WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 29, 2011

KISAH TUKANG ARAH

Pengarah? Tukang arah? Sesuai benar gelaran untuk yang suka mengarah. 

Alkisah di sebuah negeri bernama CACA MERBA, ada seorang  menteri yang kerjanya memang suka mengarah. Memang sesuai kerja mengarah ni dengannya juga dengan jawatan yang diberikan kepadanya. Maka, sesuaka hatilah, arahan demi arahan diberikan kepada orang bawahannya. Yang menjadi persoalannya, kadang-kadang arahan memanda menteri ini  tidak jelas. Kadang-kadang menggunakan orang tengah, maka si kuli-kuli yang diarahnya kadang-kadang tidak mendapat arahan yang jelas.

Bila masa sesuatu hendak dilaksanakan, arahan yang diberikan tidak dihiraukan. Maka memanda menteri ini akan naik hantu, diarahkan pula ketua-ketua kuli untuk mengejar kuli dan meminta kuli-kuli menyiapkan keperluannya dengan segera. Dan jika gagal, maka hukuman akan dikenakan kepada kuli-kuli. Kuli-kuli yang gagal menyiapkan permintaannya akan dipancung. Kuli-kuli akan dikenakan tindakan tunjuk sebab pula meletakkan jawatan sebagai kuli.

Selalu juga, kuli yang telah menyiapkan kerja turut mendapat tempias gertakan dan kemarahan memanda menteri. Semua kuli dipukul rata dengan amaran. Namun, timbul lagi persoalan. Memanda menteri ini sebenarnya memilih bulu orang yang hendak diarah, kepada pahlawan negara, menteri ini takut berbuat sesuatu. Sekali pahlawan negara menjengilkan biji mata, terkencing si menteri. Maka, kuli-kuli yang di bawah lah yang selalunya menjadi mangsa. 

Kesimpulannya :

1) Arahan mesti jelas supaya semua orang faham.
2) Arahan mesti adil dan jangan ada golongan yang terlepas.
3) Jangan selalu menggertak orang bawahan sebaliknya bimbinglah dengan berhemah. Sebab itulah dilantik sebagai MENTERI supaya dapat membimbing KULI-KULI yang di bawah.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Cheq Sue said...

Adakah kisah ini merujuk kepada kita cikgu imanshah?
:)

iKhRam said...

wow.. kisah ni biasa berlau dlm dunia kehidupan kita..

kadang2 sebabkan seseorang, tidak pula diberinya arahan.. kita yg mentimun ni pulak yg menajdi mangsa.. orang2 macam ni bukanlah kuat sgt, tp menajdi kuat dgn jawatannya..

apapun, biarlah jadi pemimpin yg amanah dan berhikmah.. baru yg diarahkan berasa senang hati saja ketika menajalankan tugas..

silap hari bulan, kuli2 buat kerja tanapa perlu diarah..

zarazueyin said...

kisah ni ada dimana2...
di tmpt sy juga ;)

::FAIZ FARISH:: said...

stuju ngan ikhram

NaeBlog said...

Orang yg berada di atas sepatutnya memahami tugas kita sebagai orang bawahan... Sepatutnyalah... kerana mereka juga pernah menjadi kita...

cucu umie said...

orang diatas memnag perlu meberi penjelasan yg seditilnyer barulah sesautu kerja itu dpt dilaksanakan dngan jayanye... dlm kehidupan seharian juga kdng2 berlaku..miss com

Afida Anuar said...

Kalau dia jadi Tukang Arah, Pengarah.... kerana Allah..mesti tak jadi macam ni..mesti dia amanah melakukan tugas dia.. Allahualam..

sarah-najwan said...

bukan senang hdk mengarah
akak lebih suka empowerment yg mantap..ada cara yg baik utk mengarah..barulah kerja sepasukan berjaya...

ini semua utk kita jugak krn suatu hari nanti mungkin kita akn jd tukang arah pulak..hehe

hendak mengarah pun kene ada ilmu tafsir diri..hehe

insan marhaen said...

Kekadang ada KULI yang kalau tak diarah dengan keras akan ambil sikap kaduk naik junjung.

ibuintan said...

haii lain macam je bunyi nye... berkat arahan ke PJ semalam ke?

nasib KULI!

alif haris said...

biar ringkas tapi padat dan jelas arahannya ..
barulah boleh menghasilkan natijah yg berkesan dan effektif :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget