WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 23, 2011

MALAYSIA TEWASKAN LEBANON 2-1

Malaysia berjaya menumpaskan Lebanon 2-1 pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini. Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.

Separuh masa kedua pasukan Lebanon menjaring satu gol melalui Chandie Atie pada minit ke-64 dan selepas itu Malaysia terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Gary Steven Robbart dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua. Situasi itu memaksa pasukan kebangsaan bertahan sehingga ke wisel penamat.

Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Sekalung tahniah Imanshah ucapkan kepada pasukan negara atas kejayaan yang cukup bermakna ini. InsyaAllah seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Malaysia akan mampu mengulangi kehebatan lalu untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 nanti!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

tahniah MALAYSIA

bangga ayu dgn pencapaian mereka

cucu umie said...

tahniah bt malaysia...sekrng malaysia dh tunjukkan pretasi yg membanggakan..

iKhRam said...

tak tgok tp tau menerusi sorakkan kawan2 kat hostel ni..

apapun taniah malaysia.. harimau malaya kita..

Afida Anuar said...

Ohh..menang!!..ok tahniah...;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget