WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 25, 2011

KEMENANGAN BUAT GOLONGAN GAY!


ALBANY, NEW YORK – Gabenor New York, Andrew Cuomo telah manandatangani satu undang-undang yang membenarkan perkahwinan bagi pasangan gay di New York Jumaat lalu, satu kemenangan besar buat hak komuniti gay bagi sesi pilihanraya presiden dan kongres bagi tahun 2012.
New York adalah negeri keenam Amerika Syarikat yang membenarkan perkahwinan gay. Senator-senator negeri telah mencapai undian 33-29 pada petang Jumaat dan keputusan tersebut telah membenarkan perkahwinan dan Cuomo, ahli demokrat yang mencadangkan idea tersebut, telah menandatangani persetujuan tersebut.
“Ini adalah sebagai satu mesej bagi seluruh negara. Ini adalah kenyataan dan inilah masa bagi mereka, dan ianya boleh dilakukan, ianya bukanlah lagi satu mimpi semata-mata,” kata Cuomo yang baru berkhidmat selama setahun, dalam satu sidang media.
“Kita berada dalam peringkat baru bagi keadilan sosial,” tambah beliau.
Perkahwinan sama jenis akan mula berkuatkuasa di New York dalam tempoh 30 hari, walaupun institusi-institusi keagamaan dan NGO keagamaan tidak akan bekerjasama dengan perkara ini. Undang-undang tersebut juga membenarkan pasangan gay untuk bercerai.
“Saya perlu lakukan perkara ini supaya semua orang diberi hak yang sama rata termasuklah hal-hal perkahwinan,” kata Senator pihak Republikan, Stephen Saland sebelum persetujuan tersebut dicapai. Beliau adalah salah seorang daripada empat senator yang bersetuju terhadap undang-undang tersebut.
Kegembiraan dapat didegar dengan sorakan di Galeri Senat di Albany oleh beberapa ratus orang yang berkumpul di luar kawasan Stonewall Inn, New York, di mana satu serbuan polis yang dilakukan pada tahun 1969 telah memulakan pertubuhan persatuan yang memperjuangkan hak golongan gay.
“Inilah masanya. Saya ingin berkahwin dan saya mahukan hak yang sama seperti mereka yang lain,” kata Caroline Jaeger, 36, seorang pelajar yang juga berkumpul di Stonewall Inn.
Namun, paderi Katolik New York menyatakan bahawa mereka ‘sedih dan risau’ akan undang-undang baru yang dikeluarkan.
“Kami sering menghormati golongan gay. Tetapi kami tidak setuju dengan apa yang dilakukan,” menurut satu kenyataan yang dibuat dalam Persidangan Katolik negeri.
Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, membela perkahwinan gay dan telah menggesa mereka untuk membuat undang-undang tersebut beberapa minggu lepas berkata,”Ini merupakan sesuatu yang bersejarah untuk pemberian hak kesamarataan dan kebebasan.”
“Bersama-sama, kita telah mengambil satu langkah yang besar untuk menuju ke arah perpaduan yang lebih besar,” kata beliau dalam satu kenyataan. SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

nur aisya humaira said...

jangan nanti Malaysia pun bt macam ni..rosak2..

zarazueyin said...

betul la...
mintak dijauhkan negara kita dr terjadi mcm tu
bala yg dtg bukan kena pd glongan tu je, tapi semua akan merasainya :(

Aman Ibrahim said...

Semoaga Malaysia terpelihara drpd perbuatan terkutuk nih~ mintak dijauhkan.. belajar dr apa yg berlaku pada umat terdahulu. Allah murka~

conangirlz said...

erkkk..apekah???dahsyatnyeeee...
mntk jauh perkara gnie berlaku kt Malaysia..moga2 iman dlm diri dpt menangkis sagala perbuatn2 terkutuk nie..huhuhuhu..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget