalinya dari cuti pertengahan tahun, Imanshah dikejutkan dengan berita pulangnya kepada Allah seorang sahabat guru. (bukan ssama sekolah).Berita ini amat mengejutkan kerana sebelum ini Imanshah mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang sangat ceria dan peramah. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya. Beliau pergi dalam usia yang cukup muda iaitu dalam usia 30-an.

Apa yang mengejutkan beliau mengidap penyakit TIBI, sejenis penyakit yang agak kurang kedengaran pada masa sekarang. Patutlah keadaan beliau sangat kurus kebelakangan ini. Lalu Imanshah cuba mengenalpasti sedikit maklumat berkaitan dengan penyakit ini.


TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
Tanda-Tanda TIBI
  • Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mungkin mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hlang selera makan
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah menjadi letih
Cara Mengesan Penyakit TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
  1. mendapatkan pemeriksaan doktor
  2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
  3. menjalani pemeriksaan x-ray dada
Rawatan
Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
  • 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
  • 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu
Pencegahan
  • Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
  • Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
  • Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan
Sumber : sabah.org.my



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

makdara TERdiva said...

nak tambah sikit..
yang kita tau cuma TIBI yang batuk kering jer..sbenarnya bnyk jenis TIBI termasuk TIBI tulang sbb bekas pensyarah MDT merana disebabkan sakit ni..

deeya said...

terima kasey atas perkongsian nie .. semoga kita dijauhkan dan terhindar dari penyakit merbahaya . insyaAllah =)

nurkass said...

dah tukar header eh..cantiks bangat..

aida4eva said...

moga aida dihindarkan dari tibi..takut jugak sebab aida xdapat suntikan BCG :(

penah wat entri sal bcg ni..wuuuu~

http://aida4eva.blogspot.com

cucu umie said...

thnkc for the info abg iman..ayie just thu gitu-gitu shje tntg pnykit nie and tak abis serius sgt lol..tpy dh thu mcm mane care penyebran yer..so, kne ambik serius ah..

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

as'kum.....pertama kali komen kat sini. nice entry :)

armouris said...

lagi info tentang puasa di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

LiYaNa NoY75 said...

Kena rajin mkn ubt . Jgn skip rawatan 6 bln. Makan makanan yg berkhasiat. Vit c dn vit d dn apa jua supplement tuk imun bdn mengikit bajet. Elakkan bersesak2 di tmpt awam n make sure pakai mask muka untuk menutup hidung. Siapa2 yang ada virus tibi dn dia x rawat, dia boleh menyebarkan kepada 15 to 20 org dgn sekali bersin.( x rawat) .

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget