WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, June 24, 2011

LIN DAN KALAH TERBUKA INDONESIA, PELUANG CHONG WEI MENCIPTA HATRIK

JAKARTA 23 Jun — Bintang China, Lin Dan, secara mengejut tersingkir dari Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Indonesia selepas dijinakkan oleh pemain Jepun pada saingan pusingan kedua di sini hari ini.Penonton yang hadir di Stadium Istora Senayan di sini kecewa apabila melihat Lin Dan tidak menampilkan aksi sebenar sebagai jaguh dunia apabila tunduk 12-21, 18-21 di tangan Sho Sasaki.Selepas perlawanan itu, juara Olimpik 2008 berusia 27 tahun itu memberitahu media bahawa beliau berasa amat letih berikutan masalah gastrik masih menghantuinya.Pada Ahad lalu, Lin Dan menjadi mangsa ejekan dan sorakan penonton selepas menarik diri daripada perlawanan akhir menentang rakan senegara, Chen Jin, pada Siri Super Terbuka Singapura atas masalah kesihatan yang sama."Tiada alasan... saya tidak sengaja mahu kalah. Saya perlu berjumpa dengan doktor selepas pulang dan melihat apa masalah sebenar dalam perut saya,” katanya. - Bernama
Selamat malam semua. Nampaknya impian untuk melihat Chong Wei mengulangi pertemuan klasik menentang Lin Dan tak kesampaian lagi. macam-macam hal lah dengan Lin Dan. Rasanya dah banyak kali dia buat perangai. Selalu menarfik diri dalam perlawanan akhir. Kali ini apa pula helah Lin Dan. Apapun Imanshah doakan agar Chong Wei akan berjaya mencipta hatrik memenangi Terbuka Indonesia nanti setelah melakukannya dua kali pada tahun 2009 dan 2010. Malaysia Boleh!! 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

waN Mohd Salim said...

kesian nye

Muhd Fadil said...

banyak tipu punya Lin Dan. huuuh!

iKhRam said...

tipu ker?? huhuh..
ramai sepupu saya minat lin dan.. hahaha..!!

cucu umie said...

haha..sebb lin dan thu dia akan kalah kot..wakak apa2 jeah lin dan tu

nur aisya humaira said...

erk, kecian die..tipu ke betul die kne gastrik..:)

da laa hensem lin dan ni..haha

kakcik said...

Ya, Malaysia Boleh! :)

nurkass said...

hidup malaysia..!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget