WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 1, 2011

JIRAN DAN AYAM

Assalam. Entri lewat petang. Seharian di rumah, menyiapkan tugasan rutin menanda kertas peperiksaan para pelajar. hampir nak muntak rasanya. Cepatlah habis wahai kertas. Pelajar pun satu, banyak sangat dijawabnya.Orang nak tujuh soalan, dijawabnya sembilan. Nak tak nak, kenalah habiskan menanda. Barulah dipilih markah terbaik. 

Imanshah baru siap buat kerja kampung ni. Memotong pokok-pokok dan mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di halaman rumah. Maklumlah, rumah tinggal. Hampir tiga bulan ibu meninggalkan rumah di kampung kerana berkelana di rumah anak-anak. Beginilah kalau tinggal seorang. Kalau dulu ada juga teman. Namun setelah kehilangan ayah, ibu lebih banyak menghabiskan masadi rumah anak-anak. Sekejap di Kole Lumpur, sekejap di kuantan dan sekejap di Ipoh. kadang-kadang ke Melaka.

Bercerita pasal pokok, di sekeliling rumah Imanshah memang banyak pokok mangga. Tu yang bila takde tuan, pokok-pokok ni membesar dan merimbun, dan hampir mencecah bumbung. Sedikit lagi boleh merosakkan bumbung. Jadi, hari ini Imanshah dah kerjakan semuanya. Pokok-pokok mangga habis ditarah, ditebang dan divantas. Tinggal beberapa helai je daunnya. Bukan apa, selalunya ayam jiran yang selalu tidur di atas pokok kita. Dan penuh dengan najis-najisnya. Dan halaman dipenuhi dengan najis ayam. Nak marah kan jiran, takut bergaduh. Kenapa ayamnya tak mahu tidur di pokok jiran tak tahulah. Nak juga berkasih-sayang dengan rumah Imanshah. Nak marahkan ayam, depa tak faham nanti. Jadi senang cerita, kita tebang pokok. Jiran tak terasa, kita juga tak sengsara. Haha ayam-ayam juga yang terpinga-pinga. Ok tak macam ni? Tak mau masam-masam muka. Tapi kalau lah jadi pemilik ayam tu, dah ada ayam, pandai-pandai lah jaga kan.. Tak gitu??




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Eyrique Ettiqazz said...

diam itu lebih baik...

iKhRam said...

naseb bek kita bukan ayam kan??? agak2 kalau ayam makan mangga.. apa akan jadi?? huhuhu...

khairunnisa ar alhan said...

cikgu ajar ape che gu...baru hr ni terpikir nak tnye...hehe...

cucu umie said...

huhu..bgusnya abg iman..lepas nie boleh kuruslah bt2 kerja kg..heheh btw, biaselah orng tua mmeang mcm tu..mcm nenek ayie juga..haha

amna said...

sabar aje la kalau cmtu. cuba cakap elok2 kt org tu ^,^

adrenalina said...

mesti aym tu konpius kenapa tempat melepak diaorg dah xder...huhu

Acik Erna said...

ayam..ayam..dah nama ayam kan..memang suka sangat tidur atas pokok.

Afida Anuar said...

kesian kat ayam..takde tempat dah nak tidur..hik~

gadisBunga said...

kadang dalam proses nak berdiplomasi ni, perasaan sendiri selalu jadi korban.

Alang Ridhwan said...

kasi tangkap dan sembelih saja ayam-ayam itu.....!!!!! muahaha!

MindaMalay said...

sabor aje laa... moga dapat pahala...

Si DauN CeRi said...

hahaha.. pandai ayam tu cari port ye..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget