WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 15, 2011

KEMBALI KEPADA ALLAH : ALLAHYARHAM ADHA

Tengah hari tadi Imanshah menerima khabar bekas anak murid Imanshah sewaktu di SM Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani telah meninggal dunia akibat lemas sewaktu cuba menyelamatkan sahabatnya yang turut lemas di Sungai PAsir Kemudi, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Terasa baru sahaja Imanshah bercerita tentang kematian sahabat Imanshah pagi tadi di entri ini dan saudara Imanshah di kampung dalam entri ini. Keduanya meninggal dalam udia muda iaitu dalam usia 20-an dan 30-an. Kini satu lagi berita sedih diterima tengah hari ini. Pemergian Adha pada usia 22 tahun sememangnya amat menyedihkan. Apatah lagi menatap FB nya yang dipenuhi dengan ucapan-ucapan takziah dari guru-guru, kaum keluarga dan sahabat handai.



Maut itu tak mengenal usia, tak mengenal tempat dan waktu. Memberi pengajaran dan sejuta keinsafan kepada Imanshah agar mempersiapkan diri pada bila-bila masa kerana sampai waktu yang dijanjikannya, Allah pasti menjemput kita. Imanshah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat seluruh kaum keluarga Adha yang masih bersedih di ats pulangnya arwah Muhd Adhameruddin bin Omar, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan, dan bekas alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah. Semoga Allah meletakkan Adha bersama orang-orang yang beriman.

 "Ibnu Syaibah meriwayatkan dari Abdullah bin Utaiq katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa orang yang mati syahid itu ada lima, yang pertamanya orang yang mati disebabkan sakit perut, kedua orang yang mati ditikam, ketiga orang yang mati tenggelam (karam) di dalam air, keempat sobihul badmi, kelima orang yang mati berperang fi sabilillah." (Hadith riwayat At-Termizi dari Abi Hurairah)."


Muhd Adhameruddin bin Omar (25 Ogos 1989-15 Jun 2011)

Sebak apabila melihat wall FB Adha, sedang mengenangkan dan memikirkan  tulisan yang sama jika Imanshah meninggal. 

Untuk melihat laporan berita klik Di SINI




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

Tirana said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..ameen!

blog-tips-kurus said...

Takziah.. semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.

*selalu terfikir macam mane kita nanti..

rekbing said...

betol cm cikgu ckp, bukak sja wall dia, mesti jd sebak lain macam. huhu

FiraHasan said...

Takziah. Sahabat kpd shahril Khasin.

Sue said...

Innalillah...turut terasa sebaknya

Afida Anuar said...

Innalillahiwainnailaihiroojiunn...

Moga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman, InsyaAllah...

terfikir2 jugak, macam mana la bila tiba saat kita nanti ...

zarazueyin said...

alfatihah

IMANSHAH said...

@rekbing

kamu yang lima tahun bersama sudah pasti lebih merasakannya

IMANSHAH said...

@FiraHasan

betul tu, shahrin juga anak murid saya

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

Al Fatihah

Wassalam

cucu umie said...

semoga rohnya tenteram disana..al-fatihah bt shbat itu..

ღ♥ H A J I R A ♥ღ said...

Allah lebih sygkannya..

Al-Fatihah..

ibuintan said...

Al-fatihah...moga arwah tenang di sana, muda sangat lagi

Acik Erna said...

Al-Fatihah.

Citarasa Rinduan said...

al fatihah..

semoga keluarga arwah bersabar dan salam takziah..

PS: 2 kawan cikgu dah pulang ke rahmatullah.. kita ??? bila agaknya..

MerLe said...

takziah..
al-fatihah

gadisBunga said...

Innalillahiwainnailaihiroojiunn...

dia student medic ya? Allah lebih sayangkan dia...

awak penah mengajar kat md jiwa ka?

IMANSHAH said...

@gadisBunga

pernah tahun 2003

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

masanya bakal tiba Ayu, tak cepat tak lambat

Cik Reena Tan said...

al fatihah~ arwah tu anak kepada kwn mak sy.. ajalnya da sampai. kita ja tak tau bila lagi..

iKhRam said...

Al fatihah..
semoga roh dicucuri rahmat.. insyaallah..

::FAIZ FARISH:: said...

ajal ni dtg tak kira usia kan?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget