WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 1, 2011

KHABAR DARI MAKKAH

Semalam saya menerima satu SMS dari Makkah iaitu dari seorang teman blogger iaitu KAK SONATA . Alhamdulillah Kak Sonata dan suami telahpun selamat sampai di Makkah untuk menunaikan umrah. Beliau dalam keadaan baik dan mendoakan kesejahteraan rakan-rakan di Malaysia di Makkah. Kak Sonata ada berkirim salam dan berharap agar teman-teman di Malaysia dapat menjadi tetamu Allah nanti. 

Kepada Kak Sonata, tahniah untuk kesekian kalinya berjaya menjadi tetamu Allah di bumi Makkah. Semoga selamat di sana dan selamat kembali ke Malaysia nanti. InsyaAllah akan kembali mewarnai dunia blog di Malaysia.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ  أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ


Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.  Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

waN Mohd Salim said...

semoga kak sonata menjadi haji yang mabrur amin

::blog anak jawer:: said...

seronok nye dapat pegi makkah...bila ntah dapat peluang mcm tu...

-Yok mampir diluk = tak faham dengan industri perfileman sekarang

nurkass said...

alhamdulillah..
moga mendapat haji yg mabrur..

Uthman AG said...

kibob pon ke makkah gak cgu

Kakzakie said...

Seronoknya bila mendengar org pergi Umrah. Rindu betul dgn baitullah....

Moga cikgu sonata diberi kesihatan terbaik dan dipermudahkan menjalankan ibadah di sana.

ckLah said...

Amin...



(Nurkass...haji apa bulan Jamadil Akhir ni dik...esok baru Rejab! ;D)

ckLah said...

Jumaat bari 1 Rejab...hehe

gadisBunga said...

saya nak pegi ke sana juga. kene bulatkan tekad!

iKhRam said...

teringat sahabat baik saya yg turut sama ke mekah menjalani ibadah umrah

abg shah.. kita ni bile ye agak2nyer??

Aimi dan Pakcik Hashim said...

harap2 ada rezeki sampai sana jugak

cucu umie said...

incya-Allah dapat melaksanakan ibdhnya dengan sempurna...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget