WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, June 20, 2011

KISAH BATU BESAR


Seorang lelaki sedang tertidur di bawah pohon besar. Kemudian dia bermimpi ada cahaya terang mendatanginya. Dia bermimpi bertemu Tuhan.

Tuhan berkata kepadanya bahawa ada pekerjaan yang harus dilakukannya. Lalu Tuhan menunjukkan kepadanya sebuah batu besar yang terletak di depan pondoknya. Tuhan menjelaskan bahwa ia harus mendorong batu itu dengan seluruh kekuatannya.

Perkara dikerjakan lelaki itu setiap hari. Berbulan-bulan ia bekerja sejak matahari terbit sampai terbenam,  ia keletihan kerana mendorong dengan seluruh kemampuannya. Setiap malam laki-laki itu kembali ke pondoknya dengan sedih dan cemas, merasa bahawa sepanjang harinya kosong dan sia-sia.

Ketika laki-laki itu mulai putus asa, si Iblis pun mula mengambil bahagian untuk mengganggu pemikirannya.  "Sekian lama kau telah menolak batu itu tetapi batu itu tidak berganjak. Apa kau ingin bunuh diri? Kau tidak akan pernah mampu memindahkannnya."

Lalu, ditunjukkannya pada laki-laki itu bahwa tugas itu sangat tidak masuk akal dan salah. Fikiran tersebut kemudian membuat laki-laki itu putus asa dan patah semangat.

"Mengapa aku harus bunuh diri seperti ini?" pikirnya.
  
Dan itulah yang direncanakan, sampai suatu hari dia berdoa dan mengadu segala permasalahannya itu kepada Tuhan.

"Tuhan," katanya "Aku telah bekerja keras sekian lama dan menjalankan perintah-Mu, dengan segenap kekuatanku melakukan apa yang Kau inginkan. Tetapi sampai sekarang aku tidak dapat menggerakkan batu itu setengah incipun. Mengapa? Mengapa aku gagal?'

Tuhan berkata,"Hambaku, ketika aku memintamu untuk melaksanakan perintah-Ku dan kau menyanggupi, Aku berkata bahawa tugasmu adalah menolak batu itu dengan seluruh kekuatanmu seperti yang telah kau lakukan. Tapi tidak sekalipun Aku berkata bahawa kau mesti menggesernya. Tugasmu hanyalah menolak. Dan kini kau datang padaKu dengan tenaga bertambah, berfikir bahawa kau telah gagal. Tetapi apakah benar?”

”Lihatlah dirimu. Lenganmu kuat dan berotot, punggungmu tegap, tanganmu keras karena tekanan terus- menerus, dan kakimu menjadi gempal dan kuat. Meski kau belum menggeser batu itu. Tetapi ketaatanmu adalah menurut dan mendorong dan belajar untuk setia dan percaya akan hikmah yang akan Kuberikan kepadamu."

Lelaki itu tiba-tiba terbangun dari mimpinya, dan bersujud syukur karena ia merasa dan paham bahwa ia telah mendapatkan hidayah-Nya.

***

Sahabatku, terkadang, ketika kita mendengar perintah Allah, yang pertama kali kita  menganalisa keinginan-Nya, bukan keimanan dahulu yang kita utamakan. Padahal perintah itu jelas kebenarannya.

Sesungguhnya apa yang Allah inginkan adalah hal-hal yang sangat sederhana agar menuruti dan taat kepadaNya. Dan yakinlah itu adalah keperluan kita. Allah tidak perlu ibadah kita. Demi Allah, ketika semua makhluk berpaling dari Nya, maka tidak akan mengurangkan sedikitpun kebesaran dan kemulian Allah. 

Dengan kata lain, taatlah terhadap segala perintah Allah, dan yakinlah bahwa perintah itu adalah keperluan kita. Semoga Allah selalu membimbing kita ke jalan-Nya.


sumber : kisah motivasi di FB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

yatie Awang said...

Amin..kadang2 kita terlupakan, kena banyakkan musahabah diri kita lagi, mekasih...

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Keutamaan kita ke dunia ini adalah beribadah kepada Allah Taala..

Kakzakie said...

Kena sedar bahawa kita adalah hamba Allah....

::FAIZ FARISH:: said...

Allah Maha Besar

sahromnasrudin said...

ALLAHUAKBAR...ALLAH MAHA BESAR..trime kasih atas titipan ini

cucu umie said...

terima kasih atas peringtn ini abg iman.. incya-Allah kita akan ingt kejadian asal kita adlh untuk taat kepadanya..

sayangsayangibu said...

bila putus asa datang didalam hati
bisikan iblis akan menjelma

nurkass said...

nice entry..:)

NuR si CiKGu RiBeNa said...

kita cuma nmpk apa yg logik di fikiran
tapi tak nmpk yg di sebaliknya.

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu..:)

cite ni boleh motivated diri aisya jugak,kdg2 jdi putus asa nk cri keje..ble bce ni, ada hikmah disebalik yg berlaku pde sye..:)

zarazueyin said...

tima kasih ats peringatan ni
nice entry!

aLieF si Muncung ManiS said...

trima kasih...syukran...mmg bagi motivasi..nice..:P

chemay said...

nice entry.
:)

a kl citizen said...

membuat saya berfikir juga tentang hidup saya, iman... tq

Hans said...

entry yang bagus
lepas terbaca memang setuju
ada kebenaran dan membuat saya lebih bermotivasi

Syaitan Memang Durjana

Miecyber said...

Penganjaran yang baik juga untuk saya...


Kereta masa hadapan

siti murni said...

terima kasih imanshah..kerana sudi berkongsi petikan ni...
untuk dijadikan pengajaran semua...

Afida Anuar said...

thanks shah, sudi berkongsi kisah hebat ni;)

Edy Fee said...

betoi gak...
hurmm hikmah lain tersembunyi

Suhami Ahmad said...

kadang2 kita tak sedar pun Allah sedang menguji kita kan

iKhRam said...

sangat terkesan dengan cerita ini.. terima kasih..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget