WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 4, 2011

LEBAI TIDAK MALANG

Hari ini hari yang nak dikatakan malang pun boleh lah buat Imanshah. Sebenarnya kami ada tiga jemputan kenduri. Satu di Ipoh, satu di Teluk Intan dan satu di Tapah. Ni kira-kira macam kisah Lebai Malang lah yang dapat dua jemputan. Satu di hulu dan satu di hilir. Makanya Imanshah mengambil keputusan memenuhi jemputan di Teluk Intan terlebih dahulu. Bersama Imanshah ada 3 orang teman. Makanya kami bergeraklah seawal jam 10.30 pagi dengan harapan dalam jam 12.00 tengah hari sudah boleh makan. Nak dijadikan cerita, kami tersesat. Jenuh juga membaca peta. Tak juga jumpa-jumpa.  Nak guna GPS tersangatlah tak mampu sebab telefon bimbit semuanya cap ayam. Hehe. Makanya telefon lah yang menjadi pembantu. Telefon sana-telefon sini. Dan akhirnya kira-kira jam 1.45 baru kami sampai di rumah pengantin.

Kami makan dengan begitu lajunya kerana ada lagi undangan yang mesti dipenuhi. Almaklumlah undangan di Ipoh ni agak penting juga. Kalau siapa yang pernah baca entri INI, pasti akan mengingatinya. Ala-ala jemputan kenduri yang mana sepatutnya Imanshah menjadi pengantinnya lah kan.  Kami bergegas pulang ke Ipoh dan hanya sampai di Ipoh pada jam 3.45 petang sewaktu tetamu semua sudah pulang. Khemah pun sudh hampir nak dikemaskan semula. Namun, dapatlah juga bertemu mata dengan pasangan raja sehari. Alhamdulillah, bertemu ibunya, adik beradiknya dan yang penting bertemu suami yang baru dinikahinya. Alhamdulillah, kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya. cuma sedikit sedih, apabila menatap wajah ibunya. Mungkin di hujung suara itu masih ada getar kesedihan yang tak dapat disembunyikan.

Tentang jemputan Tapah, tak dapatlah dipenuhi. Yalah hampir jam lima, kalau pergi pun dekat jam tujuh baru nak tiba. Tapi sesuatu yang  berbeza jika nak dibandingkan dengan kenduri di Kelantan dan di negeri-negeri Pantai Barat ni ialah, kami di Kelantan majlis kenduri dipanjangkan sehingga jam lapan malam. Memang lama, jenuh juga nak memasak tu. Yalah, lain padang, lain belalang. Lain tempat lain kaedahnya kan.

Apapun bersyukurlah juga sebab walaupun terlewat dan tersesat, kami dapat memenuhi undangan perkahwinan rakan-rakan terdekat. Idok le teman jadi ghope Lebai Malang yang akhirnya pulang tanpa makan kerana kenduri sudah habis. Kira-kira LEBAI  TIDAK MALANG la ni lah kan!!





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Eyrique Ettiqazz said...

la tahzan....

Alang Ridhwan said...

wohooo.. teluk intan-changkat lada bukan jauh mana.. next time kasi roger la ckg.. besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. btw, apa itu nyiru?

meaw said...

hok senghoti ! kekeke...nama tu membuatkan kita teringat masa zaman sekolah kat kelantan ,selalu sebut perkataan tu....aishhhh,banyak betol invititation dia ye! letih2 pon janji kenyang :D

cucu umie said...

okay nasib baik dpt orng terengganu bukan orng kelantan kelak..hahah

IMANSHAH said...

@Alang Ridhwan

tampi lah

ariff haikal said...

macam ku kenal pengantin tuh

gadisBunga said...

tu pic pengantin kat teluk intan ke kat ipoh?

IMANSHAH said...

@ariff haikal

kahkah..kenal ke..??? siapa ye

h A n Y S said...

sy pon mengantar pengantin ke terengganu ni, sronok pulak jalan2 jauh..lg sronok dapat makan free..hehe~ :D

IMANSHAH said...

@gadisBunga

IPOH yong

Uthman Ag said...

adeh .
sedih lak bce entri ni .
sabo cgu

IMANSHAH said...

@Uthman Ag

erk, hehe

biasa lah, hidup musti diteruskan

Cik SHiNJU said...

sedap er p makan kenduri...
td masa p kenduri kat Ipoh tu xde terdengar2 lagu 'di hari persandinganmu' ker?

iKhRam said...

ni lebai malang moden nie.. hehe. tak la rugi.. sebab dpt jugak mkn2 dan bertemu orang2 yg ingin diketemu.. apapun.. saya harap abg imansah hepi k?

p/s - teringat lawak nabil kat maharaja lawak pasal gps.. huhuhu

Afida Anuar said...

fuhyo, sampai kul 8 malam tu, kalau kat ganu biasa sampai petang je. tp in case ada yang ketinggalan, nak dtg malam dialu2kan...cuma hidangan tu, tak sehebat yang tengah hari la rasanya.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget