WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 18, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PM NAJIB

Mungkin ramai yang tak berminat, tapi ada juga yang nak tengok. Dalam akhbar utusan Malaysia pun ada berita ni. Berita panas ke?? Tak lah, sekadar majlis pertunangan. Cuma yang menjadi perhatian apabila ianya melibatkan majlis pertunangan pemimpin nombor satu Malaysia sekarang. Itu sahaja. Baiklah, malam tadi telah berlangsung majlis pertunangan anak perempuan kepada Perdana  Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, iaitu Noorhayana Najwa dengan pasangannya, Daniyar Nazarbayev, anak kepada Presiden Khazastan. Hurm, ikan di laut, asam di darat, dalam kuali juga bertemu. Walaupun jauh beribu batu, inilah yang dikatakan jodoh pertemuan, ajal maut urusan Allah. 


 Turut mencemar duli Yang Di Pertuan Agung dan Permasuri Nur Zahirah serta Sultan Pahang dan Sultanah Pahang. 


Najwa dan Daniyar

Apapun Imanshah telah mengunjungi beberapa blog yang memaparkan berita ini termasuklah blog-blog politik. Hurm, tak baik kita mendoakan kemusnahan dan keruntuhan sebuah perhubungan. Imanshah bukan menyebelahi mana-mana pihak, namun perkara yang baik apa salahnya. Jodoh mereka dah hampir sampai. Tak perlulah kita mendoakan perkara-perkara yang tak baik berlaku dan mengaitkan urusan pertunangan, nikah kahwin dengan masalah peribadi yang dihadapi oleh ibu bapa. Doakanlah semoga semuanya selamat, bahagia dan dapat menyatukan rumpun dan bangsa yang berbeza. Di akhirnya, kita tetap saudara seagama. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

waN Mohd Salim said...

selamat bertunang .. cikgu bile puloks?

Rozuan Ismail said...

selamat bertunang ye =)

Nur Ardilla Najwa said...

dah jodoh mereka...doakan je la yg terbaik....

dulu siti nak kawen dengan dato k pun kena kondem...alhamdulillah bahagia ja sampai sekarang...

IMANSHAH said...

@Nur Ardilla Najwa

dato siti n dato k..ahah betoi2

IMANSHAH said...

@waN Mohd Salim

bile larut malam..hehe

Roza Ami Nanomiya said...

betul tu imanshah
apa2 pon harap2 pasangan ni bahagia

adwafarahin said...

semoga berbahagia lah :)

sonata anak kancil said...

sekufu...selamat bertunang

alif haris said...

selamat brtunang .. moga smpai ke step yg seterusnya (nikah) dan kekal selamanya :)

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

moga mereka diberi keimanan yg kukuh

Wassalam

::FAIZ FARISH:: said...

no komen...

ecah mashuri said...

itulah jadinya kalau semua benda nak dipolitikan..huuuu

sha my heart said...

wow, anak presiden tu.. sama la dia jugak anak PM.. bila majlisnya? Mesti meriah, kan?

cucu umie said...

wah bertunang dengan orng luar..harap2 berkeklan sehingga akhir hayat..

azana said...

semoga pertunangan ini mendapat keberkatan datipadaNya...

iKhRam said...

yup.. sesiapa pun kita.. mendoakan kebaikan ke atas orang laina dalah doa yg sgt baik..

Afida Anuar said...

dah orang politik kan shah...mesti semua benda nak direlatekan dengan politik la jawabnye
sabor je ler..

ma'chiks said...

sale kenale...ingak ke blog ore ttino, ghuponya blog ore jate..takpo ambo follow je lah leh ikut citer perkebange dunia..hok anok najib ttune ni ambo tak tau lasung...

Dinas Aldi said...

Betoi jugak tu. Orang nak mendirikan masjid, perkara yg baik, kita doakan yg terbaik untuk dema. Semoga berkekalan, insyaallah.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget